Saturday, October 24, 2015

Kembara 3 Tempat 1 Malam (Banglo Jalan Turi, KTM KL & Balai Polis Lama Gombak) Part 2

﷽‎

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


KEPADA pembaca entri ini, Banglo "kejam/musnah" adalah nama gelaran banglo yg kami bagi sendiri berdasarkan kisah/sejarah rumah dahulu dan struktur banglo yg kini 70-80% dah musnah akibat perbuatan manusia (mungkin ada projek untuk merobohkan banglo tersebut).

Harap Maklum. \m/


Baiklah, kembali kepada sambungan entri yang lepas berkaitan banglo jalan turi, kali ni entri akan berkisahkan tentang pencarian misteri kawasan yg dikatakan "berhantu" di KTM KL dan semestinya akan berceritakan tentang Balai Polis Lama Gombak di Jalan Lama Karak.

Selepas saja kami berangkat keluar dari kawasan jalan turi tersebut, Syed terus mencadangkan kami ke KTM KL yg berkisahkan 1 bangunan seram yg dialami oleh kumpulan paranormal yg lain. (nnt akan attach link berkaitan cerita tersebut).

Jam kereta menunjukkan pukul 1.20 pagi. Rata2 org dlm kereta ni masih dlm keadaan bersemangat dan teruja untuk pergi ke tempat2 seram. Cuma aku risau akan si isyraff yg dari rumah banglo tu aku perhatikan perangai dia yg acuh xacuh.

Jalan di kl agak lengang,kurang kereta,mungkin dah malam,kelihatan ada beberapa lori DBKL sedang buat kerja membersihkan jalan(?) dan bangunan. Jalan menuju ke KTM sunyi sepi je. Aku dan Syed mencari tmpt yg dikatakan tersebut melalui link yg diterima.

Mula2 kami agak sesat di kawasan bulatan menuju ke tv alhijrah tersebut sbb keliru mane 1 tmpt yg dikatakan seram tersebut. Gambar yg kami terima di link tersebut agak sukar dikenal pasti struktur bangunan tersebut.

Kami stop untuk bertenang dan  teliti btol2 akan cerita tersebut. Jam sudah menunjukkan 1.50 pagi. Last2 kami park kereta di parking kereta bersebelahan pintu KTM yg ada parkguard n kedai mamak.
Kami semua turun dari kereta dan mula berjalan menuju ke laluan jambatan KTM KL berdekatan disitu.

Tujuan kami menuju ke situ untuk melihat bangunan sekitar situ yang sama dengan gambar dlm link yg kami dapat. Setiba saja di jambatan tersebut, kelihatan tiada bangunan yang sama atau hampir sama dengan bangunan dlm link terebut.

Kami berjalan sejauh yang mungkin untuk memastikan bahawa setiap bangunan yg ada disitu sama dengan gambar dlm link tetapi hampa, tiada satu pun yang sama atau hampir sama.

kami tiba di jambatan KTM KL

Inilah KTM KL pada waktu malam, ia juga terdapat kisah misteri disini...

ketibaan kereta api kontena

Apabila kami berjalan seperti tiada arah tujuan, aku menyuruh mereka semua berpatah balik ke tempat park kereta dan cuba menanya pak guard pondok tu tentang kisah bangunan tersebut.

Sampai saja kt pondok pak guard tersebut, aku dan syed memberanikan diri menanya kepada pak guard tersebut tentang bangunan misteri tersebut atau mane2 tempat di sekitar tersebut yg mengandungi kisah misteri dan seram. Feedback pak cik tu ringkas, "pak cik xtau benda2 tu...".

Agak hampa apabila terdengar jawapan pak guard yg tidak memenuhi kehendak kami. Kami tidak berputus asa disitu saja. Sebaik saja kami mendengar jawapan pak guard tersebut, terus kami berjalan bertentangan dengan arah KTM tersebut dan terlihat ada beberapa buah bangunan lama dan terus menuju kesitu.

Inilah dia Bangunan Lama KTM KL

Pak Guard 

Inilah Pondok Pak Guard berdepan dengan park kereta

Setiba saja kami berada di hadapan bangunan lama tersebut, kami bandingkan struktur bangunan, pintu dan tingkap bangunan dengan gmbar dlm link kami, tetapi ternyata 1 pun tidak sama. Kami semua mula rasa seperti sudah tiada harapan untuk menjumpai bangunan tersebut.

Pada pemikiran kami terutamanya aku dan syed yg berpendapat bahawa bangunan tersebut mungkin sudah di-renovate atau diruntuh bagi menjaga atau melindungi kisah atau orang yg pernah berada di bangunan tersebut.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.10 pagi dan ada diantara kami sudah mula menguap berkali2. Aku buat isyarat kepada semua untuk berundur dari kawasan tersebut dan pulang ke rumah. Rata2 kami semua rasa hampa sebab tidak jumpa bangunan tersebut walaupun kami sudah meredah rumah banglo jalan turi bangsar sebelum itu.

Didalam perjalanan kami pulang ke cheras, syed ternampak ada 1 bangunan seakan2 sama dengan ciri2 bangunan tersebut yg terletak di luar kawasan KTM dlm jarak 500meter.  Isyraf merapatkan kenderaan beliau ke luar bangunan tersebut untuk kami meniliti struktur bangunan tersebut.

Setelah kami berpusing2 di luar kawasan tersebut, cuma tingkap saja yg sama dengan bangunan tersebut dan struktur bangunan dan pintu tidak sama. Bangunan tersebut mungkin sudah melakukan renovate untuk tujuan operasi harian.

Kami tidak mendedahkan nama atau lokasi specific bangunan tersebut bagi menjaga nama dan reputasi bangunan tersebut.

Bangunan yang seakan2 sama dengan dlm link

Selepas itu, kami terus beredar dari situ dan segera menuju ke kedai mamak untuk berbincang berkenaan malam itu. Tiba2 amerool mencadangkan untuk pergi ke Balai Polis Lama Gombak. Terus aku setuju dan menanya yang lain untuk pergi bersama. Semua setuju untuk pergi kesana walaupun waktu sudah pukul 2.30pagi.

Walaupun Balai Polis Lama Gombak tiada dalam perancangan awal kami untuk dilawat, tetapi kerana keinginan untuk pergi ke situ pada waktu malam memuncak2 membuatkan kami semua teruja untuk kesana.

Semasa dalam perjalanan, kami hampir tidak menjumpai papan tanda/pintu masuk BPLG tersebut kerana tersangatlah gelap dan berkabus waktu ketika itu. Cuma aku dan amerool saja yang pernah smpai disini sebelum ini.

Aku menyuruh Isyraf perasankan papan tanda atau kayu balak di selekoh diantara selepas kuil india dan sebelum tokong cina. Pada mulanya kami terlajak kedepan smpai ke tokong cina dan kami berpatah balik ke belakang dengan bawak kereta se-perlahan yg boleh.

Akhirnya jumpa jugak BPLG selepas kami amati betul2 dalam kabus hutan yg sgt tebal. Isyraf park kereta dia betul2 tepi jalan. Aku, amerool, faiz dan syed terus turun kereta dan menuju ke pintu masuk BPLG tersebut. Jam di handphone syed sudah menunjukkan pukul 3.05pagi.

Inilah pintu Masuk BPLG 

Aku, Amerool, Faiz dan Syed berdiri di depan papan tanda/kayu balak disitu untuk melihat keadaan sekeliling BPLG tersebut sebelum kami buat apa2 disitu. Ada beberapa lori melintasi laluan tersebut membuatkan kawasan didepan tersebut cerah sementara disertai dengan bunyi enjin yg kuat.

Mula2 aku menyuluh kawasan pokok besar yg berada di kiri pintu masuk tersebut yg dikhabarkan tempat "Pontianak" melepak. Tapi malam tu kami tidak menjumpai pontianak pun, cuma kedengaran bunyi burung2 hutan yang sangat rancak bisingnya.

Faiz dan amerool bersemangat untuk masuk lebih dalam bagi merasai dan melihat sendiri BPLG pada waktu malam. Tetapi aku menahan mereka berdua untuk kedalam kerana atas keselamatan. Bukan apa, dengan jumlah kami yang sedikit ini, risau berlaku apa2 yg tidak diingini pada kami semua.

Tipulah kalau aku cakap tak rasa takut pun ketika berada disitu. Dahlah dalam kawasan hutan orang asli, gelap pulak tu.

BPLG yg tidak jauh dari kedudukan kami

BPLG ketika tidak menggunakan flash kamera

Inilah kawasan pokok besar yg dikatakan tempat "Pontianak"

Faiz sudah bersemangat nak masuk sorang2 ketika itu...

Selepas aku warning kt amerool, terus amerool xjadi nk masuk..

Syed dengan apps "Pengesan Suhu"

Amerool yg meneliti pokok besar tersebut...

Faiz berkeras nak masuk jugak kedalam...

Isyraf, Syed dan Said menjaga kereta

Apabila keadaan mula jadi macam tidak tentu arah dengan si faiz, Syed terus ke patah balik ke kereta menyuruh isyraf standby kereta dia. Aku tetap berkeras untuk melarang faiz masuk kedalam sebab aku mula rasa tidak sedap hati.

Didalam keadaan bising2 di depan pintu masuk tersebut diantara aku amerool dan faiz, ada kejadian buruk yg hampir berlaku kepada kereta isyraf iaitu ada 2 buah lori yang sedang menuju ke bentong dalam keadaan laju sempat brek ketika di selekoh tersebut dan betul2 hampir melanggar kereta isyraf.

Nasib baik isyraf park kereta dia kedalam skit tepi selekoh tersebut, kalau tidak, memang kena kereta dia malam tu. Jadi 1 kes lain plak kat situ nnt.

Selepas aku slow-talk ngan faiz dan amerool untuk beredar dari situ, dan selepas kejadian buruk yg hampir berlaku pada kenderaan isyraf, faiz mengalah dan aku decide untuk terus beredar dari kawasan itu.

Amerool tak senang duduk dek digigit nyamuk

Akhirnya, faiz mengalah...


Aku bertanya pada amerool kedai makan mana yg paling dekat dikawasan tersebut, dan dia ckp pergi ke arah setapak dan lepak mkn disitu.

Jam sudah menunjukkan 3.30pagi dan kawasan kedai mamak tersebut masih dipenuhi orang disebabkan ada match bola UEROPA LEAGUE pagi tersebut.

Kami terserempak kawan kami, yuzman dan awek dia sedang makan di kedai mamak tersebut.
Perut semua orang dah lapar, terus cari meja dan duduk. Apa lagi, MAKAN lah!

Lapar ni...

Tengok bola jap...

Ni lah yuzman..

Tengah makan ni,kang aku makan ko plak...

Dah ngantok,Jom Balik!

Baiklah, selepas je masing2 penuhkan perut dengan makanan, kami semua terus menuju ke cheras untuk pulang ke rumah. Sampai rumah dalam jam 4.30pagi. Walaupun badan pada malam tersebut tersangatlah penat disebabkan melawat 3 kawasan, tetapi kami merasa puas hati atas apa yg kami alami dan tempuhi pada sesi kali ini.

So, Secara keseluruhan pada malam tersebut, walaupun sedikit hampa kerana tidak menjumpai bangunan seram di KTM KL dan tidak masuk ke BPLG pada malam itu, kami semua berpuas hati dengan adventure kami ber-6 pada malam itu.

Gred -

Bangunan Seram KTM KL

Keseraman/Lokasi : 1/10 (kerana tidak menjumpai bangunan tersebut)
Kesukaran : 9/10 (sukar untuk menjumpai bangunan tersebut)

Balai Polis Lama Gombak

Keseraman : 8/10
Lokasi : 9/10
Kesukaran : 7/10 

Atas over-keberanian faiz kali ini, aku decide untuk bawak dia ke 1 tempat di ampang yg pada ketika itu (2013) nama tempat tersebut sangatlah popular, iaitu Apartment Riviera. Mungkin ada dikalangan pembaca sudah atau pernah dengar tentang kawasan tersebut. Tidak apa, nantikan entri seterusnya yg berkisahkan "Kembara di Apartment Riviera" pada bulan 11 2015.

Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09

reference untuk kisah Banglo Jalan Turi/ Bangunan Seram KTM KL