Sunday, January 14, 2024

TERSESAT MENCARI BANGLO FARAH? (Part 1)

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pada semua pembaca blog ini. 

Nampaknya misi untuk "The Origin" kembali dalam dunia Paranormal masih lagi tertangguh sejak Posting Terakhir pada tahun lepas 2021.

Apabila admin meluahkan hasrat untuk ingin kembali aktif dalam dunia Paranormal, admin ada buat beberapa penyelidikan/siasatan tentang beberapa tempat yang dikenalpasti sebagai "hotspot" sambil menerjah beberapa tempat "lama" yang admin pernah buat paranormal yang kini ada seberapa tempat yang sudah tiada peninggalan (hanya tinggal tapak tinggalan) dan ada seberapa tempat yang kini sudah tidak boleh masuk.

Cuma kini, dikala admin ada masa lapang, admin akan tengok gelagat sebilangan manusia di dalam Youtube dan juga didalam TIKTOK untuk melihat cara/teknik "hunting" mereka. Ada yang OK, ada yang merepek, ada juga yang admin perasan trend "prop" yang diguna-pakai dalam sesi "hunting" mereka untuk menaikkan viewer & nak dapatkan gift/token/like/views number dari "viewer".

Yang berkaitan ni malas admin nak ulas, dah selalu sangat beri komen teguran pada mereka, tapi mereka ni buat tak indah, malah ada "DIE-HARD-FANS" atau pentaksub mereka ni memarahi/memaki hamun admin balik.

Apa yang admin ingin sampaikan dalam posting kalini, berkaitan dengan rumah BANGLO FARAH.

Ya, Banglo Farah, yang admin sendiri belum pernah jejak sampai lagi disitu walaupun dekat dengan rumah admin.


Pada tahun 2016-2018, admin pernah sampai Bukit Tunku berseorangan (menaiki motor) pusing-pusing disitu untuk menjejaki rumah Banglo Farah yang dikatakan terletak di Bukit Tunku. Namun tidak membuahkan hasil. Admin tidak menemui rumah tersebut malah sudah bertanya banyak orang disitu mengenai banglo itu, tetapi rata2 mereka menjawab tidak tahu.

Maka admin berhenti mencari banglo tersebut walapun banyak kali tengok video Banglo Farah di Youtube & TIKTOK, kebanyakan team2 paranormal tidak ingin mendedahkan lokasi sebenar tempat mereka buat PARA untuk menjaga keselamatan mereka ketika dalam sesi PARA & tidak ingin memburukkan nama tempat tersebut.

Tapi pada 16 Okt 2022, pagi Ahad pukul 4pagi, dikala admin tengah lepak sorang2 diatas Changkat Bukit Tunku, dikala admin sedang tengok video2 Banglo Farah di Youtube, admin dapati yang rupanya Banglo tersebut bukanlah berada di Bukit Tunku seperti yang team2 Paranormal katakan selama ini.

Admin pun jadi pelik kenapa Banglo Farah tu dikatakan berada di Bukit Tunku yang sebenarnya berada bersebelahan bukit dengan Bukit Tunku.

Nanti admin akan jelaskan dan ceritakan lebih lanjut tentang Banglo Farah ni.

Terima Kasih atas sudi membaca blog kami ini!

Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud

Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09

Sunday, January 31, 2021

Azam 2021 - Kembalinya "The Origin" Fatalframe09

 

Assalamualaikum.

Dan selamat sejahtera pada semua pengikut setia & pembaca blog ini. 

Pergh, berabuk giler blog ni aku tinggalkan. 

Last sekali aku pada 2018, untuk kembara di Amber Court dengan team "Nightcrawler".

Sebenarnya banyak je lagi entry bersama team tersebut, cuma atas masalah teknikal (banyak gambar yang sudah di-edit & sedia untuk di-upload dalam blog ini hilang atas masalah laptop & admin lupa nak buat back-up files dalam FB/Email & admin tak ada masa nak edit balik kesemua gambar2 tersebut atas faktor admin sendiri ada kerja tetap).

Admin sudah lama menyepi dalam dunia Paranormal, malah, kali terakhir admin buat kembara pada tahun 2019, di Kolej Sibertel, di Bandar Baru Bangi, dengan 1 dewasa 2 budak sekolah. Selepas tu terus admin berhenti dari sebarang aktiviti.

Pada tahun 2020, Covid-19 menyerang dunia malah di Malaysia jugak tidak terkecuali, dan untuk menjaga diiri & mengikut arahan Kementerian Kesihatan, admin tidak melakukan sebarang aktiviti paranormal, dan mengakibatkan kamera DSLR admin terbiar terperuk dalam beg kamera.

Pada amatan admin, sepanjang admin mendiamkan diri dalam dunia Paranormal, admin dapati banyak geng2 baru, tak kisah tua atau muda, dari perlis sampailah ke johor, berkumpulan mahupun buat solo, ditubuhkan & giat melakukan aktiviti Paranormal, tak kira dari segi berkamera ataupun bervideo, masing2 ada jalan cerita & cara tersendiri untuk penyampaian cerita dalam 1 kisah, dan ada jugak orang yang buat & sertai kumpulan paranormal memang bertujuan untuk mencari entiti, kisah sesuatu tempat, dan tak kurang jugak ada yang masing2 nak menunjuk yang beliau mempunyai "skill" yang hebat seperti boleh berhubung dengan entiti/makhluk ghaib, ada jugak yang boleh bersilat, ada jugak yang boleh mengubati orang kena rasuk/histeria, ada juga yang cuba mempamerkan kehebatan diri dengan mencabar entiti, dan ada jugak yang mengambil kesempatan untuk mencari populari & nama atas menggunakan nama "TEAM PARANORMAL" tapi tiada hasil , cuma mahu kumpulkan ramai pengikut untuk tunjukkan bahawa team mereka besar & hebat.

Bukanlah tujuan admin untuk menindas, mencela, memburuk2kan orang, admin tak petik pun nama siapa2 dalam ni, cuma janganlah atas 1-2 kumpulan yang sekadar buat hiruk-piruk,kecoh di laman sosial atas mencari glamer, nama2 team paranormal lain terkena tempias. Silalah jaga nama baik kumpulan anda, dan ia dapat menjaga nama baik & reputasi kumpulan-kumpulan paranormal yang lain. Kita kenalah menjaga adab, menjaga pertuturan bahasa & kata-kata ketika melawat sesuatu tempat yang asing untuk diri kita.

Jadi, apa perancangan admin pada tahun 2021 ini?

Ermm, susah untuk admin nak buat sebarang keputusan untuk kembali aktif, dengan keadaan Covid-19, dengan pergerakan terbatas, memang sukar. 

Tetapi, selepas berjumpa semula dengan salah seorang ahli Nightcrawler, SHAH, yang memang masih bersemangat untuk melakukan aktiviti paranormal, masih tidak berputus asa mengajak admin untuk kembali aktif & sambung semula kembara2 yang tertangguh pada 2018.

Disebabkan faktor kesihatan, pergerakan admin jugak semakin terbatas (di pertengahan tahun 2019, admin mengalami kesakitan yang amat serius di belakang badan & sukar untuk berjalan secara normal, tapi alhamdulillah, admin sudah sembuh tetapi tidak lagi sekuat & selincah seperti tahun 2017.)

Admin membuat keputusan untuk kembali aktif semula dalam dunia Paranormal, tetapi admin kena ambik masa untuk mengurangkan berat badan untuk kembali bertenaga, kuat & berstamina untuk melakukan aktiviti semula. Admin akan cuba untuk turunkan berat badan & akan kembali memulakan aktiviti sekurang-kurangnya pada lewat Jun-awal Julai 2021 (jika berat badan dapat diturunkan & perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah dimansuhkan nanti).

Admin sudah ada beberapa tempat yang berkemungkinan akan dikunjungi untuk mencari kebenaran/merungkai kisah sesuatu tempat, selain itu untuk merasai keseraman tempat tersebut, dan cuba mendapatkan gambaran entiti di lensa kamera.

Admin juga dapati trend terkini untuk para penonton & pembaca dengan lebih selesa untuk menonton video secara LIVE mahupun yang sudah di-upload di FB/Youtube. Admin jugak akan melakukan sesuatu yang baru, iaitu merakam video sepanjang kembara & akan di-upload di blog ini dan dilaman rasmi Youtube admin akan ciptakan nanti.

Konsep admin yang akan admin cuba lakukan pada tahun ini adalah akan menyampaikan keseluruhan perjalanan, melakukan staydown & komen para ahli dalam bentuk VIDEO & GAMBAR yang akan di-ceritakan dalam blog ini & laman Youtube. Admin juga dalam persiapan untuk menyediakan barang-barang untuk melakukan aktiviti seperti akan upgrade video kamera, audio & lampu & mencari kawan-kawan lama/baru yang sudi untuk menyertai aktiviti paranormal.

Korang doakanlah agar admin dapat kembali cergas & bertenaga untuk admin melakukan aktiviti paranormal & dapat berkongsi pengalaman & cerita pada para pembaca.

 

Terima Kasih atas sudi membaca blog kami ini!


Salam Paranormal/Malaysia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud

Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09


Monday, May 14, 2018

A Night With The Nightcrawlers - XPDC Bukit Damansara & Amber Court 2



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tempat Gelaran: Amber Court, Jalan Ion D'Elemen,
69000 Genting Highlands, Pahang
Tarikh: 29/10/2017 Malam Selasa
Jam: 3.30 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D 2x
Koordinat Lokasi: 3.430566, 101.789132 (google map)
Bersama: Syarafi, Shah, Naqim & Kai

Baiklah, setelah beredar dari Rumah Pemujaan AKMI di Bukit Damansara, kami terus berangkat ke Amber Court melalui jalan Karak Lama yang memakan masa dalam 20 minit dan 40 minit melalui Genting Highland.

Memandangkan cuaca amat sejuk selepas hujan, sepanjang perjalanan kami ke Amber Court diliputi kabus tebal, tetapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke Amber Court selepas mengharungi pelbagai halangan.

Salah satu hotel di Genting Highlands

Melalui torowong besi

Selepas merintasi jalan berlubang dan gelap, pada jam pukul 3.45 pagi, kami berlima tiba di perkarangan Amber Court buat pertama kali. Perasaan teruja dan ingin tahu akan kemisterian Amber Court yang digembar-gemburkan orang ramai selama ini.

Amber Court ni ada 2 menara yang dibahagikan dengan bangunan office di bahagian tengah. Dan setiap menara ada pecahan blok A,B,C,D & E,F,G &H @ A,B & C,D [admin lupa la plak].

Tersegam Tegak Amber Court Dalam Kegelapan Bukit

Teka sapa???

Rumah "sembahyang" Orang Cina...menyeramkam

Blok E,F,G & H yang menghala terletak bersebelahan Blok Utama

Selepas berehat sebentar dan melihat kawasan sekeliling dan menanya beberapa pekerja disitu, kami dibenarkan melakukan aktiviti kami dengan syarat jangan mengganggu kejiranan/penduduk disitu.

Kami memulakan aktiviti kami dengan meredahi kawasan parking/garage di tingkat 3 dengan memaksa Kai ikut skali yang pada mula tak nak ikut.

Kami menaiki lif ke tingkat 13 & 14 dengan atas nasihat Syarafi yang berkemungkinan tingkat tersebut ada kisah seram & misteri. Kemudian, kami terus ke tingkat 2 dan menuju ke basement parking untuk melihat tempat yang dikhabarkan oleh Shah yang dikatakan ada kelibat pontianak. [xingat dari mana Shah cakap dia dapat source tersebut]

Keadaan yang kurang memuaskan

"The Nightcrawlers"

Abg videoman mengantok ke???

Dihadapan lif level 3

keadaan gelap gelita belakang AC

diambil dengan bantuan flash

So, dengan kami berlima dengan keadaan yang gelap gelita disepanjang lvl 2, kami berjalan dan melihat kawasan sekeliling dan memerhati apa yang ada disetiap level dan merentasi setiap lorong/bilik kecil yang ada dibahagian di setiap level. Bilik/lorong apa? sila tengok sendiri gambar dibawah.

menuju ke level 2

kereta tersadai/terbiar

inilah yang dikatakan bilik/lorong yang tersembunyi di setiap hujung level

Apa benda tu...???

sepanjang kami dalam kawasan bilik/ruang ni, macam2 perasaan dan kejadian ganjil seperti bunyi yang pelik datang dari sudut gelap di tempat tersebut, gambar "reflection",

tak silap admin, itu bukan tulisan english/bm

turun ke tingkat 1 yg betol2 gelap

kami tidak lama meluangkan masa di setiap level, cuma ambil masa dalam 10-15minit, kemudian kami turun ke level 1 pulak yang lebih menyeramkan kerana disini dah 100% gelap [melainkan lampu hp & lampu kamera]

terdapat corak pelik di dinding 

Kai gigihkan berjalan walaupun sakit pinggang

rumah kasim baba ke??

Notis pemotongan elektrik

admin seram sekejap bila berada diantara lorong [gelap] ni sebenarnya

Kawasan yang dikhabarkan tempat kemunculan pontianak[Shah yang cakap]

dan dikawasan ni kami terpegun sebentar atas kedengaran bunyi pelik

Masing2 mencari arah punca bunyi tersebut,masing2 terpegun tidak bergerak

selepas masing2 kebingungan dan terpinga2 atas apakah bunyi tersebut [seakan bunyi kelawar], kami beredar atas ada beberapa orang yang sudah tidak "kuat" dan aku mengarahkan mereka kembali ke tingkat 3 dengan menaiki jalan kereta.

Terpapar kepenatan di muka Kai

Asap apakah itu? kepulan asap kabus atau asap rokok???

OK,selepas penat memusing 1 blok ni saja, kami memutuskan untuk berhentikan operasi mencari/aktiviti pada pagi itu, kerana waktu sudah memasuki pukul 4.30 pagi, dan masing2 sudah mengantuk & kepenatan dan akan bekerja pagi nanti.

Kami tidak memasuki blok Utama untuk disimpan pada XPDC kemudian nanti

Kami semua menuju ke kereta dan berehat sebentar dan menikmati udara segar bukit. Kelihatan beberapa orang sudah terjaga dan menuju ke kereta/lori dan keluar dari kawasan tersebut. Ternampak pakguard yang berkeliaran disitu dan tidak mengganggu kami.

Sebaliknya, Shah,Syarafi dan Naqim pergi menerjah pakguard tersebut yang berasal dari kelantan untuk menemu-bual dan menanyakan beberapa soalan berkaitan Amber Court.

Admin dan Kai lepak kat kereta je, sembang skit pasal AC ni.

Bersama admin & "The Nightcrawlers"

OK, selepas selesai masing2 punya kerja, Syarafi terus speed balik kl ikut highway karak pulak, bukan perlahan dia bawak, dah macam F1 dia pecut kereta dia...admin xjadi tido dok sebelah dia...hahahaha

Selepas beberapa hari kemudian, admin dan rakan2 lain mencari hasil rakaman video dan tangkapan gambar, dan ada diantara kami dapat tangkapan yang agak "mencurigakan", dan atas sebab2 yang mungkin mengundang "was-was"  dan pertikaian dari pembaca.

Baiklah, rumusan admin untuk xpdc pada malam ini, admin boleh mengatakan di bawah basement Amber Court macam ada "sesuatu" yang perlu dirungkai, serta kami masih belum menemui rumah yang dikatakan oleh orang ramai sebagai salah satu "rumah keras".

Maka, untuk pencarian seterusnya, kami akan menerjah lagi ke Amber Court, dan kali itu, kami akan mencari lebih terperinci dan keseluruhan di sekitar AC termasuklah bangunan utama dan kawasan office.

Terima Kasih atas sudi membaca blog kami ini!

Salam Paranormal/Malaysia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud

Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09