Wednesday, November 20, 2013

Kembara di Kulim - Ops Gelap Bersama Hazim & Hasif - Tersilap Langkah!





Lokasi: Bangungan Tinggal,Kulim,Kedah Darul Aman
Tarikh: 24/08/2012 malam Jumaat
Jam:2.30AM
Kamera: CANON DSLR EOS 550D
Bersama: Hazim,Hasif (sepupu) & kimi
Koordinat lokasi:

baiklah,selepas trip Highland Tower dulu,aku rehat sebentar dari buat keje2 mcm ni,hampir dekat 2bulan,then masuklah bulan ramadhan dan syawal. Syawal pertama dan kedua pada tahun 2012 keluarga aku sambut di Chemor,Ipoh, kemudian raya ketiga di kulim,Kedah. Kedah ni keluarga belah ayah. So, dipendekkan cerita, masa malam raya ke-4, aku dah naik "buntu" dok kat sini sebab xde kawan. 

So, sepupu aku, Hazim dan Hasif telah mencadangkan aku untuk pergi ke 1 kawasan dekat ngan pekan Kulim, iaitu dekat sekolah cina jenis kebangsaan (tapi aku dah lupa nama sekolah tu),usang gak bangunan kosong tu,dah la terbiar mcm tu,then lokasi dia terletak kat belakang dekat ngan area tepi2 bukit yg sah2 gelap pada waktu malam. So aku bersetuju ngan cadangan mereka dan kami pun bersiap bertolak kesana.

kami secara senyap2 keluar rumah untuk tidak mahu buat parent2 kami terjaga. So aku bwak motor ngan hasif, hazim dengan kawannya kimi. Basically aku dengan peralatan aku, Kamera DSLR CANON 550D, tetapi kali ni dengan bantuan "lampu suluh kepala" dah mcm org nk g menoreh getah gaya aku mlm tu. Hasif dan hazim bawak kamera video jenis nighvision (police edition) tetapi kerana mereka tidak tahu cara menggunakannya, kamera video itu kurang membantu kami dalam pencarian mlm itu.

Jarak dari rumah sedara ke lokasi hampir memakan 10minit kerana ianya terletak dekat kawasan pedalaman. Kami terpaksa mengambil langkah berhati2 kerana kami dapati kawasan itu dijaga ketat dengan polis. So adelah adegan lari-cabut diantara kami dengan polis sebelum nk masuk kawasan tu.

So,setelah kami memastikan tiada kelibat kereta dan motor polis, kami merapati kawasan bangunan kosong itu dan park motor berdekatan pokok luar bangunan untuk mengelakkan tidak dikesan oleh polis. 


mula2 nk masuk bangunan tu,kami terpaksa kena pijak kaca2 yg berterabur diatas lantai.


pada mulanya,adalah sedikit rase seram dengan bunyi kelawar yg tinggal di tingkat atas sekali (tingkat 3) dan kelihatan ade beberapa ekor kelawar berterbangan di ruang lobi tngkat bawah tersebut. tetapi kami berempat meneruskan juga perjalanan kami untuk masuk kedalam bangunan tinggal tersebut. Apa yg memeranjatkan aku ialah kelihatan escalator yg usang yg amat besar (mungkin belom siap lagi). 

Aku menanya pada hazim dan hasif  "adakah kita akan naik escalator ni untuk naik ke tingkat atas?" sambil menunjuk ke tingkat atas.

Hasif- "tak,nnt kita kedepan skit,nampak tangga ke tepi,tangga tu yg kita naik nanti."



selepas kami berjalan kedepan,mmg kami temui tangga yg dikatakan oleh hasif tadi,so kami decide untuk naik ketingkat 1 untuk melihat apa yg ada ditingkat tersebut.

ternyata,tiada apa yg pelik berkaitan dengan bangunan kosong. Yang kami nampak ditingkat tersebut hanyalah ruang yang kosong yg gelap dan ditemani dengan bunyi titisan air dan bunyi kelawar yg amat kuat.

so, kami tiada pilihan untuk berjalan sekeliling kawasan tingkat 1 tersebut. Disini, kami lebih berhati2 kerana makin dalam kami berjalan,makin kuat bunyi kelawar tersebut. Cuma kami tidak tahu dimanakah sarang atau tempat kelawar berkumpul.

Apa yg aku tangkap dalam gambar adalah yg termampu aku ambil pada malam itu,kerana kawasan didalam tingkat 1 tersebut mmg gelap tiada lampu (kecuali lampu suluh dan flash camera DSLR je).

kadang2 tu adelah juga dalam hati ni tergerak mengatakan macam "ternampak kelibat melintas" di hujung mata setiap kali aku pusing ke belakang. Mungkin itu cuma pikiran aku saja.

Hasif dan kawannya sibuk meng-adjust kamera bapak dia, si hazim agak berani berjalan sorang2 dalam gelap.


kimi yg cuba menyuluh 1 sudut yg gelap


aku dan hasif sibuk melihat kawasan sekeliling.

apa yg boleh dilihat didalam gambar2 ini adalah gambaran dalam pusat beli-belah yg luas tetapi sudah dikosongkan(?).


aku dan hasif sedang meng-adjust kamera

sepanjang kami berada di tingkat ini,kami hanya dengar bunyi kelawar,air,dan kadang2 dengar bunyi tayar kereta bergerak dari arah luar bangunan yang kami jangkakan adalah kereta polis yg sedang meronda di luar kawasan bangunan. kami berjalan dan melihat setiap tempat yg ada di tingkat tersebut dan ade beberapa tempat yg kami tidak pergi seperti lantai yg basah dan struktur lantai yg dikhuatiri lemah.


kelihatan bangunan kosong yg bersebelahan dengan kami


so,kebanyakan gambar2 kat atas ni menunjukkan tempat ni mmg sudah tiada org jaga dan kelihatan siling2 diatas sudah berkopak,tangga elevator pun kelihatan suram dan seram,bilik2 di setiap tingkat kelihatan putih kesayuan. So,aku fikir mungkin disebabkan tempat ni bukan tempat/lokasi orang dibunuh or something bad happen (mengikut firasat aku lah),so aku anggap mungkin tiada apa2 yg pelik or sesuatu yang menyeramkan ada didalam bangunan ini.

Sangkaan aku tidak tepat sekali,kerana gambar dibawah ini berjaya ditangkap didalam kamera DSLR aku. Cuba korang perhatikan betul2 dalam setiap sudut yg ada didalam gambar dibawah ini. Nak tau apa yang ada didalam gambar bawah ini? teruskan membaca sampai habis entri ini.

tetapi pada masa malam kejadian itu.aku tidak perasan yg aku telah ter"tangkap" sesuatu didalam kamera. Kebiasaannya aku akan check gambar bila kitorg telah beredar dari tempat itu. So kami meneruskan perjalanan kami seperti biasa untuk naik ke tingkat 2.



nampak apa yang aku cuba cakapkan x?


So,korang leh tengok struktur elevator yg ditinggalkan begitu saja didalam bangunan ini. Memang nampak usang sekali. Pada mulanya kami nk try naik,tapi disebabkan khuatir dengan keadaan kayu tersebut,kami tidak naik elevator tersebut.


1 tingkat ni luasnya macam 1 level di Pavilion KL tu. Luasnya. Penat kaki kami semua berjalan nk rempuh semua kawasan untuk lihat apa yang ada didalam kawasan tersebut. 

So mase sampai ditingkat 2,kami decide untuk main sampai tingkat 2 saja sebab  aku rase ditingkat 3 mungkin menjadi tempat sarang kelawar dan ia mungkin boleh membahayakan keselamatan kami.


kami masuk bilik engin (?) yang kelihatan masih utuh didalamnya. Mungkin mat pet/mat gian xperasan yg dalam bangunan ni ada lagi baki2 besi didalam bilik ni untuk dijual rasenya.


sesudah memeriksa didalam bilik enjin tu,kami cuba untuk pergi ke sudut hujung tingkat tersebut yg menampakkan pemandangan luar. Tetapi kami tersilap langkah!

pada waktu kami semua sedang berdiri di tepi bilk tersebut, hasif dan aku telah menyuluh2 lampu suluh kami diluar kawasan tersebut. Alangkah malangnya apabila lampu suluh Hasif telah terpancar dalam semak dan telah tersuluh kereta POLIS yg sedang berehat(?) dalam gelap tersebut.

Disebabkan telah tidak sengaja tersuluh pada kereta polis, kami nampak seakan2 kereta polis tersebut menghidupkan enjin kereta mereka dan bergerak. So,masing2 mula start panik kerana risaukan polis, aku decide yg kami semua patut keluar bangunan tersebut dengan segera.


dengan tanpa membuang masa, aku,hasif,hazim dan kimi segera keluar mencari tangga untuk turun ke tingkat bawah sekali sambil2 berjaga2 dengan kaca berselerakan diatas lantai dan mengelak dari kelawar2 yg berterbangan didalam bangunan tersebut.

Sampai saja kami di pintu masuk bangunan tersebut, masing2 cepat mengeluarkan kunci motor dan menghidupkan motor dan cepat beredar dari situ, sebelum nak beredar tu,sempat aku ambik gmbar luar bangunan tu sebagai kenangan kami.


OK, baiklah. sudah sampai masanya untuk penerangan tentang gambar diatas tadi.


So,gambar diatas ni telah menampakkan sesuatu yg ganjil di bahagian kiri. Cuba lihat gambar bawah ini dengan efek "thermographic picture".


nampakkan sesuatu didalam gambar diatas?

ia berada di belah kiri gambar dan ia berwarna merah.

Maaf,kerana saya tidak pakar dalam penggunaan thermographic picture ini,so saya tidak tahu macam mane nk menerangkan situasi didalam gmbar ini.

Gambar dibawah ini telah saya zoomkan sebanyak 3x untuk menampakkan kejelasan "benda" tersebut.


x jelas lagi? xpe,saya zoomkan lagi lebih dekat "benda" tu.


dah nampak bukan?

rase2 apa "benda" tu?

xpe, untuk kepuasan semua pembaca,saya zoomkan sekali lagi untuk nampakkan sebesar yg mungkin.


ok,gmbar diatas ini sudah abis zoom saya buat untuk menampakkan "benda" tersebut berada didalam gambar semasa perjalanan kami didalam bangunan kosong tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca, gambar "benda" diatas ini baru saja saya perasan iaitu pada bulan september 2013, padahal pergi tempat tersebut pada masa raya tahun 2012. Ia mengambil masa 1 tahun untuk perasan-kan "benda" tersebut didalam gambar.

gambar dibawah ini telah saya highlightkan untuk para pembaca bagi menerangkan ciri2 or bentuk2 yg ada pada "benda" tersebut.


Kalau diperhatikan betul, "benda" tersebut seakan2 macam kucing/serigala yg sedang merangkak dan yang paling rare nya adalah mukanya sedang perhatikan kamera DSLR aku atau lebih tepat, ia sedang memandang kami semua!

Kenapa aku panggil "benda" tu "BENDA"? sebab aku pun xtau nk gelarkan benda tu sebagai apa. 

So, pada mereka yg pakar dalam ilmu paranormal or ilmu perubatan islam, mungkin mereka tahu apa benda ni.

So, Selepas perjalanan kami ke kulim, aku mula bergerak solo sekali lagi. Tetapi diatas sokongan rakan2 yg ada di KL dan Shah Alam, aku bersemangat untuk meneruskan kajian paranormal aku ini.

So,entri selepas ini berkisahkan pertama kali aku jejakkan kaki di rumah DR.FRENZY di belakang Zoo Negara!!!

Setelah hampir 4tahun mencari rumah tersebut tanpa bantuan arah dan pernah membuat aku sesat untuk mencari rumah tersebut, akhirnya aku jumpa juga rumah tersebut atas bantuan kawan UNISEL aku,Hazim.

So, mungkin entri lepas ni agak lmbat untuk di-update-kan kerana aku sedang menjalani minggu2 terakhir sebagai student part 5 di UITM, banyak assignment nk kena submit.

So, apa2 pun terima kasih atas kesudian anda untuk membaca sedikit pengalaman dan kajian saya selama ini. Teruskan membaca blog ini ye!

Salam "The Origin"
Faisal Awiengs