Monday, April 2, 2018

A Night With The Nightcrawlers - XPDC Bukit Damansara/Amber Court 1



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 Tempat Gelaran : Sebelah Rumah Pemujaan AKMI (RPA)
Lokasi : Persiaran Beringin,Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur
Tarikh Pencarian :  29/10/2017 Ahad Malam.
Jam : 1.50 AM
Kamera : DSLR Canon EOS 550D 2x
Bersama : Syarafi, Shah &Naqim (Kai tinggal dalam kereta)

"Nightcrawlers" - Syarafi,Shah & Naqim

Assalamualaikum kepada para pembaca blog ini, setelah sekian lama menyepi, kini admin kembali dengan meng-update entry sambungan kembara dengan ahli kumpulan baru 'Nightcrawlers", iaitu Syarafi, Shah & Naqim yang pernah sertai kembara di Bukit Damansara.

Tetapi kali ini, admin nak buat cara baru dalam penceritaan dalam entry kali ini, dengan meringkaskan atau highlight dalam cerita untuk memendekkan penceritaan dan tidak membosankan para pembaca dengan cerita panjang dan tidak perlu scroll page panjang2.

Admin mulakan dengan ajakan dari team Nighcrawlers, Syarafi dan Shah untuk menjenguk ke Bukit Damansara dan Amber Court di Genting Highlands. Disebabkan admin sendiri tak pernah menjejakkan kaki di Amber Court, admin mengambil kesempatan untuk menerima jemputan mereka untuk ke Amber Court.

Syarafi, Shah & Naqim termasuk Kai (kamarul) bersiap dan tunggu di medan selera Bandar Seri Permaisuri. Kami bergerak ber-5 menaiki kereta Syarafi. Masa perjalanan dari medan ke Bukit Damansara memakan masa 15 minit. Tiba di lokasi, kereta di parking di depan pagar rumah sebelah banglo AKMI.

Tetapi ada sedikit halangan, anjing di depan rumah sebelah banglo AKMI dah tercegat di depan pagar, mundar-mandir melihat gelagat kami yang sedang siap sedia masuk ke rumah depan tersebut.

Kai tinggal di dalam kereta atas masalah sakit pinggang yang dialami di tempat kerja. Berat hati sebenarnya admin nak meninggalkan ahli tinggal berseorangan di luar, lagi2 Kai dalam keadaan cedera.

Kami ber-4 bersiap sedia nak memasuki pintu pagar yang terbuka sedikit, seperti mejangka kami hendak masuk ke rumah tersebut. Anjing tersebut teruk menyalak dengan kuat dan terus bergema ke kawasan kejiranan tersebut. 

Nyalakan anjing tersebut tidak mematah semangat kami yang teruja nak masuk tempat baru tersebut. Naqim& Shah di hadapan untuk videoman merakan dan admin & Syarafi di belakang sebagai cameraman.

Naqim (depan), Shah menggunakan lampu HP beliau 

Barang rumah ditimbun di hadapan rumah

Keadaan sisi kanan rumah tersebut (ada tangga di setiap sisi rumah tersebut, 
menuju tinggi ke belakang atas rumah tersebut)

Hadapan tangga rumah tersebut

rumah kebun di sisi kiri rumah 

barang lama rumah dilonggok di bawah bumbung depan rumah

ketinggian bumbung rumah

Nampak mengerikan bila berada disini

pokok tebal di depan tangga

sisi depan rumah

Setelah mengambil gambar di depan rumah tersebut dalam 5 minit, Naqim dan Syarafi melangkah naik tangga rumah tersebut dan bersedia untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Tetapi ...

Naqim mendahului dihadapan menaiki tangga rumah

keadaan di sisi kanan depan pintu rumah tersebut

Tetapi...

Apabila kami merapati ke depan pintu rumah tersebut, kami agak terkejut apabila kami dapati pintu rumah tersebut telah ditutupi dengan papan plawood. Membuatkan kami tersekat didepan rumah tersebut.

Papan plawood menutupi pintu masuk rumah tersebut

Kami cuba mencari jalan pintu lain yang membolehkan kami memasuki rumah tersebut. Kami berjalan ke sisi kiri rumah tersebut apabila ternampak penutup tingkap yang terbuka.

Kelihatan kosong didalam bilik sisi kiri melalui tingkap

Didapati bilik kecil di sebelah sisi kiri rumah tersebut bersebelahan tangga

Rumah kebun (?) di bawah

Tangga di sisi kiri rumah tersebut, tinggi bukan?
Agaknya ada apa lah kat atas. 

Kai dalam kereta Syarafi di depan pagar rumah

Teringin sangat nak naik tangga ni masa ni...

Syarafi periksa papan plawood yang dah di-seal kat pintu tersebut

Naqim sibuk merakam keadaan sekeliling rumah tersebut

Nak sewa???
Sila call nombor yang tertera di papan tersebut

Keadaan berserabut di depan rumah kebun

Setelah kami ber-4 berbincang tentang keadaan kami yang tersekat didepan pintu rumah tersebut, dengan nyalakan anjing tidak henti2 dari tadi, Syarafi mencadangkan untuk beredar dari kawasan tersebut dan pergi ke Amber Court.

Ikutkan hati, memang admin tidak mahu keluar dari rumah tersebut, tetapi akibat Kai call Shah dan cakap yang PAK GUARD depan rumah tersebut dah keluar, membuatkan admin terpaksa setuju untuk keluar dari kawasan tersebut.

"NIGHTCRAWLERS"

Kelihatan anjing dah standby depan pagar

Baiklah, tak sampai dalam 20 minit kami kat dalam kawasan rumah tersebut, kami terpaksa beredar dan terus pecut menuju ke Amber Court pagi tu jugak.

Nantikan sambungan cerita kami apabila kami tiba di Amber Court untuk buat pertama kali!!!

Terima kasih atas sudi membaca blog ini


Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud

Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09