Monday, April 2, 2018

A Night With The Nightcrawlers - X-Plorasi Ke Banglo Pemujaan AKMI Part 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Rumah Pemujaan AKMI

 Tempat Gelaran : Rumah Pemujaan AKMI (RPA)
Lokasi : Persiaran Beringin,Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur
Tarikh Pencarian :  30/09/2017 Jumaat Malam.
Jam : 12.50 AM
Kamera : DSLR Canon EOS 550D 2x
Bersama : Zahid, Shazlan & Naqeem

Lokasi Rumah Pemujaan AKMI dalam Google Map

Gambaran depan Rumah Pemujaan AKMI dalam Google Map

Lori Rojak & Cendol Antarabangsa di tepi jalan belakang RPA

Baiklah, selepas melakukan peninjauan di Rumah Pemujaan AKMI (RPA) beberapa hari lepas, admin mengajak kawan2 admin untuk pergi semula ke rumah tersebut pada waktu malam.

Pada asalnya, cuma admin dan Zahid saja yang "available" pada malam itu sebab "short notice"/mengejut, setelah hampir dekat 2jam, akhirnya Shazlan dan rakan zahid, Naqeem dapat turut menyertai aktiviti pada malam itu.

Dengan menaiki kereta baru Zahid, dan berbekalkan 2 kamera DSLR (1 untuk gambar dan 1 untuk video), pada jam 12.20AM, kami bergerak ke lokasi berkenaan.

Tidak mengambil masa yang lama untuk tiba ke lokasi, admin meletakkan kereta zahid di tepi jalan berhadapan dengan RPA tersebut. Dengan keaadan yang pada mulanya tenang dan sunyi, kami bersiap untuk masuk ke dalam rumah tersebut.

Admin bertindak sebagai kameraman dan Naqeem sebagai juruvideo untuk aktiviti malam tersebut. Macam biasa, admin "briefing" sedikit berkenaan rumah tersebut dan menerangkan apa yang patut dan tak patut dibuat sepanjang dalam melakukan aktiviti itu.

Gambaran depan RPA pada waktu malam

3 Ahli baru "The Origin"

Shazlan, rakan/Ahli Baru "The Origin"

Zahid, owner kamera/kereta/Ahli Baru "The Origin"

Naqeem, rakan Zahid/Ahli Baru "The Origin"

Baiklah, selepas bergambar dan membuat sedikit briefing kepada mereka bertiga yang baru pertama kali menyertai aktiviti paranormal, ada ketika admin cuba menenangkan mereka dengan bunyi nyalakan anjing yand datang dari arah bawah sebelah RPA tersebut.

Admin sebagai cameraman, Naqim sebagai videoman, Ilan sebagai lighting dan Zahid cuma sebagai pemantau. Dengan berniat nak melihat keadaan dalam rumah tersebut, kami berempat masuk melangkah secara perlahan ke dalam RPA.

Tiba di depan pintu masuk RPA

Sampai sahaja di depan pintu masuk RPA, nyalakan anjing semakin kuat membuatkan Ilan dan Naqim rasa "goyang" sedikit.

Admin cuba memberitahu mereka supaya tidak mengindahkan bunyi tersebut.

Admin bawak mereka bertiga ke bahagian pintu pagar kedua yang terletak di bawah dan besebelahan dengan  taman sebelah RPA tersebut.

Naqim,pertama kali menjadi videoman...

Ke pintu pagar 2

Sampaikan pokok pisang boleh tumbuh kat dalam Rumah

Kereta Proton Tiara(?) terbiar

Buaian besi didalam laman

Pintu Pagar 2 yang berkunci

Ilan sempat bersembang dengan Naqim

Masa untuk masuk melalui pintu depan

Rasa berdebar sangat ketika nak melangkah masuk

"Come On In. We're Waiting"

"Slightly Crazy"

Disebabkan ini juga pertama kali Admin masuk ke dalam RPA ini, memang terasa berdebar dengan tidak mengetahui apa yang ada didalam rumah tersebut.

Bila sudah masuk di bahagian lobi(?) rumah tersebut, bahagian lobi agak sederhana luas dan ada sebuah tangga kayu terbiar di depan tangga. Semak-samun juga agak menebal dan tinggi terbiar dalam laman rumah tersebut.

Macam biasa, dah kata rumah tinggal. Keadaan dalam RPA tersebut juga sama macam seperti rumah2 sebelum ini, agak bersepah, berselerak dengan sampah-sarap.

Tidak terkecuali juga dengan contengan kreativiti orang di dinding2 yang ada beberapa menarik perhatian kami.

Bila tengok sekeliling dalam rumah tersebut, pergh, memang besar lah..

Kami masih terdengar bunyi nyalakan anjing tersebut, cuma agak perlahan, mungkin penat.

Tiba2 teringat akan rumah kayangan shah alam aka rumah Mona Fandey.

Semak menebal dalam laman rumah

standby untuk bukak lampu dalam phone

Keadaan di sebelah kiri

Keadaan di sebelah kanan

Tinggi siling rumah ni..dah macam rumah Mona Fandey di Shah Alam dulu...

Ni lambang muka apa ni, penuh 1 rumah diconteng nya..Keluang Man?

Banyak botol ditinggalkan...ada majlis makan2 ke?

WOW, gempak, siap ada lif lagi rumah ni...

baiklah, selepas memerhati keadaan rumah tersebut di bahagian lobi, masa untuk memeriksa rumah tersebut, dimulakan di bahagian kanan rumah tersebut.

Terdapat 1 ruang lapang, seperti ruang tamu, kosong.

Ruang Tamu lapang di bahagian kanan rumah

Gambaran di beranda, mungkin tempat jemuran pakaian

Nampak seperti rumah kebun

Gambaran dari Beranda depan...

Ye, seakan macam rumah kebun..

terdapat 1 almari kecik di ruang tamu

Terdapat pelbagai jenis contengan spray di dinding rumah tersebut, admin pun tak tahu apa maksudnya...

Keluang Man(?)

Shailin(?)

baiklah, selepas berjalan di ruang tamu kanan rumah tersebut, kami keluar dari situ dan perasan ada 1 lorong pelik bersebelahan dengan lif. Admin menyuruh Ilan menyuluh cahaya ke dalam kawasan gelap tersebut..

Agak terperanjat sekejap apabila ruang gelap tersebut adalah ruang Pemujaan yang cuba kami cari!

Tetapi akibatkan terlampau teruja, kami biarkan dahulu tempat tersebut untuk kami jelajah.

Kami jelajah dahulu bahagian bawah/swimming pool.

Inilah lorong ke Ruang Pemujaan tersebut.

Swimming Pool yang gelap-gelita

Menuruni tangga tidak berpalang

So, ketika kami buat keputusan untuk turun ke tingkat bawah, Ilan & Naqim nampak teruja.

Kami terus menuju ke arah tangga dan ketika hendak turun, ternampak swimming pool yang sangatlah gelap hinggakan dalam gambar/video pun tak nampak.

Tidak sama macam tingkat atas, tingkat bawah ni lebih bersepah dan berselerak dan hampir dipenuhi dengan sampah & barang tinggalan rumah tersebut.

Kami merapati kawasan swimming pool, yang dipenuhi serpihan kaca (hati2 sila pakai kasut).

Disitu, kami dapat mendengar bunyi kenderaan yang bersebelahan dengan dinding rumah yang tinggi tersebut.

Bersepah

Agak2 dah berapa lama rumah ni telah ditinggalkan eh?

Kawasan swimming Pool

Mungkin tempat fountain

Gambaran rumah 3 tingkat dari swimming pool

terpegun melihat rumah besar

Selepas hampir dalam 10minit di kawasan swimming pool, bertemankan bunyi katak dan cengkerik, kami menuju ke bahagian kanan bilik tingkat bawah yang tidak pasti ada apa disitu.

Menuju ke bilik kanan tingkat bawah

Ilan cakap pada kami yang bilik tersebut seperti bilik dapur sebab dipenuhi dengan kabinet kayu seakan2 dapur.

Tetapi, disebalik dihiasi dengan kabinet lama, kami lebih terperanjat dengan penemuan pelik di tangga dalam bilik tersebut.

Tangga tersebut dipenuhi dengan contengan spray dengan bertuliskan "Mona Lisa" & "Molly" berwarna merah. Kami pasti yang tangga tersebut menuju ke ruang pemujaan tingkat 1 tersebut. Membuatkan kami tidak sabar untuk melihat sendiri kawasan yang dikatakan seram.

Sebelum keluar, sempat kami terjumpa meja di tengah ruang bilik tersebut dan kami dapati ada 2 gambar keluarga ditinggalkan di atas meja tersebut.

Kami tidak pasti akan sebab sebenar kenapa ada gambar family disitu dan dibiarkan di atas meja tersebut. Adakah gambar tersebut milik tuan rumah tersebut?


Tangga "Mona Lisa"

2 gambar potret family

Ruang ampaian disebelah bilik dapur

Dapur kabinet dan almari

Poster rokok dilekatkan di dinding lif

Setiap tingkat ada lif yang sudah tidak berfungsi lagi


Dengan tidak membuang masa, kami pantas keluar bilik tersebut dan menaiki tangga tengah semula untuk naik ke tingkat 1 dan memasuk ke bilik ruang pemujaan tersebut. 

Ilan tidak sabar untuk masuk ke bilik pemujaan tersebut

Disebabkan masih jauh lagi pengembaraan kami didalam rumah tersebut, admin decided untuk membuat 2 part untuk eksplorasi kami di banglo tersebut. Sebab terlampau panjang untuk buat 1 part saja.

Harap para pembaca sabar untuk admin update-kan part 2 sebelum bulan 12 tahun ni.

Terima kasih atas kesudian pembaca untuk membaca dan melawat page ini.


Salam Paranormal
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09


No comments: