Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Rumah Pemujaan di Bukit Damansara
Baiklah, setelah lebih setahun admin tidak melakukan sebarang aktiviti pencarian/paranormal, akhirnya admin kembali untuk beraksi semula dengan tempat2 baru dalam KL/Selangor.
Sebab apa admin kembali membuat aktiviti ini?
Sebab dorongan kawan2 rapat admin yang tinggal berhampiran dengan rumah admin, yang banyak memberi sokongan moral dan cadangan tempat yang dikatakan seram/berhantu. Betul ke?
So,dengan ahli baru yang menyertai kumpulan "The Origin", Zahid & Shazlan (jiran rumah admin) yang teringin sangat mengikuti admin membuat aktiviti paranormal.
Setelah membaca kisah yang dikongsikan dari FB WUJUD (Paranormal Team), yang berkaitan dengan rumah banglo tinggal di bukit damansara, membuat admin terpegun dan ingin melihat sendiri keadaan rumah tersebut dan ingin mengetahui kisah di sebalik pengosongan rumah tersebut.
Maka, pada hari Rabu petang, 27/09/2017, pada jam 4.45pm, admin bersiap seorang diri menuju ke tempat destinasi dengan menaiki motor dengan harapan dapat menjumpai rumah tersebut tanpa sebarang kesukaran dan halangan.
Tiba di persiaran beringin, admin terlihat Kedai Rojak & Cendol Antarabangsa di bahu jalan luar dari kawasan rumah banglo tersebut.
Dengan memerhati kawasan sekeliling dan tanpa kereta peronda polis, admin merapati ke pagar hadapan rumah tersebut. Admin terpegun akan ke-besaran rumah tersebut dari luar. Admin dapati pagar rumah tersebut terbuka dari ikatan tali yang diikat di pagar rumah tersebut.
Admin berselang2 mengambil gambar dengan mengunakan kamera handphone untuk jarak dekat dan kamera dslr canon untuk jarak jauh. Admin mendapati ada 1 papan besar yang menyatakan rumah tersebut dalam proses penjualan.
Beranda Kiri rumah tersebut
Kawasan rumah di bahagian kiri rumah
beranda di tingkat 3
Admin jalan perlahan2 masuk ke dalam rumah tersebut, dengan memastikan tiada orang atau haiwan yang boleh membahayakan keselematan admin. Admin terus mengambil gambar setiap sudut rumah tersebut dari luar sebelum mencuba masuk kedalam rumah tersebut.
Macam biasalah, kalau rumah terbiar macam ni, mesti rumput2 di sekitar rumah tersebut makin meninggi dan menebal, kan? Dan mesti keadaan kawasan dalam rumah tersebut bersepah dan kotor.
Tetapi bila admin hendak menuju ke depan tangga rumah tersebut, admin mendapati ada 1 plastik hitam dilonggokkan di tepi tangga dipenuhi sampah/makanan terbiar disitu.
Pelik, macam mana boleh ada plastik sampah dipenuhi bekas makanan diletakkan disitu?
Ada majlis makan2 ke kat sini?
Ke ada orang buat lawatan sambil makan?
Admin pun xpasti.
Mangga/Lock rumah
tali yang mengikat pagar rumah yang terputus
di ruang tangga masuk rumah tersebut
Plastik makanan/botol
Ke pintu pagar bawah
Pintu/Tangga masuk banglo tersebut...menarik bukan?
selepas memerhati di bahagian depan tangga/pintu masuk rumah tersebut, admin memberanikan seorang diri berjalan menuju ke arah pagar bawah rumah tersebut.
Disitu, admin mendapati ada sebuat kereta lama ditinggalkan disitu. Admin xberapa pasti pada mulanya jenis model kereta tersebut, selepas balik dari situ dan mengkaji, admin dapati ia adalah sebuah kereta Proton Tiara.
Dan admin dapati rumah tersebut ada laman yang agak luas dan mempunyai buaian besi di celahan pokok di laman tersebut. Ada bahagian rumah tersebut dibuat khas untuk dihubungkan dari ruang kanan rumah tersebut ke laman tersebut. Ia seperti ruang berjalan ke laman rumah.
Kereta Proton Tiara(?) ditinggalkan terbiar
bahagian rumah menghubungkan jalan ke laman rumah
Buaian Besi di laman terbiar
Beranda tingkat 3
Ruang hadapan pintu masuk rumah
Sebelum admin cuba patah balik ke depan pintu/tangga masuk rumah tersebut untuk memasuki kedalam, admin dapati ada sebuah kereta mundar-mandir di luar jalan rumah tersebut. Admin perasan sudah hampir 4 kali kereta itu ulang-alik seperti mencari sesuatu.
Ketika admin nak masuk, admin terdengar bunyi kereta tersebut berhenti di hadapan pintu pagar rumah tersebut. Disebabkan rasa tak sedap hati, admin cepat2 berlari ke depan pagar tersebut untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku pada admin.
Gambar terakhir sebelum beredar dari situ.
Ada 2 orang lelaki sekitar 30-40an yang tidak keluar dari kereta, cuba bertanyakan pada admin, dialognya seperti ini :
Pemandu Kereta : "Tumpang tanya boleh tak?, encik ni ejen rumah ini ke?"
Admin : "Errr...tak...saya jurugambar, nak ambik gambar rumah ini saja."
Pemandu Kereta : "Oh, ingatkan encik ni ejen rumah ni, kalau ya, bolehlah saya nak bertanyakan pasal rumah ni..."
Admin : "Oh, tak sebenarnya, saya cuma jurugambar, nak ambik gambar rumah ni saja...encik boleh hubungi nombor kat papan tanda ni untuk tanyakan berkenaan pasal rumah ni..."
Pemandu Kereta : "Erm...tak apalah, mintak maaf, kami beredar dulu ye..."
Fuh, SEMANGAT!.
Ingatkan apa lah tadi orang tu berhenti situ, rupanya nak bertanyakan pasal rumah tersebut. Mungkin mereka nak beli or nak bertanyakan pasal harga rumah.
Disebabkan cuaca pada ketika itu sudah betul2 mendung di area situ, admin terpaksa beredar cepat keluar dari tempat tersebut untuk mengelakkan basah.
Tapi, bagi admin, agak menarik dari segi luaran dan struktur rumah tersebut, ditambah pula elemen misteri iaitu kenapa plastik sampah dipenuhi makanan dilonggokkan di depan tangga?
Kenapa ada sebuah kereta lama ditinggalkan disitu?
Kenapa rumah ini dikosongkan dan terbiar?
Inilah papan tanda jalan kawasan rumah tersebut
Pada 2 hari kemudian, admin dan ahli
baru, Zahid dan Shazlan dan rakan jemputan, Naqeem membuat terjahan
mengejut ke rumah terebut untuk melihat isi rumah itu dan ingin melihat
apakah yang pelik didalam rumah tersebut.
Admin tak cakap rumah ini berhantu sebab admin tak masuk lagi kedalam rumah ini lagi.
Cuma admin dapati sedikit pelik akan kekosongan dan misteri yang digambarkan oleh WUJUD (Paranormal Team).
Ingin tahu apa yang misteri? Sila tunggu dan nantikan entry seterusnya pada minggu hadapan.
InsyaALLAH.
Ini ada sedikit attachment/lampiran berkenaan rumah tersebut.
Ini adalah gambar yang dikongsikan dari team WUJUD (Paranormal Team).
Kalau berkenaan cerita disebalik rumah banglo ini, entry seterusnya akan admin lampirkan 1 thread dari forum berkemungkinan ORIGIN rumah tersebut.
Salam Paranormal
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09
10 comments:
Tadi pergi rumah ni. Tgk gate dia dh berkunci
Rosdi Safian
Oh yeke?
Tq for inform to me...
x try masuk rumah sebelah dia ke???
Takde entry kedua ke bang? Sy pon nak tahu kenapa ditinggalkan, besar rumah tu, trtengok time makan rojak tepi jalan
Bulan Julai hari tu saje lalu lagi depan banglo ni. Kebetulan ada dua org tgh potong rumput. Saje borak dengan diorang. Katanya banglo ni mmg selalu org keluar masuk utk bergambar. Siap dia suruh masuk ke dalam utk tgk banglo tu. Memang besar. Apa lagi, terus la snap gambar dari aras bawah sampai ke atas. Lepas tu saje tanye siapa yg bayar upah potong rumput ni. Diorang cakap banglo ni mmg ada org jaga n tgh dalam proses jual beli. Diorang siap cakap dulu barang2 dlm rumah ni banyak. Tapi sayang sbb banyak yg dh kene jual.
Aku kerja sekurity di sekolah rendah SKBD..aku lalu situ..tetiba polis 3 orang naik motor lalu terus tengking aku JANGAN LALU DEPAN RUMAH NI..aku dengan gelabah terus x lalu situ.
Wan Hanif_1503
assalamualaikum Wan Hanif_1503 ,
sory sgt lama/lambat sangat reply komen,
sangat busy dengan kerja la...
buat masa sekarang ni,lama jugak xde buat aktiviti mencari paranormal ni...
geng2 semua dah buat haluan masing2,tinggal saya sorang je yang masih berminat buat benda2 macam ni,cuma masa & tempat yang tak mengizinkan saya untuk meneruskan aktiviti paranormal..
kalau tak silap saya,last kali saya datang hujung 2018,still masih boleh masuk,cuma skrg ni saya xtau la apa jadi dengan rumah tu...
Main cakap je Tu rumah pemujaan. Rumah Banglo ni sebenarnya sekolah saya dulu waktu kecil. Cikgu saya ni org kaya anak2 dia semua menetap di luar negara, cikgu saya ni dia ada byk harta. Dulu, waktu dia tinggal di Bukit Damansara dia jadikan rumah dia sebagai sekolah tadika, dia ada ramai maid saya x igt brapa ramai tapi Ramailah, so yang tinggal kat rumah Tu cuma dia dgn maid dia je lah, husband dia saya tak pasti mana, dulu pelajar ² kat situ ada lebih kurang 20 org ke bawah. Malas sebenarnya nak taip panjang ² . Ok punca rumah ni jadi terbiar sebenarnya disebabkan dulu ada kes org Melayu bodoh yang tak tahu apa dosa apa pahala yang positif dadah pergi pecah masuk rumah cikgu saya dan rompak semua barangkemas macam Tu je. Nak buat macam mana cikgu saya Redha jelah dgn apa yg dah berlaku Tu. Rezeki boleh cari, so buat masa sekarang cikgu saya Masih tinggal di Malaysia bersama anak Amal ya dan tinggal di rumah barunya dgn selamat. So itulah kisahnya yg sebenar...
Bang.. email sy bang. ntx.cenel@gmail.com. sy nak join abg.
Bro. Can I get your Facebook ID
Biasalah tu bro.. Sampai sekarang orang percaya rumah ni rumah pemujaan.. Macam² penyedap cerita orang tokok tambah pasal banglo ni..
Post a Comment