Wednesday, October 4, 2017

"The Origin" Fatalframe09 is Back!!!




Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kepada para pembaca & peminat setia aktiviti paranormal. Disini admin (Faisal Awiengs) ingin mengumumkan yang team "The Origin" KL sudah kembali beroperasi menjalankan pemeriksaan kawasan rumah2 tinggal dalam area KL & Selangor.

Cuma kali ini, Team "The Origin" KL sudah bertukar ahli, kerana geng lama, Amerool (rakan yang paling selalu teman admin pergi buat aktiviti paranormal) dan Faiz berkemungkinan sudah tidak dapat mengikuti admin untuk membuat sebarang aktiviti kerana mereka berdua sudah berkahwin, lagi2 dengan keadaan amerool yang sudah ada 2 anak kecil (isteri beliau, Eyna baru selamat melahirkan anak ke-2 mereka pada rabu lepas, TAHNIAH!)

Admin telah ditemani oleh 2 orang rakan rapat @ jiran terdekat, iaitu Zahid & Ilan. Zahid sudah lama ingin menyertai aktiviti kumpulan ini,cuma tiada kesempatan untuk turut bersama menyertai aktiviti. Ilan pula jarang jumpa walaupun rumah berselang "wing". Tetapi perwatakan ilan yang agak "ceria" membuatkan admin ingin mengajak beliau untuk sertai aktiviti paranormal.

Kemungkinan ramai lagi yang akan sertai aktiviti kumpulan admin, walaupun sebelum ini, admin pernah cakap yang admin sukar untuk membuat aktiviti sebab tiada peneman untuk buat bersama, tetapi sekarang ini, dengan bantuan zahid, admin dapat pergi buat aktiviti dengan disertai oleh rakan2 sekolah zahid.

 Zahid (owner kereta)

Ilan (pemancar lampu)

Ok, tentang lokasi aktiviti pula, selepas sudah setahun admin tidak buat sebarang aktiviti paranormal, admin ada buat sedikit kajian mencari lokasi yang berpotensi "seram" walaupun para pembaca akan rasa "tak seram mana pun bila baca". Nak buat macam mana, admin tiada "skill" menulis cerita seram.

Admin lagi biasa tulis cerita "direct" dan berkongsi gambar dengan pembaca. Admin tak biasa "menambah-nambah" cerita dalam penulisan cerita admin, kerana ia akan buat pembaca akan rasa sangsi akan "ketulenan" cerita yang admin rasai dan alami ketika dalam pencarian entiti.

Tempat paling baru admin dan rakan2 admin pergi terjah adalah di sebuat banglo tinggal yang amat besar di kawasan orang elit di Bukit Damansara. Buat masa ini, admin masih mencari cerita asal kenapa rumah tersebut ditinggalkan kosong dan dibiarkan begitu sahaja.

Admin terlihat post dari kumpulan WUJUD Paranormal di FB, yang mengisahkan rumah banglo ini, tetapi mereka juga tidak menceritakan tentang asal-usul rumah & kisah disebalik pengosongan rumah tersebut.

***ADDITIONAL POST***

Selepas saja buat aktiviti comeback ini, zahid & shazlan agak jarang untuk turut bersama dengan admin dalam aktiviti paranormal ini, maka posisi mereka berdua telah ditukar dan admin telah ditemani oleh rakan2 zahid aka jiran perumahan admin juga.

Kalau dikirakan jumlah aktiviti yang kami bersama sepanjang bulan 10-11,dah lebih 5 tempat kami terjah. Ni semua atas ihsan baik dari sahabat "baru" admin, Syarafi aka Abang Sado/Owner Kereta. Kalau bawak kereta,mesti mulut dia terkumat-kamit baca surah kalau masuk tempat2 seram.

 Syarafi aka Abang Sado

Turut bersama dengan kami ialah Shah, rakan Syarafi,Zahid & Naqim, yang sama umur dengan admin. Seorang yang berwatakan ceria sama dengan Syazlan. Cuma dia ni lebih banyak idea/tempat yang boleh dikongsikan,tapi xpernah jejak pun tempat tu.

 Shah, paling "Ceria"

Dan terakhir sekali, Naqim, antara yang ter"handsome" di antara kami ber-4. Memegang posisi "Vanguard" jika beliau beraksi sebagai Videoman, bagus mengikut kata admin, dan 2nd berani selepas Admin. Hehe.

 Naqim

Mereka ber-3 ni selalu berjaga pagi even kena bangun awal pagi untuk kerja, atas sanggup untuk mengajak admin ke tempat2 seram dalam Kuala Lumpur/Selangor. Mereka juga masih baru dalam buat aktiviti paranormal, so pengalaman mereka masih kurang.




Tunggukan entry terbaru yang akan di-uploadkan kedalam blog ini kemungkinan pada minggu hadapan (admin nak check gambar 1-1 & watermark).

Salam Paranormal
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09

No comments: