﷽
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Asrama Lelaki KUIM
Tempat Gelaran : Asrama Lelaki KUIM (betul), Apartment Riviera (salah)
Lokasi : Asrama Lelaki KUIM, Taman Muda, 56100, Ampang, Selangor.
Tarikh Pencarian : 16/09/2013 Isnin Malam.
Jam : 12.30 AM
Kamera : DSLR Canon EOS 550D
Bersama : Amerool, Faiz, Syed, Said, Fizi & Fathil
Pelik jugak apabila pada awal tahun 2013,
nama Apartment Riviera yg terletak di Ampang, menjadi tumpuan dan
famous di sosial media terutamanya di FB, Twitter dan Blog2 Paranormal
sebagai tempat/lokasi seram di Malaysia.
Yang
menjadi masalah bagi aku pulak, bukan Apartment Riviera yang dikatakan
berhantu or seram, sebab yang dikhabarkan tempat/lokasi seram or berhantu
itu sebenarnya adalah Asrama Pelajar Lelaki Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)
yg terletak bersebelahan dengan Apartment Riviera I & II.
Pembaca boleh lihat lokasi dimana terletaknya Asrama Lelaki KUIM & Apartment Riviera terletak pada gambar Google Map dibawah.
Lokasi Asrama Lelaki KUIM & Apartment Riviera (klik gambar untuk dibesarkan)
Asrama Lelaki KUIM bersebalahan dengan Apartment Riviera I
Jalan Masuk Asrama Lelaki KUIM pada 2012/2013
Jalan Masuk Asrama Lelaki KUIM di Jalan Bunga Raya, Ampang
Macam biasa, aku Faisal Awiengs (Ketua "The Origin") bersama amerool dan faiz untuk melihat Asrama Lelaki KUIM @ Apartment Riviera di Ampang. Geng Fizi (Fizi,Syed, Said & Fathil) pulak standby di Downtown Cheras untuk bergerak bersama.
Muka jambu sebelum kahwin
Faiz posing pulak...
Sesi Penerangan Speedlight Camera bersama Pakcik Azhar
Bertemu Geng Fizi di tepi jalan menuju ke Taman Muda
Berhenti seketika selepas melepasi Roadblock Polis
Setiba di Taman Muda, aku lihat bangunan Asrama Lelaki KUIM yg tersegam tinggi dikawasan kejiranan yang padat disitu. Kami park motor kami di kawasan sebelah flat berdekatan situ.
Kami melihat kawasan sekeliling untuk mencari jalan masuk kami ke dalam Asrama Lelaki KUIM itu dengan berjalan kaki. Pada masa itu, pagar asrama tersebut tiada tiang or batang besi yg menghalang orang luar masuk kedalam tetapi ada longkang besar disepanjang pagar or tembok dinding asrama tersebut.
Maka, kami pun berjalan sampailah ke pintu pakguard asrama tersebut dan terlihat ada tembok dinding yg mudah untuk kami masuk kedalam.
Pintu Pagar Utama Asrama Lelaki KUIM
Terpaksa berjalan kaki ke pondok pakguard
Asrama Lelaki KUIM, Ampang
Pagar/Tembok dinding yang tidak ada besi
Asrama dikelilingi oleh pokok2 besar
Signboard Jalan
SMS : "Fathil,belikan emak nasi goreng telur mata 1 yaa..."
Masing2 melihat kawasan sekeliling di hadapan pondok pakguard yg tiada penjaga
Timbunan sampah di hadapan pondok pakguard asrama
Faiz mengetuai kami memasuki jalan masuk ke dalam
Nampak menyeramkan...
Masuk je ke dalam bangunan, kami dapati keadaan disitu sangatlah bersepah dan tidak teratur, yela, dah terbengkalai selama hampir 20 tahun...
keadaan lantai yang basah dan kotor
Pemandangan Swimming Pool di tengah antara bangunan
Keadaan lif bangunan dipenuhi sampah dan air
lubang lif ke atas
Faiz : "Aku nampak RM1 syiling emas kat situla..."
Lobby Utama Asrama Lelaki...
Antara tinggalan barang yg masih ada...
Pemandangan Bangunan Asrama
Selepas kami puas berlegar2 di antara kawasan swimming pool dan sekitarnya, kami decide untuk naik keatas dari bangunan kiri melalui tangga.
Disini bangunan asrama ini agak "trick" sikit disebabkan ia seakan bercamtum dengan bangunan tengah tetapi tidak semua tingkat ada tangga yg menghubungkan bangunan tengah.
Keadaan di tingkat bawah mostly basah disebabkan petang aritu hujan...so tidak kesemua tempat di tingkat bawah dapat kami terokai,ada beberapa bilik2 di tingkat bawah dipenuhi almari,meja dan kerusi2 kayu dipercayai digunakan semasa didalam kelas.
"Cross Mark" dipercayai untuk tujuan renovation nnt..
Syed dengan hp nya...
Antara benda2 yg diletakkan di dalam bilik ini...
Semasa kami naik ke tingkat 1, kami dapati setiap lorong@hallway dipenuhi air dan kesemua besi yg melekat di dinding 1 ketika dahulu sudah tiada dan ia amatlah bahaya kepada semua yg naik ke tingkat atas kerana dikhuatiri boleh terjatuh ke bawah. (Disarankan amat berhati2 disini).
Antara bilik terbiar yg kami jumpai mula2...
Bertujuan berjaga2 dengan ancaman luar
Amerool menemani aku yg berada di belakang sekali...
Naik ke tingkat 2 pula
lorong lif dari tingkat 2 ke bawah
Hampir kesemua bilik dipenuhi sampah dan barang tinggalan pelajar or pekerja
Menuju ke bangunan tengah pula
Kelihatan bangkai burung keras dihimpap(?) pintu,kelihatan masih baru mati
banyak bilik di bangunan tengah
Kelihatan bangunan kanan dari sini(dinding bahaya)
Dipercayai pekerja kontrak yg tertinggal kad ACR
Amerool : "Ko dengar tak bunyi bising apa tu...?"
Selepas amerool dan fizi perasan seakan ada bunyi bising dari arah bangunan kiri, lantas aku mengajak yg lain2 menuju ke bangunan tersebut dan periksa apakah dan manakah datang bunyi bising itu.
Menuju ke bangunan kiri semula...
Semua : "Ek eleh...rupanya "TU" yang bising dari tadi..."
Sampai saja kt bangunan kiri, kami dapati ada "pendatang" baru sudah berkumpul di luar bangunan dengan sebanyak 5 buah kereta. Rasanya mereka baru tiba dan hendak masuk kedalam asrama ni juga. Tetapi aku dapati ada diantara mereka bawa GF or Perempuan.
Selepas melihat kedatangan "Pendatang" baru ni, aku dan lain2 berbincang samada nak teruskan pencarian atau berhenti setakat situ saja. Syed dan Faiz mahu meneruskan pencarian dan yang lain2 termasuk aku mahu berhenti disini atas alasan "Tak Syok klu ramai2 masuk kedalam sini". Aku memutuskan yang kami berhenti setakat tingkat 2 saja dahulu sebagai permulaan pencarian di Asrama Lelaki KUIM ni.
Amerool melihat jalan untuk keluar dari bangunan tersebut
Apsal Said? Berminat nak amik almari ni ke???
Masih bersih dan kukuh dan tidak rosak...
Kala Bulan Mengambang Amerool ...?
Masa untuk keluar dari situ
di depan lif tingkat 2
Fathil & Said
Antara "Note on the Wall" di sini
Tiba di tingkat bawah
Akan kami tawan tingkat atas 1hari nanti...
Setiba di tingkat bawah,lantas kami terus ke swimming pool untuk bertemu dengan "Pendatang" baru yang berada di tepi swimming pool. Selepas berkenalan dan berbual sebentar, mereka nak try naik ke tingkat atas sekali katanya. Kami bagi peluang kt mereka untuk meneruskan hajat mereka dan kami pun slow2 beredar dari area kawasan tersebut.
Yang aku perasan selepas melihat ahli geng mereka ni, yang si couple2 ni langsung xberenggang,asyik melekat je, so aku dah rasa tak sedap hati, teringat kata2 orang dulu, masuk ke tempat asing ni, jaga tingkah laku, jangan buat maksiat...
Antara ahli kumpulan "Pendatang"
Bersalam dengan ketua "Pendatang"
Antara Pose group "The Origin" dengan crew jemputan
Pose Group "THE ORIGIN" FATALFRAME09 + Crew Tambahan
Longgokan tiub tayar di pagar utama
Pemandangan Asrama Lelaki KUIM
Sekali-sekali admin nak posing gak...
Cari Jalan Keluar
Faiz : "Apa lagi, jom ke mamak lah!, dah lapar dah ni!"
Fathil : "Aku nak kena beli nasi untuk mak aku ni.."
Syed : "Apa2 dulu jom g cari tandas jap..."
Selepas semua keluar dari Asrama Lelaki KUIM tersebut dengan selamat, terus kami menuju ke restoran mamak di area Permaisuri untuk masing2 melantak.
Faiz dah kenyang...
Said : "Fathil, ko belanja kitorang ke?"
Fathil : "ya,aku belanja korang makan,tapi bayar pakai duit kau dulu..."
Baiklah, selepas masing2 melantak puas kat situ, hampir jam kol 3pagi baru kami semua beredar pulang kerumah. Hujan pulak menyusul selepas itu. Tak tau pe nasib kumpulan "Pendatang" tu tadi.
Maka, secara keseluruhan untuk review Asrama Lelaki KUIM @ Apartment Riviera pada malam tu, walaupun sedikit kecewa kerana tidak sempat untuk naik ke tingkat atas sekali atas sebab "Pendatang", kami agak puas hati atas pencarian kami pada malam itu. Dapat juga kami jejakkan kami ke dalam tempat tersebut selepas nama tempat itu tersebar popular di FB dan blog2 paranormal.
Pada masa itu, kami masih mencari kisah sebenar apa yang terjadi kat bangunan tersebut pada ketika dahulu dan apa yang menyebabkan bangunan dan kelas disitu terpaksa ditutup dan dikosongkan.
Gred -
Keseraman : 6/10 (kadang2 tu ada jugak bunyi benda bising dari arah bangunan bertentangan)
Lokasi : 6/10 (gelap dan banyak bilik)
Kesukaran : 7/10 (basah, kaca, tinggi, banyak lubang, dinding tidak berbesi)
Baiklah, sebulan selepas pencarian di Asrama tersebut, aku mengajak amerool, faiz dan kawan faiz, pisang(aku xtau nama betul dia) nak jalan2 ke Highland Tower dan Rumah Dr.Frenzy di keramat untuk melihat perkembangan bangunan tersebut.
InsyaALLAH, sebelum hujung tahun 2015 admin akan update-kan 1 story dulu sebelum masuk ke tahun baru 2016.
Salam Paranormal
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09
disini admin lampirkan sedikit info pasal Asrama @ Apartment Riviera
5 comments:
Dah lama aku ikut perkembangan korang.aritu senyap sekejap kan.skang dah aktiv semula.puas cari nama blog ni.last2 jumpa balik..korang mmg best..
Korang mmg best.aritu senyap sekejap.skg dah aktiv balik.layan baca blog ko ni.
@Ridhwan Abdul Kadir
Thx atas kesetiaan & kesabaran anda atas membaca blog kami...
Ya...memang kami ada "break" sebentar dalam aktiviti "paranormal" dan update blog...
Lagi2 dalam aktiviti update blog ni...sbb admin agak bz sikit...
Lagipun sepanjang tahun 2014-15 mmg jarang dah buat buat aktiviti "paranormal" sbb geng "mencari" pun dah kurang & tempat "mencari" pun dah limited dlm KL & Selangor...
So,skrg ni admin try update cite2 tahun 2014-2016 dalam 1bulan/1entry...
So,rajin2 lah kunjungi dan baca blog kami ni sebulan sekali...
Sekali lagi admin ucapkan terima kasih atas kesetiaan & kesabaran anda atas menunggu/mencari/membaca blog kami ini...\m/
Bak nmbor fathil.cute lah boy tu :)
Mintak fathil whatsaap rina boleh 0142659960 hihi
Post a Comment