Monday, April 18, 2016

Eksplorasi di Taman Tasik Seksyen 7 (Ter-SALAH TASIK, Tetapi...)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


 Tempat Gelaran: Taman Rekreasi Seksyen 7
Lokasi: 26, Jalan Perak 7/1f, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tarikh: 26/11/2013 Malam Selasa
Jam: 11.34 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Koordinat Lokasi: 3.084518, 101.504600 (google map)
Bersama : Adham Dawn, Farid "Tembun" & Zarul Awan

Baiklah, selepas 2 minggu melawat Rumah Mona Fandey di Seksyen 11 untuk kali terakhir, aku decide mengajak adam, tembun dan kali ni zarul, housemate kitorang yang selalu memekak kat rumah join sekali untuk pergi ke sebuah tasik dalam Shah Alam yang dikhabarkan terdapat perkara mistik iaitu mereka menjumpai pintu "Alam Bunian" di tasik tersebut.

Dah lama aku perhatikan tempat ni sejak 2012, sejak team paranormal popular di Malaysia, Kru 666 diketuai oleh Mazidul Akmal & Team PAG-Paranormal diketuai oleh Azree telah mengunjungi sebuah tasik di Shah Alam.

 Dan sepanjang dalam pencarian tersebut, salah sorang krew mereka telah berjaya merakam/menangkap gambar satu objek menyerupai "PINTU" dipercayai Alam Ghaib/Bunian di sekitar Pokok Buluh. 

So, atas dasar rasa ingin tahu makin kuat dihati ini, aku mengajak mereka untuk melihat sendiri kawasan itu untuk merasai persekitaran itu. Yela, dah kitorang ni duduk Shah Alam, takkan taknak periksa kawasan tu.

Oh, lagi 1, kami tidak melawat 1 tempat je, selepas jenguk tasik tersebut, kami cadang nak melawat tanah perkuburan islam di seksyen 21 Shah Alam sebab ingin melawat kawasan kepala ditanam dari kes pembunuhan kejam 4 sekeluarga pada 2010.

Sebab apa kali ni bawak zarul?
Zarul ni belajar silat, so mungkin kali ni dengan harapan dia boleh tolong kami sepanjang pencarian PINTU MISTERI tersebut dengan ilmu yang dia ada.

 Pemandangan Tasik dari tempat kami park kereta malam tu

Pemandangan tasik dari jalan besar

Dengan berbekalkan info dari internet, kami ber-4 pun bersiap untuk gerak ke tasik tersebut. Menunggu Zarul balik dari kelas malam membuatkan plan kami terpaksa dilambatkan daripada nak gerak kol 10pm kepada 11pm.

Kami gerak menaiki kereta Zarul. Setiba di persimpangan ke seksyen 6, aku menyuruh zarul belok kanan dan sedia untuk melihat kawasan tasik dari tepi jalan. Tapi kami tak boleh park kereta kat tepi jalan sebab ia jalan utama, so terpaksa kami masuk ke dalam kawasan perumahan situ untuk park kereta di tepi jalan/tasik tersebut yang berdekatan dengan tangga.

Adam orang paling laju turun dari kereta dan menuju ke tangga. Aku dan lain2 mengekori rapat belakang adam tanpa sebab. Suasana kat tasik situ memang teramat sunyi, dengan kawasan perumahan jugak yang memang kurang orang keluar malam membuatkan bunyi persekitaran alam amat jelas di telingat kami.

Tembun kata check dulu kawasan tasik ni kot2 ada orang still tengah jogging tengah2 malam. Aku jadi pelik, sapa nak jogging kat sini tengah2 malam dengan kawasan tak ada lampu?

So, aku dengan kamera dslr aku pun terus buat kerja mengambil gambar persekitaran tasik tersebut. Gelap gelita, tak ada lampu, berbekalkan bunyi hutan dan derusan bunyi kereta laju memecut kedengaran di tasik tersebut.

Kelihatan kawasan hutan yang paling berdekatan dengan kami di sebelah kiri, terus aku menyuruh Adam lead di depan untuk menuju di kawasan tersebut.

ketika menuruni tangga tasik

kawasan tasik kiri yang paling dengan hutan

Tembun dengan serius memeriksa kawasan sekeliling tasik

tasik yang sunyi

air dari dalam hutan mengalir ke tepi tasik

Masing2 tunjuk muka serius

Sampai je di tepi hutan kiri di tepi tasik ni, masing2 tenung tajam kat dalam kawasan hutan yang gelap. Aku terus mengambil gambar dengan menerangi kawasan situ berbekalkan flash dari kamera ni.

Secara peribadi aku, aku tidak merasai apa2 yang pelik atau semacam sepanjang berada kat sini, cuma perasaan seram sikit adalah sebab masuk tepi hutan sebelah tasik yang gelap.

Tembun dan zarul berperang dengan nyamuk yang sah2 banyak kat tasik.

Adam dan tembun rancak bersembang sambil mengadap ke hutan. Aku tak dengar sangat apa isi perbualan mereka berdua. 

Zarul berdiri sorang2 di tepi aku sambil asyik pandang ke langit gelap. Aku ada sesekali menanya zarul tentang apa yang dia dapat rasa kat kawasan situ. Dia cakap OK je.

muka zarul terpapar jelas muka kepenatan

melihat setiap inci sudut kat dalam hutan

Selepas masing2 perhatikan kawasan sekeliling hutan di tepi tasik tersebut hampir dalam 15minit, dengan tembun dan zarul dan mengadu nak keluar dari kawasan situ akibat berperang dengan nyamuk, dengan tiada apa yang dapat ditemui disitu, aku buat keputusan untuk keluar dari kawasan tasik tersebut

Dengan perlahan2 kami ber-4 beransur gerak dari kawasan hutan tersebut.

Tetapi, apabila detik nak keluar dari kawasan hutan tersebut, aku rasa berat je kaki ni nak berangkat dari situ, macam suruh STAY lagi kat situ.

Tapi bila dah tengok tembun, adam dan zarul dah dekat menghampiri tangga, aku pun cepat follow mereka dari belakang tapi tanpa berhenti mengambil gambar kawasan sekeliling tersebut.
Semua bersedia untuk beredar

laju je masing2 kalau nak balik

Ermm...

Masa aku kat tangga, aku masih asyik lagi ambik gambar tasik, yang lain lagi2 si zarul dan adam cepat je gerak ke kereta. Tembun tunggu aku kat atas tangga.

Sebelum "KEJADIAN" itu berlaku, aku betul tak rasa apa2 dan perasan benda yang pelik di sekeliling aku dan kawan2 yang lain.

Zarul dan adam bergegas ke kereta

Gambar terakhir sebelum aku tutup kamera dalam kereta...

OK, cerita "KEJADIAN" pelik berlaku ni dalam kereta.

AMARAN: 
cerita ni benar dan tiada sifat atau unsur kurafat/tahyul/atau sebarang bentuk penyesatan.

Selepas je masing2 masuk kedalam kereta, zarul pun hidupkan enjin kereta macam biasa.

Biasanya, kalau orang naik tangga yang tinggi macam kat tasik tu, orang akan bermengah/macam orang tak cukup nafas.

Aku perasan yang si zarul ni asyik tundukkan kepala, tak pandang depan cermin langsung.
Zarul sorang je yang tak mengah nafas ketika itu.
Aku, tembun dan adam masing2 amik nafas kepenatan.

Kemudian, aku tanya zarul keadaan dia. Dia tak menjawab. Masih tundukkan kepala dia.

Adam dan tembun diam je kat belakang.

Tiba2 zarul bersuara, tetapi dengan nada suara besar, bukan suara dia.

Sah, KENA RASUK!!!

Mula2 aku ingatkan si zarul ni main2, tapi bila aku pandang mata dia jeling ke atas dah macam Undertaker, suara terus berubah, terus meremang bulu roma aku ketika itu.
Sepanjang dia kena rasuk tu, "benda" tu nak bercakap dengan aku dengan bertanyakan beberapa soalan kat aku.

Hampir dalam 15minit adegan aku "berdialog" dengan "penjaga tasik" tu dalam kereta. Memang satu pengalaman yang antara paling berharga sebab berdialog dengan "makhlus halus" tersebut.

Sepanjang sesi berdialog, adam dan tembun mendiamkan diri dan membiarkan aku yang "settle"kan. Adam ada cakap semasa sesi berdialog sedang rancak berlangsung, adam ada baca ayat kursi dan meletakkan tapak tangan di belakang seat zarul dan dia terasa panas.

Sebelum mengakhiri sesi dialog tersebut, "penjaga" tersebut sempat memesan kami semua yang :

  • kebenaran agama islam, 
  • jaga solat, 
  • ingat ALLAH tu wujud dan Nabi Muhammad SAW tu pesuruh ALLAH,
  • dunia akhir zaman,
  • dan jangan datang lagi kat tasik tu tengah2 malam!

selepas tu, "dia" beri salam dan selepas keluar dari badan zarul, terus zarul buka pintu kereta dan muntah dengan banyak.

Rupanya zarul cakap yang semasa berada di tasik, dia dah rasa kehadiran "penjaga" tasik tu. Tu pasal dia tak cakap banyak dan ajak terus tinggalkan tempat tu.

Oh lagi 1, si zarul time tu demam.
Alahai, patutlah dia yang kena sebab dia yang paling time tu (lemah sebab demam).

oklah, dah panjang menaip, tak pasti ada orang baca ke tidak, tapi untuk sesi berdialog tu memang betul. Terpulang untuk percaya atau tidak, tapi bagi kami ber-4, ianya satu pengalaman berharga.

Baiklah, entri selepas ini berkaitan dengan rumah dr frenzy sekali lagi, tetapi kali ni aku dan amerool (geng kl) cuba untuk turun ke aras bawah dengan mengikuti jalan lereng bukit di belah kanan sebelah tangga rumah tersebut.

Nak tau pe yang kami jumpa kat tingkat bawah rumah Dr Frenzy? sila nantikan entri tersebut dengan rakaman video khas untuk pembaca blog ini. InsyaALLAH pada sebelum bulan 5 ini.

Klik untuk Link Pintu Ghaib GENG PAG/Mazidul
Pintu Ghaib Bunian

Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09

No comments: