Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tempat Gelaran:Balai Polis Lama Gombak
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 9/02/2015 ptg Isnin
Jam: 6.45 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map)
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 9/02/2015 ptg Isnin
Jam: 6.45 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map)
Bersama: Amerool Gazali
* Minta maaf pada para pembaca atas "Sangat" kelewatan untuk admin meng-update-kan entry baru, ini kerana baru-baru ini komputer admin mengalami kerosakan dan mengalami kesukaran untuk meng-update entry baru...segala kesulitan amat dikesali & akan dipercepatkan update segala entry yang tertunggak banyak ini...
Baiklah, selepas hampir setahun "bersara" dari melakukan sebarang aktiviti pencarian 'Paranormal" ini, admin/aku iaitu faisal "awiengs" mahamud menjejak kembali tapak seram yang popular di Malaysia selepas tayangan filem melayu seram "Puaka Balai Gombak".
Admin tak mahu meng-komen filem tersebut, cuma ingin menyentuh sedikit part2 adegan dalam filem tersebut. Admin dan kumpulan "The Origin" telah mengunjungi lokasi Taman Riviera, Taman Tenaga "Banglo Bukit" Puchong & Balai Polis Lama Gombak.
Cuma ada sedikit kemusykilan pada tindakan admin, benarkah ada tapak perkuburan atau kubur lama di sekitar BPLG seperti mana yang disiarkan dalam filem tersebut?
Sebab admin dah pusing/check/perhati/usya sekeliling di BPLG, jangan katakan kubur, batu nisan pun tak nampak, yang jumpa hanyalah sebuah bentuk seperti batu kubur di pokok besar (sila lihat entry sebelum ini).
Disebabkan ingin melihat dan mengesahkan kewujudan tapak kubur tersebut, admin mengajak amerool untuk menerjah ke tempat tersebut, tetapi kali ini, admin ingin mencabar diri dengan ingin melawat pada waktu mahgrib!!!
Mungkin ada sesetengah pembaca akan mempersoalkan atas tindakan admin & amerool untuk pergi memeriksa tapak kubur tersebut, bukan apa, admin ingin mengesahkan sendiri dengan mata admin bahawa tapak kubur tersebut benar2 wujud dan bukan sekadar bahan "penambah rasa" untuk dalam filem tersebut.
Pada asalnya, edisi pencarian kali ini, admin ingin mencuba teknik video pula, untuk mencuba kelainan pula, sambil itu admin ada juga beberapa gambar untuk dibuat lampiran dalam blog ini.
Tetapi disebabkan berlaku "error" pada sesi tranfer file ke dalam laptop admin, kesemua video dan beberapa gambar dalam kamera telah hilang dan hanya dapat selamatkan beberapa gambar.
So, dipendekkan cerita, kami berdua gerak petang pada pukul 6.20 dari
rumah kami menghala ke arah Gombak meredah jalan sesak orang balik
kerja. Tiba di lokasi pada 6.45 petang, memang agak sunyi dan hanya
bertemankan bunyi burung dan hutan sudah cukup untuk membuat bulu roma
meremang dengan sendirinya.
Admin keluarkan kamera dan mulakan rakaman video di tepi jalan raya. Ada beberapa buah motor dan lori lalu-lalang disitu melihat aktiviti kami disitu. Kami berdua menghiraukan orang disitu dan terus masuk ke BPLG tanpa kerisauan pada mulanya.
Kami mulakan dengan memasuki BPLG untuk melihat jika sebarang perubahan berlaku di bahagian dalam. Cuma ada 1 je perubahan yang agak "menyeramkan" iaitu penambahan lukisan "KAKAK BERAMBUT PANJANG" di bilik belakang. Entah sapa la yang rajin melukis gambar macam tu kat bilik belakang tu.
Inilah lukisan "baru" - "KAKAK BERAMBUT PANJANG"
Kami keluar dari bahagian dalam melalui bilik belakang. Terus kami pergi ke bahagian kiri rumah tersebut iaitu kawasan pokok pisang dan tanah lapang. Jam di tangan amerool sudah menunjukkan masuk waktu maghrib pada ketika itu. Terus bulu roma masing2 meremang memandang ini pertama kali kami berdua membuat aktiviti pada waktu maghrib.
Yang pelik ketika itu, ada satu kawasan yang admin percaya ternampak macam 1 jalan semak menuju ke dalam hutan dilitupi asap kabus. Yela, dalam kawasan hutan, mungkin ianya bersuhu sejuk. Tapi yang nampak macam pelik, jalan tersebut nampak macam mencurigakan.
Hati dan perasaan aku terasa semacam sangat pada masa itu. Ia kuat menyatakan mungkin ada sesuatu yang ganjil atau buruk boleh berlaku kalau kami cuba memasuki kawasan tersebut. Tapi pada masa sama, hati naluri aku berkata yang aku patut melihat dan memasuki kawasan berkabus tersebut. Tetapi dengan amaran dari amerool menegaskan mungkin boleh berlaku perkara yang tidak diingini pada kami berdua jika cuba memasuki kawasan tersebut.
Disebabkan ada perasaan was-was dan takut akan berlaku perkara yang tak diingini, kami berdua tidak memasuki kawasan berkabus tersebut. Naluri aku kuat mengatakan mungkin kawasan tersebut terletaknya tapak perkuburan yang dipamerkan dalam filem tersebut. BERKEMUNGKINAN LAH.
So, kami berdua gerak ke sebelah kanan kawasan BPLG tersebut iaitu kawasan pokok besar dan lorong ke tapak berkemah. Amerool ingin melihat kawasan tapak perkemahan di belakang hutan tersebut tetapi kali ini aku pula melarang amerool atas rasa kurang yakin akan keselamatan kami berdua.
Admin menunjukkan pada amerool akan pokok besar yang berada diatas lereng bukit tersebut. Disebabkan amerool tidak memakai baju lengan panjang, tangan dia sudah kemerah-merahan digigit nyamuk. Admin menyerahkan kamera kepada amerool untuk menaiki lereng tersebut dan mengambil gambar pokok dan sebuah binaan seakan2 kubur pada keliling pokok tersebut.
Amerool menjerit tiba2 pada admin dari tepi pokok tersebut selepas mengambil beberapa gambar "Ada tinggalan barang motor kat dalam bekas kubur ni faisal!". Admin tidak terperanjat akan ada benda diletakkan dikawasan tersebut sebab mungkin ia boleh dijadikan tempat simpanan barang.
Pokok besar
Tinggalan barangan motorsikal diletakkan disini
Binaan seakan2 kubur(?)
Rumah pondok misteri
Amerool mengambil gambar admin tunggu dibawah lereng tersebut
Selepas amerool mengeledah atas lereng tersebut, amerool tidak dapat menahan lagi akan kegatalan gigitan nyamuk di tangan dia dan HP beliau asyik berbunyi banyak kali ditelefon oleh awek dia yang kini selamat menjadi isteri sah beliau, EYNA yang asyik menanya dimana dia pada ketika itu.
Jam menunjukkan 7.40pm dan kawasan sekeliling situ mula gelap dan amerool terpaksa gerak untuk mengambil awek dia balik dari kerja di setapak. Kami pun terus keluar dari kawasan tersebut dan berpisah menuju ke destinasi masing2.
Sampai di rumah dan ketika men-transfer file gambar kedalam laptop, ada sesetengah gambar dan video tidak dapat dibaca dan gagal dipindahkan. Membuatkan admin merasa marah akan kegagalan pemindahan file dan kamera pada ketika itu.
Tapi Alhamdulillah, ada beberapa gambar yang berjaya diselamatkan dan dapat disimpan dalam laptop admin. Walaupun tidak banyak, tapi kira oklah untuk dikongsikan didalam blog.
Baiklah, entry selepas ini berkenaan tempat yang sama cuma berlainan motif kali ini. Admin akan membawa kumpulan "Paranormal Crew" dari Rawaang yang dianggotai seramai 19-20 ahli yang ingin melihat BPLG secara terperinci.
Nak tahu apa jadi semasa pengembaraan admin bersama kumpulan tersebut? nantikan kisahnya pada minggu hadapan.
Salam Paranormal,
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09
No comments:
Post a Comment