Showing posts with label hafiz. Show all posts
Showing posts with label hafiz. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

Eksplorasi di Mimaland & Balai Polis Lama Gombak Part 2 bersama Hafiz UiTM




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tempat Gelaran:Mimaland & Balai Polis Lama Gombak
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 11/02/2014 ptg Selasa
Jam: 4.15 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map) 
Bersama: Hafiz (UiTM)

Baiklah, selepas keluar dari Pintu Masuk Mimaland tu, aku pun suruhlah hafiz terus pandu ke arah bentong @ karak lama ke tempat Balai Polis Lama Gombak yang terletak dalam 10km dari situ.

Sepanjang perjalanan, aku dapati kenderaan masih berkurangan di jalan tersebut, walaupun nampak kelibat sekumpulan orang berhenti tepi jalan memberi makanan pada monyet hutan.

Dah semakin hampir ke lokasi, aku suruh hafiz perlahankan kereta untuk aku senang nak buat perasan signboard depan BPL. Sebab memang agak susah nak perasan pintu masuk BPLG ni sebabkan rumahnya bukan terletak betul2 tepi jalan, tapi dalam 80m jalan kaki kedalam hutan.

Aku menyuruh hafiz berhentikan kereta dia di tepi jalan sebelum selekoh tajam. Aku ambil beberapa gambar di tepi jalan situ...

Papan tanda jalan  di selekoh BPLG telah dijatuhkan...

Hafiz park kereta beliau di tepi jalan jauh sedikit dari pintu masuk BPLG

Penanda Pintu Masuk BPLG...sampai skrg xtahu pe maksud penanda ni..

Ketika hendak menghampiri ke pintu masuk BPLG, aku agak tergamam sebentar akan apa yang telah terjadi di batu penanda di depan pintu masuk, kelihatan seperti kampung musnah diamuk gajah!

Bagi sesiapa yang pernah datang kesini,mesti tahu akan batu dan kayu balak yang diletakkan dihadapan pintu masuk BPLG ini sebelum ini, tetapi kini telah dilanggar oleh sesuatu yang besar (tapi xnampak pun kesan tayar kereta/kren di atas tanah tersebut).

Inilah rupanya didepan pintu masuk BPLG

Habis patah balak yang menutupi pintu masuk BPLG

Keadaan tenang dihadapan BPLG

Pokok yang paling tinggi di belakang BPLG

kesan bakar,mungkin ada orang bermalam disini..

Apa yang aku dapati, sebahagian kawasan di BPLG tidak banyak yang berubah, cuma ada sedikit je..tetapi banyak pula kesan bakar di atas tanah dan pokok di sekeliling BPLG..

Aku bawa hafiz pusing sekeliling BPLG dahulu bagi memastikan tiada sesiapa di dalam area BPLG sebelum bawa kedalam BPLG

Batu & atap batu disusun rapi

kalau waktu malam, kawasan pokok pisang kelihatan meyeramkan

Kesan bakar diatas tanah

Hafiz mengambil gambar pokok

Aku bawa hafiz masuk ke dalam BPLG melalui belakang rumah yang tiada dinding..

Antara lukisan/seni yang dicurahkan di dinding sini

Tak berapa jelas tulisan yang ada di dinding BPLG

Selepas habis berjalan dalam BPLG, buat pertama kali aku sendiri ingin berjalan ke lorong belakang BPLG yang mencurigakan..aku nak tahu apa yang ada di sebalik hutan/semak-samun yang tinggi itu menghala kemana..

Mula2 aku fikir mungkin akan menghala ke perkampungan orang asli..yela,situ dekat dengan muzium orang asli..

So, setiap kawasan di lorong belakang BPLG ini aku cuba teroka untuk mengenal pasti apa yang ada di sekeliling BPLG..aku mulakan di lereng curam sebelum lorong tersebut..sbb disitu kelihatan amat mencurigakan dan aku dapati ada 1 rumah/pondok usang yang dilindungi oleh ranting/pokok..

Akar2 pokok disitu pun boleh tahan tinggi gak...tengok lama2 pun rasa meremang..disitu aku dapati ada 1 binaan batu-bata seperti kubur dibawah 1 akar pokok..tapi aku tak pasti adakah ianya benar2 kubur atau 1 tembok..

disitu juga terdapat 1 binaan seperti kerusi kayu yang dibentuk L berhampiran dengan binaan kayu tersebut..

disebabkan musykil dan tak tahu akan sebab apa kewujudan rumah/pondok,binaan batu-bata seperti kubur dan binaan kerusi kayu disitu, aku dan hafiz meninggalkan kawasan lereng bukit tersebut dan meneruskan eksplorasi kami berdua ke dalam semak/hutan tersebut.

laluan ke hutan belakang BPLG

akar pokok yang besar

binaan batu-bata seakan kubur di bawah akar pokok




binaan kerusi katu berbentuk L

Selepas melintasi batang pokok yang menghalang jalan masuk ke hutan belakang BPLG, kami menemui jalan semak yang dibuat rapi. Kami berjalan memasuki semak jalan tersebut kira2 dalam 1 minit dan akhirnya menemui penghujung jalan tersebut.

Tidak terperanjat apabila sampai disitu je, bukanlah seperti yang aku jangkakan pada mulanya. Ingatkan kami akan jumpa perkampungan atau rumah penduduk orang asli..

Rupanya cuma tanah lapang yang agak bersih, cuma kelihatan ada beberapa kesan tayar motosikal ada disitu. Mungkin ini tempat untuk berkelah atau rekreasi bagi pengunjung untuk membuat aktiviti hutan.

kami meninggalkan BPLG buat sementara waktu

tanah lapang je..

ada kesan tayar motosikal dan kesan bakar ditanah

Setelah melihat sekeliling kawasan tersebut, aku dan hafiz berpuas hati akan penemuan kawasan belakang ini dan kami memutuskan untuk patah balik ke BPLG bagi hafiz yang sudah gatal digigit nyamuk liar disitu.

Sebelum kami keluar dari BPLG, aku dan hafiz sekali lagi jengok ke kawasan batu-bata yang kami musykilkan dari awal tadi untuk memastikan apakah gerangan tempat tersebut.

Sekali kami naik ke lereng bukit tersebut dan aku pun berdebar2 untuk melihat apa kat dalam binaan batu-bata tersebut, rupa2nya bukan kubur. Cuma ada tanah diluputi daun2 kering je. Mungkin juga kubur lama yang tidak bernisan. Itu semua cuma andaian aku saja.

Disebabkan kesian lihat hafiz sudah kemerah2an digigit nyamuk, aku dan hafiz perlahan2 melangkah keluar dari kawasan BPLG tersebut dan terus menuju ke kedai makan berhampiran dengan rumah hafiz. Lupa dah nama kedai tersebut, tapi kedai tomyam kat gombak.

Aku bersembang sebentar dengan hafiz berkaitan status internship aku dan gosip terkini di UITM.

Hampir menjelang maghrib, aku dan hafiz bergerak ke destinasi masing2 selepas itu, hafiz pulang kerumah dan aku pula menjenguk kawan aka NAKAMA iaitu amier ariff yang rumahnya terletak di sentul.

Beliau telah patah kaki akibat dilanggar tayar lori tetapi nasib baik tak parah sangat.  Kini amier ariff telah sembuh seperti biasa.

Hafiz yang segera beredar keluar dari situ

Sekali bukan kubur, cuma ada daun kering je...

kelihatan seperti kubur lama tidak bernisan...

Menuju ke kedai tomyam

Melawat Nakama, Amier Ariff

Selepas melawat amier, aku pun bergegas pulang ke rumah. Cepat2 aku transfer gambar dari DSLR ke dalam laptop aku untuk save & check balik apa yang aku amik petang tadi.

Setakat ini, tiada apa yang pelik aku jumpa dalam gambar2 sepanjang eksplorasi di Mimaland dan BPLG. 

Cuma agak musykil akan rumah pondok yang ada di BPLG, 
Adakah ianya masih berpenghuni? 
Macam mana pula dengan batu dan kayu balak dihadapan pintu masuk BPLG? 
Apa sebab ia boleh jadi begitu?

Untuk memastikan apa yang terjadi disitu, untuk pengembaraan seterusnya pula, aku dan amerool sekali lagi menjenguk BLPG, cuma kali ini kami melawat tempat tersebut pada waktu MAGHRIB!

Untuk tahu apa yang kami cuba kupas pada lawatan tersebut, teruskan membaca blog ini ya..

Salam Paranormal

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09

Tuesday, October 4, 2016

Eksplorasi di Mimaland & Balai Polis Lama Gombak Part 1 bersama Hafiz UiTM



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tempat Gelaran:Mimaland & Balai Polis Lama Gombak
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 11/02/2014 ptg Selasa
Jam: 4.15 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map) 
Bersama: Hafiz (UiTM)

Baiklah, entri ini berkisahkan ekplorasi diantara 2 rakan baik dari UiTM, faisal awiengs (admin) dan hafiz yang dok di setapak, yang teringin sangat nak join pengembaraan mencari entiti untuk merasai sendiri pengalaman yang sering dia lihat dilakukan oleh admin.

So, pada cuti semester awal tahun tersebut, aku bergegas ke rumah hafiz untuk memulakan aktiviti di Mimaland dan Balai Polis Gombak Lama dengan menaiki kereta hafiz. Hafiz yang teruja sangat pada petang tersebut sudah bersiap sedia untuk menyertai pengembaraan kali ini meskipun ini pertama kali dia sertai aktiviti paranormal.

Hafiz drive kereta dia sendiri menuju perlahan ke destinasi pertama, Mimaland yang tidak terlekak jauh sangat dari rumah hafiz. Cuaca pada petang haritu pun cantik, terang panas terik, sesuai untuk meneroka di Mimaland dan Balai Polis Gombak Lama.

Jalan menuju ke Mimaland, agak kosong tiada kenderaan

hafiz yang berdebar2


Tiba saja di pintu masuk Mimaland, ada mamat di sebuah kedai motor/kereta(?) memerhati kami dengan pandangan semacam.

Ini pertama kali aku naik ke Mimaland menaiki kereta kerana sebelum ini mesti naik ngan motor aku. Naik dengan kereta lebih selamat kerana jalan banyak berlubang dan berbatu kecil.

Hafiz park kereta beliau di bahu jalan tidak jauh dengan sebuah rumah yang mencurigakan di depan Mimaland. Tapi kami hiraukan rumah tersebut dan terus menuju ke depan Mimaland.

Sampai saja di penghalang zink tersebut, hafiz begitu teruja akan dapat melihat sendiri pintu hadapan Mimaland yang lama didalam penghalang zink. Aku cuma rasa tak sedap hati ketika itu kerana ternampak sebuah kereta besar datang park berdekatan dengan kereta hafiz dan terus menuju ke rumah pelik di tepi semak tersebut.

Aku dah hafiz meneruskan pemerhatian kami di sekeliling Mimaland tersebut, dan setelah lama memerhati papan tanda tersebut, aku mengajak hafiz rempuh jalan semak tersebut untuk melihat sendiri apa yang ada di dalam semak hutan tersebut.

Jalan yang penuh berlubang dan berbatu kecil

Kami park kereta di hujung jalan tersebut

Pintu Mimaland

Mendekati pintu zink

Inilah gaya budak MassComm

Macam biasa,tiada penjaga dan anjing

Papan tanda biru

Jalan semak yang aku dan hafiz akan tempuh sekejap lagi

Hafiz bersetuju untuk memasuk semak tersebut dengan mengharap dapat menjumpai jalan masuk ke dalam Mimaland. Aku pun rasa bersemangat nak masuk ke dalam semak tersebut.

Kami pun berjalan dengan perlahan masuk kedalam semak hutan tersebut sambil memerhati sekeliling kami. Aku perasan yang sepanjang perjalanan masuk ke dalam hutan tersebut, penghalang zink masih ada berdiri tegak di tepi kami. Kami nak tengok sampai mana penghujung penghalang zink tersebut.

Sebenarnya jalan semak ini seperti menaiki bukit,sebab ia sedikit cerun dan kami tak pasti akan apa kami berdua temui didalam tempat tersebut.

Jelas kelihatan laluan ke tempat dalam semak tersebut

Kebanyakan pokok dalam ni tumbuh secara liar dan tinggi

Itu dia! nampak sebuah bilik kontena(?) di belah dalam Mimaland

tak tahu kenapa ada caution red tape ada disini...

nampak kan?agak sedikit cerun menuju ke atas sana...

Aku dah mula rasa penat dan mengah kat sini...berpeluh2 panas terik ketika ini dengan haba hutan disini...hafiz masih steady lagi walaupun dia dah start berpeluh sedikit...masih aktif mengambil gambar tetapi kurang bercakap,mungkin fokus kat gambar...

Makin lama makin cerun kawasan dalam/atas semak tersebut dan penghalang zink masih ada di sepanjang jalan kedalam. Kami mengharapkan mungkin ada kawasan berlubang/runtuh di penghalang zink yang memungkinkan kami bedua masuk ke dalam Mimaland.

Kira2 dalam 10minit kami berjalan ke dalam/atas semak tersebut dan kami rasa jalan tersebut mungkin jauh lagi penghujungnya..so pada 1 ketika itu, kami dah mendengar bunyi air yang pada firasat kami berdua mungkin air terjun atau air sungai yang berdekatan disitu.

Kami pun berjalan sedikit ke dalam semak tersebut dan sampai di 1 penanda yang jalan itu terbahagi kepada 2,kiri dan kanan. Kanan menunjukkkan jalan lebih ke dalam hutan dan kiri menunjukkan jalan menuju ke 1 tempat curam yang mungkin kami rasa menuju ke tempat air sungai atau air terjun yang ketika itu memang dah kedengaran kuat bunyi air tersebut.

kami berjalan ke dalam lagi...

Jalan terbahagi kepada 2, ini jalan kanan...mungkin ke dalam hutan
(dan mungkin ke tempat pembalakan,dah nampak sedikit awan di penghujung jalan)

Dan jalan kiri, mungkin menuju ke sungai..agak curam dan kami berhati2 turun disitu..

Kami berhenti disini...

Sampai 1 tahap dimana kami dapati jalan tersebut agak jauh lagi untuk sampai ke sungai walaupun dah kedengaran bunyi air..kami pun berhenti dan membuat keputusan untuk patah balik keluar dari kawasan tersebut..

Walaupun aku tau akan ada sungai disitu, tetapi aku dah puas hati sebab dapat jalan sedalam tempat tersebut meskipun masih tak dapat masuk kedalam Mimaland.

Ada 1 tempat dimana penghalang zink Mimaland remuk dihempap pokok, dan hafiz cuba untuk memasuki kedalam Mimaland melalui atas pokok tersebut, tetapi aku halang niat hafiz yang dimana aku mengambil jalan berhati2.

Yela, aku nak lintas penghalang zink tu pun payah, takkan aku nak risikokan hafiz dengan membiarkan dia masuk kedalam sorang2 dengan tidak tahu apa yang ada kat dalam?

So kami pun perlahan2 la jalan patah balik keluar dan menuju ke kereta hafiz. Jam menunjukkan sudah jam 4.50 petang dan kami tidak membuang masa untuk terus menuju ke Balai Polis Gombak Lama yang terletak dalam mungkin 5-10km dari Pintu Masuk Mimaland.

Teruskan membaca untuk melihat pengembaraan lebih mendalam dan apa yang kami berdua temui sepanjang perjalanan di Balai Polis Gombak lama.

Salam Paranormal.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09