Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Merayau Tengah Malam Part 1 - Tersalah Rumah

Rumah Sewa RM50 sek2 Shah Alam

Tarikh-25-2-2011 (malam jumaat)
Jam-1.30AM
Tempat-Rumah Depan Wetworld Shah Alam,Sek 2
Bersama-"The Origin" Wan25,Syazwan Lemon,Mustaqeem 
& adam,ariff,salam&atok
Kamera-DSLR Canon EOS 1000D(camera ariff)

baiklah,untuk entri kali ni,berkisahkan tentang aktiviti kami ber-8 anak muda pelajar Unisel Shah Alam dari pelbagai course dan kami semua serumah,tetapi pada masa ini ada setengah diantara kami sudah menamatkan pelajaran dalam peringkat Diploma...

seperti biasa,syazwan lemon akan mengajak kami dan rakan2 serumah untuk "BERJALAN" malam untuk meninjau rumah2 seram yang belum pernah lagi kami jejaki di dalam Shah Alam...kebetulan pulak,pada ketika itu,internet seperti FB,twitter dan blog2 kecoh tak semena2 pasal rumah sewa RM50 di Sek 2 Shah Alam...

tetapi masalahnya kami xtau mana 1 rumah tersebut,walaupun kami sudah merujuk didalam internet,tapi still xtau mana alamat rumah tu,kalau ditengokkan gambar didalam internet,kebanyakkannya diambil pada waktu siang,kami pula gerak pada waktu malam,so macam mana nak jumpa rumah tu...erm terpaksalah kami mencari rumah ni dengan sendiri...

Kerana cerita itu sedang panas diperkatakan didalam internet,kami pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mengunjungi kawasan2 yang dikatakan keras didalam sekitar shah alam...pada malam itu,kami mensasarkan untuk mengunjungi rumah besar didepan wetworld,ada apa dengan rumah ni?pada asalnya aku(faisal awiengs) pun xpasti kenapa si lemon ni mencadangkan untuk pergi serbu rumah ni,dia cakap sbb ada kisah pelik yang berlaku dirumah sekitar kawasan kilang SIRIM..


 Senyum Besar nampak,atok?

 Mohd Nur Salam-Rakan Baru "The Origin"

 apa yang ditengokkan tu?

 bak kata salam-"mari bersenam dulu"

 Antara kenderaan yang digunakan pada malam itu

 Big Bro,Azwan Azmi

Kami bersiap2 dengan peralatan yang cukup seperti lampu suluh,kamera dan makanan(?) untuk pergi ke rumah itu...selepas semua bersiap,kami terus menuju ke sek2 yang terletak hampir 2km dari rumah sewa kami di sek7...rumah yang kami cakapkan itu terletak betul2 didepan wetworld sek2 shah alam(bersebelahan dengan SIRIM dan lepas bulatan mcD ambik jam 3)...

selepas meletakkan kenderaan kami dibahu jalan,kami berhati2 menghampiri rumah tersebut yang kelihatan sunyi dan gelap...pada awalnya aku dapat rasakan lain macam dengan rumah ni,bukan kerana perasaan takut didalam diri aku,tetapi dengan ciri2 rumah dan persekitaran rumah ini,sebab apa aku cakap macam itu?kerana diluar kawasan rumah tu,sgtlah gelap,then tiada lampu yang bernyala dari dalam rumah itu,kemudian sunyi plak tu...macam ada yang xkena...



aku mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan mengajak semua keluar dari kereta dan menghampiri rumah tersebut...aku membuka kamera ariff dengan men-setting kamera tersebut menggunakan mood flash,terus aku snap gambar didepan pintu pagar rumah tersebut...

dengan gelap diluar kawasan itu dan dari dalam yang tidak berlampu,aku beranikan diri untuk menghampiri pagar rumah tersebut dan mencuba mengambil gambar dari sisi dalam rumah tersebut...aku berhati2 untuk mengambil gambar,risau akan dengan tuan rumah dan jiran2 yang ada,tidak dilupakan juga polis yang sentiasa meronda dikawasan itu,yela,mestilah risau kerana kami buat benda ni di kawasan perumahan,takut2 nanti kena cekup lagi macam di Highland Tower tahun 2009 dulu..

kemudian,aku panjat batu diluar pagar rumah itu untuk mengambil gambar perkarangan rumah tersebut...alangkah terkejutnya aku apabila aku mendapati....
 

 yang KAMI sudah Tersalah RUMAH!!!
Benar,syazwan lemon cakap rumah yang sepatutnya kami target adalah rumah yang berwarna putih dan besar,tetapi rumah yang kami target ni rumah yang sedang di-renovate....aduh...terus mood kami semua berubah dari "hunter mood" kepada "depressed mood"...aku pun meneruskan juga menangkap disekitar rumah tersebut...hampir 10minit kami berlegar2 didepan pagar rumah tersebut,kami decide untuk beredar dari rumah tersebut dengan perasaan hambar..

tengoklah sendiri gambar2 dibawah ni...memang rumah yang sedang di-renovate...



 ada diantara kami sudah berputus asa dengan pencarian pada malam itu,kerana awal2 lagi kami sudah tersalah rumah,macam mana pulak dengan rumah seterusnya,rumah sewa rm50 yang sah2 kami semua tidak tahu alamat rumah tersebut even pada halnya kami sudah hampir dengan rumah tersebut..

kami semua discuss untuk plan seterusnya,atok mencadangkan pergi kerumah banglo kayangan sek12 aka Rumah Mona Fandey,salam dan adam setuju dengan cadangan tersebut,tetapi aku membantah kerana sudah terlalu kerap sangat aku,wan25,mus dan syazwan lemon memasuki rumah tersebut...



dan diakibatkan tiada kata sepakat,kami semua hampir berputus asa dan hampir pulang kerumah...tetapi untuk memuaskan hati aku,aku menyuruh wan25 sebagai driver kereta pada malam itu untuk berlegar2 ke dalam taman perumahan sek2,manelah tahu kot2 kami mungkin terjumpa rumah sewa rm50 yang sedang popular pada ketika itu...


adakah kami berjaya menjumpa rumah sewa rm50 ataupun kami pulang rumah dengan perasaan kecewa? 
 ah,jika mahu apa yang berlaku kepada kami,teruskan membaca blog kami dengan entri yang seterusnya berkisah "Aku Nampak Tadi Ada..."

Salam Semua
Faisal Awiengs
Admin+Leader "The Origin" FatalFrame09

Wednesday, January 16, 2013

Sunyi Dalam Kegelapan

Tarikh-13/2/2011
Jam-2AM
Tempat-Tasik Alam Damai,Kuala Lumpur
Bersama-Amerool
Jenis Kamera-Handycam

susulan dari entri sebelum ini berkaitan dengan gambar "ganjil" yang ditayangkan didalam Mastika keluaran disember 2010...Amerool,yang banyak kali menemani aku dalam aktiviti pencarian dalam sekitar KL,ingin melawat tempat dimana tempat gambar ini diambil...

Macam biasa,persiapan menyediakan kamera dan kenderaan untuk bergerak ke Alam Damai dibuat oleh aku,dan jarak dari rumah aku ke Alam Damai hanya memakan masa 10minit menaiki motor...

sampai saja di tasik alam damai,aku meletakkan motor aku di tangga berhampiran yang menaiki ke dataran alam damai,suasana sangatlah sunyi dan sejuk kerana hujan pada petang...

aku bawak amerool ke tempat dimana didakwa gambar dibawa ini diambil...

mungkin setengah orang pernah tengok gambar ini dan pelbagai versi cerita yang aku perolehi tentang gambar ini,masa aku dpat gambar ni,ada yang cakap gambar ni ambik kat terengganu or pahang..aku xsure betul ke x,tapi yang pasti gambar ni photoshop.mcm mana aku tahu gambar ni telah di-photoshop?senang je...


kalau pergi berdua ke tempat2 gelap macam ni,baru terasa sikit "seram" tu...klu pergi beramai2,nanti adelah sorang dua yang MESTI buat cerita macam2...nak menunjukkan dia "mengalami" perkara pelik yang padahal aku dah tahu yang dia tu jenis penakut..

so,mula2 aku bawak amerool ke dataran alam damai,memang gelap habis dan sunyi,tiada orang yang berada disitu walaupun kawasan itu berdekatan dengan perumahan teres,nasib baiklah aku pakai jaket lengan panjang,sebab kat situ banyak nyamuk,biasalah kalau lepas hujan,mesti banyak nyamuk muncul lagi2 kat tasik ni..

nak minta maaf jika banyak gambar yang gelap didalam entri kali ni sebab kebanyakan tempat tiada lampu jalan dan kamera yang kami guna iaitu handycam biasa tiada lighting lebih..tu yg gelap semacam je...

faisal awiengs(admin+The Origin)

Amerool(kawan baik KL)


selepas menawaf hampir 10minit kat kawasan dataran yang gelap tidak bercahaya dan banyak nyamuk menginggap kat muka dan tangan,aku dan amerool bergerak ke tempat track jogging yang panjang yg terletak 2minit berjalan kaki dari tasik alam damai tu...track jogging tu panjang,mungkin memakan masa 10-15minit kalau jog dan 20-25minit berjalan kaki...


selepas melepasi semua mini-playground di tengah2 setiap station  track jogging ni,sampai la kami di penghujung track jogging yang jauh dari tempat kami masuk tadi,kerana sebelum ini aku tidak pernah lagi smpai ke penghujung track ni,tiba2 perasan ada tempat orang main skateboard and ada padang bola sepak kat situ...


macam best je tempat skateboard ni,walaupun kecik je kawasan nya tapi atleast adelah jugak tempat budak2 skate nak main kan...tiada apa yang mencurigakan dikawasan itu walaupun kami berada didalam gelap kerana tiada lampu kat padang bola sepak disitu,bertemankan lampu yang ada kat tempat skate je...dah puas bergambar kat situ dalam 5minit,kami berdua beredar patah balik menuju ke taman permainan yang jauh kami kena jalan kaki...


hampir 20minit kami berjalan kaki dari tempat skate hinggalah melepasi tasik alam damai yang gelap tu,tiba juga kami di taman permainan alam damai ni,tapi mesti kena redah hutan yang penuh dengan pokok2 besar yang amatlah gelap tu dlu,aku mengambil gmbar di sekitar taman permainan itu manakala si amerool sibuk bermain disitu..


selepas amerool puas bermain buaian disitu,kami pun beredar dari situ dan lepak di kedai makan yang berdekatan disitu,aku menanya amerool jika dia ada mengalami sesuatu yang aneh sepanjang perjalanan aktiviti tadi di alam damai tu,tapi dia cakap tak ada apa2 yang mencurigakan,cuma dikawasan batu tegak di track jogging tu,dia terasa bulu roma naik selepas melintasi kawasan gelap itu,tapi tiada apa2 yang pelik dikawasan itu...

pengalaman aku pulak,tiada apa2 yang menyeramkan dikawasan ni melainkan untuk mereka yang takut berada didalam gelap,mesti dia cakap seram even tiada apa2 yang pelik disitu...

so,aku decide yang kat kawasan ni tiada apa2 yang mencurigakan dan untuk ditakutkan seperti mana yang dilaporkan didalam Mastika 3tahun lepas....

baiklah,untuk entri yg seterunya,admin ingin mengatakan bahawa entri selepas ini amatlah best bagi admin kerana ianya berkaitan dengan rumah seram2 yang ada didalam kawasan shah alam(tidak termasuk rumah sek12 or rumah mona fandey-tapi sebenarnya tiada kena mengena dengan mona fandey pun),rumah yang kami kunjungi itu adalah rumah yang berada di depan wetworld shah alam dan rumah sewa RM50 ringgit yang popular pada masa itu...mesti anda tahu bukan?

sebab apa admin cakap best?sebab admin dapat snap 1gambar yang mempunyai "sesuatu" didalam sekitar perumahan rumah sewa RM50 yang kini tidak lagi dapat masuk kerana berpagar(pada masa kami datang itu,pagar rumah tu dah dipecah dan membolehkan kami masuk)...

nak tahu cerita tu lebih lanjut,sila ikuti blog kami pada masa akan datang(maybe next week akan update sbb skrg ni UiTM cuti)


Ditaip Oleh
Faisal Awiengs
The Origin FatalFrame09