Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tempat Gelaran: Rumah Dr.Frenzy
Lokasi: 82 Jalan Lee Woon, Taman Zooview,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Tarikh: 16/01/2014 Petang Khamis
Jam: 03:30 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Koordinat Lokasi: 3.207744,101.763259 (google map)
Bersama : Amerool
Baiklah, selepas peristiwa tersalah tasik & rasuk di Shah Alam, kali ini aku bersama amerool sekali lagi menerjah tempat seram yang terkenal di KL iaitu Rumah Dr. Frenzy,.
Tetapi kali ini kami cuba buat sesuatu kelainan dengan cuba untuk turun ke tingkat bawah untuk melihat apa yang ada dengan merakam video keadaan sekeliling.
Dalam pukul 3.30 petang yang panas, aku dan amerool gerak dari rumah selepas servis motor sekejap dan terus gerak ke lokasi dalam 30minit.
Seperti dijangka, jalan masih agak tenang di MRR2 dan tiba saja di pintu masuk hadapan zoo negara, kami cuba perhatikan kelibat kereta polis yang sentiasa akan mengganggu kerja2 paranormal kami.
servis motor
Kali terakhir kami melawat rumah ini pada waktu malam bersama faiz dan pisang dan kami dapati atap ruang parking depan telah jatuh.
Tapi kami tak dapat lihat secara terperinci keadaan sekeliling kerana waktu malam, maka di petang tersebut, aku dan amerool perhatikan atap kayu & zink yang jatuh rebah di atas lantai parking tersebut.
Setelah perhatikan keadaan Rumah Dr. Frenzy lebih terperinci, kami andaikan yang atap tempat parking akan runtuh sepenuhnya dalam masa 4-5 tahun (jika dilanda hujan lebat).
Pintu Tangga ke tingkat bawah
zink telah tiada, yang ada cebisan kayu reput
tempat letak surat rumah
Amerool perhatikan keadaan sekeliling rumah di bawah
kayu reput menyebabkan ia jatuh
antara sisa tiang yang masih utuh berdiri
permandangan atas
baiklah, selepas memastikan tiada orang atau kenderaan atau polis yang meronda kawasan tersebut, aku dan amerool turun ke tingkat melalui tangga yang dikatakan seram.
Tiba di depan pintu rumah bawah, aku cuba lihat jalan mana yang sesuai dan selamat untuk kami turun ke tingkat lagi bawah.
Mula2 aku nampak lereng bukit belah kiri rumah tersebut, tetapi dilihat amat curam dan agak bahaya lagi2 untuk orang macam aku yang berbadan besar, so terpaksa cari jalan lain.
Amerool kata kat aku yang dia lihat macam satu jalan besar di sebelah kanan tangga tersebut dan dia yang turun dulu ke bawah untuk lihat kebarangkalian keselamatan dan jalan untuk ke tingkat bawah.
Selepas itu, terus aku tukarkan mode kamera ke mode video untuk merakan keadaan sekeliling di tingkat bawah.
Dulu aku pernah terbaca satu blog yang mendakwa mereka ternampak macam satu taman permainan kanak-kanak di tingkat bawah, so kami pun cuba mencari taman tersebut untuk membuktikan dakwaan mereka.
Apabila tiba di tingkat bawah
Sesudah kami selongkar rumah Dr. Frenzy buat kali terakhir, kami berdua pun keluar dari kawasan situ dan bergerak ke ASRAMA KUIM aka Taman Riviera untuk melawat tempat tersebut, tetapi malang sebab pada ketika itu, bangunan tersebut dalam keadaan renovation dan telah didirikan pagar zink biru untuk melarang orang luar masuk ke dalam bangunan itu lagi.
Apa yang pasti, kami dah lihat sendiri apa yang ada di tingkat bawah rumah Dr. Frenzy dan ia amat bahaya jika sesiapa yang ingin turun ke sana dalam keadaan hujan atau gelap.
Baiklah, entri selepas ini berkaitan rumah teres bertingkat tinggalan di lereng bukit di Bukit Antarabangsa. Sekali lagi aku pergi bersama amerool tetapi kali ni ditemani oleh Haja/Jaja iaitu kembar aku untuk melihat sendiri rumah tersebut.
Apa yang pasti, kami dah lihat sendiri apa yang ada di tingkat bawah rumah Dr. Frenzy dan ia amat bahaya jika sesiapa yang ingin turun ke sana dalam keadaan hujan atau gelap.
Baiklah, entri selepas ini berkaitan rumah teres bertingkat tinggalan di lereng bukit di Bukit Antarabangsa. Sekali lagi aku pergi bersama amerool tetapi kali ni ditemani oleh Haja/Jaja iaitu kembar aku untuk melihat sendiri rumah tersebut.
Salam Paranormal
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09
1 comment:
salam eid faisal....dah makin teruk umh frenzy ni last akak pegi hari tu ok lagi tempat parking atas tu..sayang sungguh!
Post a Comment