Thursday, November 3, 2016

Pending Message + Penerangan

Assalammualaikum, dah lama rasanya tak menulis sesuatu yang tak berkaitan dengan entri baru, pertama sekali admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca yang sudi follow dan mengikuti perkembangan pengembaraan kumpulan ini. Kumpulan kami ini tidaklah gah jika dibandingkan dengan nama2 kumpulah paranormal di Malaysia dan kami tidaklah menggunakan alatan2 canggih untuk melakukan sebarang penyiasatan. Kami cuba menggunakan cara lama iaitu melalui 5 deria manusia yang kami yakin ianya lebih kuat dengan kepercayaan dan naluri manusia.

 Admin meminta maaf..

Apa yang cuba admin sampaikan didalam entri ini. saya, admin (Faisal Awiengs) ingin meluahkan rasa minta maaf banyak2 sangat kepada mereka yang ada cuba menghubungi admin melalui apps FB Messenger yang tidak berbalas. Bukan niat saya tidak balas setiap message yang dihantar melalui FB Messenge, cuma ada masalah technical berlaku diantara laptop saya dengan apps  FB Messengerdi hp saya. Entah macam mana, mungkin ada kesilapan di bahagian setting yang membuatkan ada setengah message yang dihantar melalui apps FB Messenger tidak dapat dihantar atau dibaca melalui login fb di laptop saya. Saya tidak install apps FB dan FB Messenger di hp saya sebab saya lebih gemar login FB di laptop saya dan disitulah berlakunya pending message yang dihantar melalui FB Messenger dan tidak keluar di messenger melalui FB saya di laptop.



Dan perihal kedua pula, setelah saya mendapat respons mengenai entri sebelum berkenaan eksplorasi admin bersama rakan uitm di Mimaland dan Balai Polis Lama Gombak, disini admin ingin menegaskan tentang apa yang admin temui di Balai Polis Lama Gombak, bukanlah admin ingin menyebarkan cerita palsu atau rekaan untuk bacaan pembaca blog ini, bukan admin yang menggelarkan nama tempat ini Balai Polis Lama Gombak, ianya telah digelar setelah sekian lama, sebelum admin bergiat secara serius pada 2009 lagi pun sudah ada orang menggelarkan tempat ini sebagai BPLG.

Ya, memang ada papan tanda dihadapan BLPG yang tertulis "Kawasan Penyelidikan Luar Universiti Malaya" terpacak disitu, cuma admin menggunakan nama "Balai Polis Lama Gombak" supaya ianya lebih dikenali oleh ramai orang. Sama jugalah dengan kes "Rumah Mona Fandey" di Seksyen 12 Shah Alam. Sah2 rumah besar tu bukan rumah mona fandey, cuma ianya digelar bagi menarik para pembaca untuk membaca cerita tentang rumah tersebut. Ia boleh dipanggil teknik publisiti untuk orang mengetahui akan kewujudan rumah tersebut tetapi bukanlah rumah itu milik mona fandey.

Tentang sebuah binaan batu-bata seperti kubur di bawah akar pokok besar di tepi lereng bukit BPLG, admin tidak nyatakan ianya 100% kubur, cuma admin tulis ianya seakan berbentuk kubur lama tidak bernisan...

Admin memang ada dengar dari cakap orang penduduk situ yang menceritakan sendiri tentang bangunan kecil tersebut adalah rumah Ex-staff UM research, cuma orang tersebut tidaklah menerangkan lebih lanjut, maka admin dapat dengar cerita sedikit saja pasal sejarah tempat tersebut.

Bukan admin marah akan respons pembaca, cuma janganlah menidakkan cerita apa yang admin tulis dengan cuma cakap2 kosong, cuba respons dengan ada cerita atau fakta yang mungkin boleh dikaitan atau penceritaan sebenar apa yang ada di kawasan tersebut.

 Sebab apa yang admin tulis di dalam setiap entri blog ini bukanlah rekaan atau palsu, ianya ditulis melalui pemerhatian dan naluri dan juga apa yang ditangkap didalam DSLR admin. Dan disitu admin cuba kaitankan setiap penceritaan dengan setiap gambar yang diambil dan apa yang admin sendiri lihat dan bandingkan apa yang orang lain katakan tentang sesuatu perkara tersebut. 

Jika anda para pembaca tahu akan sejarah tempat dimana admin dan kumpulan "The Origin" pergi, sila kongsikan pada kami di ruangan komen entri blog ini.

 Binaan batu-bata seperti kubur

Lagi 1 binaan batu yang luas seakan kubur lama

Terima kasih akan kesudian pembaca untuk membaca bebelan penulisan admin di pagi subuh ini. Entri seterusnya berkenaan pengembaraan admin bersama Amerool di BPLG di waktu maghrib. Ianya adalah satu pengalaman yang menarik dan sangat mendebarkan bagi diri admin dan amerool. Teruskan mengikuti perkembangan kumpulan kami dan teruskan sokongan anda...

Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud

1 comment:

Unknown said...

Biarkan mereka berbicara..kelak letih nanti padamlah ia..hihihihi..saya dah jumpa report research lama saya tuan..nanti kita berbual kat gmail ye..