Saturday, January 1, 2011

Tiba Juga...

Baiklah...ini bukan entry untuk cerita baru "pencarian" kitorg ataupun aku sendiri..tapi sekadar ingin membuat ucapan sikit di pagi "new year" ni...

Selamat Tahun Baru 2011 dari warga "Fatal Frame 09" iaitu :

Faisal Awiengs
Syazwan Lemon
Azwan 24
Mus

selama dalam tahun 2010,xbanyak pencarian yang kami lakukan kerana kesemuanya amat busy untuk tahun terakhir pembelajaran di peringat diploma...(alhamdulillah skrg smua dah abis)...tp apa2 pun untuk tahun 2011 ini,kami masih lagi bersama dan dalam pembincangan lagi untuk membuat pencarian terbaru...

ini bermaksud kami akan segera untuk mencari lokasi2 panas untuk menangkap gambar2 yang sukar ditangkap dan dipaparkan di dalam blog ini...kami amat2 minta maaf kerana telah beberapa bulan blog ini mendiamkan diri...ini kerana gambar2 pencarian yang lepas2 sudah hilang didalam storage kami...dan amat dikesali,ada 1 gambar yang kami berjaya tangkap "sesuatu" di dalam kawasan rumah besar di post entry terakhir...tetapi sudah hilang..8-(

tetapi ini tidak mematahkan semangat kami "Fatal Frame 09" yang telah dibentuk pada 2009 walaupun sekarang ini ada dikalangan mereka sudah duduk berjauhan dan tidak bersama lagi di rumah yang sama..tetapi kami tetap berhubung seperti biasa...

untuk itu,kami berharap segala usaha,peluh,penat,duit dan minyak kereta&motor yang telah dikerah dalam pencarian misteri ini dibalas dengan sokongan dan respon dari anda yang sudi menjejakkan jari anda didalam blog ini yang tidak seberapa seram sangat (blog ini lebih fokus kepada jalan penceritaan pencarian)

oleh itu,harap anda semua kekal bersama kami untuk merajin2kan jari untuk menaip nama blog ini,membaca dan memberi respons yang anda rasa patut untuk kami membuat sesuatu terhadap itu...

tak nak tulis panjang lebar (still dalam edit pix untuk entry baru),hope u'll guys dapat sesuatu yang bermakna dalam tahun 2011 ini...

Salam Fatal Frame
Faisal Awiengs