Friday, October 13, 2017

Tinjauan Pertama Ke Banglo Pemujaan AKMI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Rumah Pemujaan di Bukit Damansara

Baiklah, setelah lebih setahun admin tidak melakukan sebarang aktiviti pencarian/paranormal, akhirnya admin kembali untuk beraksi semula dengan tempat2 baru dalam KL/Selangor.

Sebab apa admin kembali membuat aktiviti ini?

Sebab dorongan kawan2 rapat admin yang tinggal berhampiran dengan rumah admin, yang banyak memberi sokongan moral dan cadangan tempat yang dikatakan seram/berhantu. Betul ke?

So,dengan ahli baru yang menyertai kumpulan "The Origin", Zahid & Shazlan (jiran rumah admin) yang teringin sangat mengikuti admin membuat aktiviti paranormal.

Setelah membaca kisah yang dikongsikan dari FB WUJUD (Paranormal Team), yang berkaitan dengan rumah banglo tinggal di bukit damansara, membuat admin terpegun dan ingin melihat sendiri keadaan rumah tersebut dan ingin mengetahui kisah di sebalik pengosongan rumah tersebut.

Maka, pada hari Rabu petang, 27/09/2017, pada jam 4.45pm, admin bersiap seorang diri menuju ke tempat destinasi dengan menaiki motor dengan harapan dapat menjumpai rumah tersebut tanpa sebarang kesukaran dan halangan.

Tiba di persiaran beringin, admin terlihat Kedai Rojak & Cendol Antarabangsa di bahu jalan luar dari kawasan rumah banglo tersebut. 

Dengan memerhati kawasan sekeliling dan tanpa kereta peronda polis, admin merapati ke pagar hadapan rumah tersebut. Admin terpegun akan ke-besaran rumah tersebut dari luar. Admin dapati pagar rumah tersebut terbuka dari ikatan tali yang diikat di pagar rumah tersebut.

Admin berselang2 mengambil gambar dengan mengunakan kamera handphone untuk jarak dekat dan kamera dslr canon untuk jarak jauh. Admin mendapati ada 1 papan besar yang menyatakan rumah tersebut dalam proses penjualan.

Beranda Kiri rumah tersebut

Kawasan rumah di bahagian kiri rumah

beranda di tingkat 3


Admin jalan perlahan2 masuk ke dalam rumah tersebut, dengan memastikan tiada orang atau haiwan yang boleh membahayakan keselematan admin. Admin terus mengambil gambar setiap sudut rumah tersebut dari luar sebelum mencuba masuk kedalam rumah tersebut.

Macam biasalah, kalau rumah terbiar macam ni, mesti rumput2 di sekitar rumah tersebut makin meninggi dan menebal, kan? Dan mesti keadaan kawasan dalam rumah tersebut bersepah dan kotor.

Tetapi bila admin hendak menuju ke depan tangga rumah tersebut, admin mendapati ada 1 plastik hitam dilonggokkan di tepi tangga dipenuhi sampah/makanan terbiar disitu.

Pelik, macam mana boleh ada plastik sampah dipenuhi bekas makanan diletakkan disitu?

Ada majlis makan2 ke kat sini?

Ke ada orang buat lawatan sambil makan?

Admin pun xpasti.

Mangga/Lock rumah

tali yang mengikat pagar rumah yang terputus

 di ruang tangga masuk rumah tersebut

Plastik makanan/botol

Ke pintu pagar bawah

Pintu/Tangga masuk banglo tersebut...menarik bukan?

selepas memerhati di bahagian depan tangga/pintu masuk rumah tersebut, admin memberanikan seorang diri berjalan menuju ke arah pagar bawah rumah tersebut.

Disitu, admin mendapati ada sebuat kereta lama ditinggalkan disitu. Admin xberapa pasti pada mulanya jenis model kereta tersebut, selepas balik dari situ dan mengkaji, admin dapati ia adalah sebuah kereta Proton Tiara.

Dan admin dapati rumah tersebut ada laman yang agak luas dan mempunyai buaian besi di celahan pokok di laman tersebut. Ada bahagian rumah tersebut dibuat khas untuk dihubungkan dari ruang kanan rumah tersebut ke laman tersebut. Ia seperti ruang berjalan ke laman rumah. 

Kereta Proton Tiara(?) ditinggalkan terbiar

bahagian rumah menghubungkan jalan ke laman rumah

Buaian Besi di laman terbiar

Beranda tingkat 3

Ruang hadapan pintu masuk rumah

Sebelum admin cuba patah balik ke depan pintu/tangga masuk rumah tersebut untuk memasuki kedalam, admin dapati ada sebuah kereta mundar-mandir di luar jalan rumah tersebut. Admin perasan sudah hampir 4 kali kereta itu ulang-alik seperti mencari sesuatu.

Ketika admin nak masuk, admin terdengar bunyi kereta tersebut berhenti di hadapan pintu pagar rumah tersebut. Disebabkan rasa tak sedap hati, admin cepat2 berlari ke depan pagar tersebut untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini berlaku pada admin.

Gambar terakhir sebelum beredar dari situ.

Ada 2 orang lelaki sekitar 30-40an yang tidak keluar dari kereta, cuba bertanyakan pada admin, dialognya seperti ini :

Pemandu Kereta : "Tumpang tanya boleh tak?, encik ni ejen rumah ini ke?"

Admin : "Errr...tak...saya jurugambar, nak ambik gambar rumah ini saja."

Pemandu Kereta : "Oh, ingatkan encik ni ejen rumah ni, kalau ya, bolehlah saya nak bertanyakan pasal rumah ni..."

Admin : "Oh, tak sebenarnya, saya cuma jurugambar, nak ambik gambar rumah ni saja...encik boleh hubungi nombor kat papan tanda ni untuk tanyakan berkenaan pasal rumah ni..."

Pemandu Kereta : "Erm...tak apalah, mintak maaf, kami beredar dulu ye..."


Fuh, SEMANGAT!.

Ingatkan apa lah tadi orang tu berhenti situ, rupanya nak bertanyakan pasal rumah tersebut. Mungkin mereka nak beli or nak bertanyakan pasal harga rumah. 

Disebabkan cuaca pada ketika itu sudah betul2 mendung di area situ, admin terpaksa beredar cepat keluar dari tempat tersebut untuk mengelakkan basah.

Tapi, bagi admin, agak menarik dari segi luaran dan struktur rumah tersebut, ditambah pula elemen misteri iaitu kenapa plastik sampah dipenuhi makanan dilonggokkan di depan tangga?

Kenapa ada sebuah kereta lama ditinggalkan disitu?

Kenapa rumah ini dikosongkan dan terbiar?

Inilah papan tanda jalan kawasan rumah tersebut

Pada 2 hari kemudian, admin dan ahli baru, Zahid dan Shazlan dan rakan jemputan, Naqeem membuat terjahan mengejut ke rumah terebut untuk melihat isi rumah itu dan ingin melihat apakah yang pelik didalam rumah tersebut.

Admin tak cakap rumah ini berhantu sebab admin tak masuk lagi kedalam rumah ini lagi.

Cuma admin dapati sedikit pelik akan kekosongan dan misteri yang digambarkan oleh WUJUD (Paranormal Team). 

Ingin tahu apa yang misteri? Sila tunggu dan nantikan entry seterusnya pada minggu hadapan.
InsyaALLAH.

Ini ada sedikit attachment/lampiran berkenaan rumah tersebut.

Ini adalah gambar yang dikongsikan dari team WUJUD (Paranormal Team).





Kalau berkenaan cerita disebalik rumah banglo ini, entry seterusnya akan admin lampirkan 1 thread dari forum berkemungkinan ORIGIN rumah tersebut.


Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09



Wednesday, October 4, 2017

"The Origin" Fatalframe09 is Back!!!




Assalammualaikum & Selamat Sejahtera kepada para pembaca & peminat setia aktiviti paranormal. Disini admin (Faisal Awiengs) ingin mengumumkan yang team "The Origin" KL sudah kembali beroperasi menjalankan pemeriksaan kawasan rumah2 tinggal dalam area KL & Selangor.

Cuma kali ini, Team "The Origin" KL sudah bertukar ahli, kerana geng lama, Amerool (rakan yang paling selalu teman admin pergi buat aktiviti paranormal) dan Faiz berkemungkinan sudah tidak dapat mengikuti admin untuk membuat sebarang aktiviti kerana mereka berdua sudah berkahwin, lagi2 dengan keadaan amerool yang sudah ada 2 anak kecil (isteri beliau, Eyna baru selamat melahirkan anak ke-2 mereka pada rabu lepas, TAHNIAH!)

Admin telah ditemani oleh 2 orang rakan rapat @ jiran terdekat, iaitu Zahid & Ilan. Zahid sudah lama ingin menyertai aktiviti kumpulan ini,cuma tiada kesempatan untuk turut bersama menyertai aktiviti. Ilan pula jarang jumpa walaupun rumah berselang "wing". Tetapi perwatakan ilan yang agak "ceria" membuatkan admin ingin mengajak beliau untuk sertai aktiviti paranormal.

Kemungkinan ramai lagi yang akan sertai aktiviti kumpulan admin, walaupun sebelum ini, admin pernah cakap yang admin sukar untuk membuat aktiviti sebab tiada peneman untuk buat bersama, tetapi sekarang ini, dengan bantuan zahid, admin dapat pergi buat aktiviti dengan disertai oleh rakan2 sekolah zahid.

 Zahid (owner kereta)

Ilan (pemancar lampu)

Ok, tentang lokasi aktiviti pula, selepas sudah setahun admin tidak buat sebarang aktiviti paranormal, admin ada buat sedikit kajian mencari lokasi yang berpotensi "seram" walaupun para pembaca akan rasa "tak seram mana pun bila baca". Nak buat macam mana, admin tiada "skill" menulis cerita seram.

Admin lagi biasa tulis cerita "direct" dan berkongsi gambar dengan pembaca. Admin tak biasa "menambah-nambah" cerita dalam penulisan cerita admin, kerana ia akan buat pembaca akan rasa sangsi akan "ketulenan" cerita yang admin rasai dan alami ketika dalam pencarian entiti.

Tempat paling baru admin dan rakan2 admin pergi terjah adalah di sebuat banglo tinggal yang amat besar di kawasan orang elit di Bukit Damansara. Buat masa ini, admin masih mencari cerita asal kenapa rumah tersebut ditinggalkan kosong dan dibiarkan begitu sahaja.

Admin terlihat post dari kumpulan WUJUD Paranormal di FB, yang mengisahkan rumah banglo ini, tetapi mereka juga tidak menceritakan tentang asal-usul rumah & kisah disebalik pengosongan rumah tersebut. 



Tunggukan entry terbaru yang akan di-uploadkan kedalam blog ini kemungkinan pada minggu hadapan (admin nak check gambar 1-1 & watermark).

Salam Paranormal
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09

Friday, August 4, 2017

XPDC Terakhir di Balai Polis Gombak Lama Bersama Alumni SMKSP


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



 Tempat Gelaran: Balai Polis Lama Gombak
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 17/04/2016 Malam Rabu

Jam: 01.00 AM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map)
Bersama: MUS "The Origin" + Alumni SMKSP


Assalamualaikum kepada para pembaca dan follower FatalFrame09 "The Origin", setelah sekian lama menyepi dalam meng-update entri baru, kini admin berpeluang untuk berkongsi pengalaman atau lebih tepat "XPDC" terakhir "The Origin".

Kenapa terakhir? Erm...sukar untuk admin nak menulis berkaitan status kumpulan kami ini.

Admin ingin menjelaskan bahawa kumpulan ini hanya tinggal Admin sahaja yang menggalas tugas untuk membuat aktiviti berkaitan dunia paranormal. Bukan menidakkan ataupun membuang ahli lama dan baru, cuma kebanyakkan mereka sudah berkeluarga dan menetap di luar kawasan KL dan Selangor dan tinggal berjauhan dengan admin.

Admin juga mengalami kesukaran untuk mencari tempat baru dan masa yang sesuai dan mencari rakan2 untuk turut bersama dalam membuat aktiviti paranormal ini. So admin dan ahli2 lama dan baru yang lain cuma 'HIBENATE" sementara.

Admin cuma selalu contact dengan seorang ahli "The Origin" lama iaitu MUS,kerana beliau tinggal berhampiran dengan rumah admin. Disebabkan itu, admin mengajak beliau untuk turun dan menyertai bersama dengan kawan2 admin di sekolah menengah admin, SMKSP, yang ketuai oleh Akmal, Kawan/Junior/Jiran Rapat kat rumah lama dulu. Admin mengajak mereka untuk menyertai "XPDC TERAKHIR" ke Balai Polis Gombak Lama.

Ye, admin tau, asyik ke sana je, kenapa? Disebabkan admin rasa macam ada perasaan tak puas untuk selongkar atau mencari sesuatu yang tak pasti. Cuma admin sahaja telah masuk ke BPLG, Mus dan Geng Alumni SMKSP tidak pernah jejak lagi ke BPLG. Oleh itu, admin akan bawa mereka untuk meninjau apa yang ada di dalam BPLG tersebut.

Mus "The Origin" Bersama Alumni SMKSP

Tepat Jam 11.10pm, admin whatsapp akmal dan mus untuk berkumpul di Petronas Gombak dahulu sebelum gerak beramai2 ke BPLG. Setiba di Petronas tersebut, ternampak mus yang baru juga tiba dengan menunjukkan senyuman di mukanya, jelas gembira melihat kelibat admin tiba.

Dalam Jam 12am, kesemua geng Alumni tiba dengan menaiki kereta dan bergerak bersama admin dan mus dengan menaiki motor masing2 ke BPLG.

Geng Alumni SMKSP

Akmal

Setiba sahaja di hadapan simpang masuk ke BPLG, admin mengarahkan akmal park kereta betul2 dalam kawasan semak tepi jalan, untuk mengelakkan segala kemalangan yang boleh berlaku kerana disitu kenderaan besar seperti lori suka bawa laju tengah2 malam.

Seperti biasa, admin briefing sebentar kepada semua untuk mengingatkan apa yang patut dibuat dan apa yang tak patut dibuat sepanjang melakukan XPDC ini. Semua kelihatan tenang dan bersahaja.

Admin menyuruh mereka membuat formasi 2-2-2 untuk jalan masuk ke BPLG. Akmal dan Syuk di hadapan sekali, Epul dan Wan di tengah dan Mus dan Admin berada di barisan belakang sekali. Masing2 berbekalkan lampu dari telefon pintar dan cuma admin berpancarkan lampu dari DSLR sahaja.

Seperti biasa, kami mesti melintasi bawah kayu balak yang menutup jalan masuk ke BPLG. Sampai sahaja di depan BPLG, kami memeriksa kawasan sekeliling untuk memastikan cuma ada kami saja yang berada disitu.

Akmal dan Syuk pembuka jalan

Wan kelihatan tidak mengalami kesukaran melintasi kayu balak tersebut

Ranting dan batang kayu

Bukit di tepi BPLG

Dah macam rumah ke-3 plak BPLG ni...

Masing2 meneliti kawasan sekeliling BPLG

Ko nampak apa Akmal? Cik Ponti lambai tangan ke?

Syuk cover macho jap

Dari sisi tepi BPLG

Close-up sikit..

Lereng bukit menuju ke arah belakang BPLG

Setelah puas memeriksa luar BPLG ni, Wan dan Syuk mengajak masuk ke dalam BPLG melalui pintu hadapan. Admin menyuruh mereka masuk dahulu kerana mereka tidak pernah lagi masuk ke dalam BPLG.

Pe pasal ko senyum lebar je Epul?

Akmal kata "Dah macam sarang Mat Pet je..."

Admin meninjau kawasan belakang rumah sebentar

Masam & Gembira

Atap terbuka....

Setiba di belakang BPLG, admin menyuruh mereka masuk ke bilik belakang skali..

Epul : "Best kalau aku share gambar ni kat fb...boleh dapat like banyak"
Wan : "ada ke orang nak like gambar kau ni?"

Setelah hampir dalam 5minit kat belakang BPLG, admin suruh mereka keluar melalui laluan kanan BPLG berhampiran dengan pokok pisang yang sudah ditebang. Macam biasa, kawasan situ sentiasa dilitupi asap kabus tebal dek suhu hutan yang jatuh sejuk pada waktu pagi.

Ketika admin bercerita mengenai lorong yang berkemungkinan terletaknya kubur di kawasan semak hutan di tepi kawasan lapang BPLG, tiba2 admin terdengar suara orang bercakap dari arah bertentangan dari BPLG dan ternampak lampu suluh menerangi lereng bukit.

Admin berpatah balik ke belakang BPLG untuk memastikan siapakah gerangan yang bercakap yang kedengaran dari kawasan lapang tersebut. Admin dapati ada 9 remaja lelaki sedang berjalan memasuki ke BPLG dan seorang dari mereka merapati admin dan memberi salam.

Kami berbuat sebentar dan masing2 bertanyakan pasal cerita BPLG. Ketua mereka(admin anggaplah), memberitahu admin bahawa beliau sudah lebih 5kali masuk ke BPLG. Admin dapati beliau berkeadaan sedikit "Hyper".

Tetapi apabila admin menanyakan tentang lereng belakang BPLG, beliau kata yang beliau masih belum berpeluang untuk meredah masuk ke kawasan belakang. Admin sempat berjalan ke tepi lereng tersebut dan mencerita kepada mereka yang ada sebuah rumah pondok terletak di atas bukit tepi lereng tersebut dan admin menyuruh mereka meninjau kawasan tersebut.

Admin pula menyuruh team admin untuk standby keluar dari kawasan tersebut kerana tidak mahu "clash" dengan team lain.

laluan kanan di belakang BPLG

lereng bukit menuju ke belakang BPLG

Ketua kumpulan "HYPER" tersebut...

Mereka memeriksa kawasan pokok berkubur 

Muka Wan dan Epul jelas kecewa tidak dapat tinjau keseluruhan kawasan

Kumpulan tersebut meredah meninjau kawasan pondok

ketua "HYPER" pergi ke arah belakang BPLG seorang diri

Mus relax je...

Syuk meninjau kawasan belakang BPLG sekali lagi

Pokok pisang yang sudah ditebang

Kawasan lorong "rahsia" yang berkemungkinan terletaknya kawasan kubur

Pucuk Pokok Pisang

Dikala admin sedang asyik mengambil gambar pokok pisang dan lorong 'rahsia' tersebut, kami semua terperanjat dengan akan bunyi gerakan dari arah atas pokok yang tinggi didepan kami.

Dengan masing2 cuma menggunakan lampu suluh telefon sahaja, tidak cukup untuk menyuluh  kearah atas pokok yang sangat tinggi tersebut. Maka, dengan lampu flash camera admin saja yang boleh menerangi kawasan dan admin berharapkan dapat tangkap sesuatu kat atas tersebut,

Beberapa kali kami terdengar bunyi gerakan tersebut, kami menyangkakan bunyi tersebut mungkin datang dari kumpulan monyet.

Pokok tinggi tersebut...

kawasan lapang dan lorong 'rahsia' 

Ketika kumpulan kami ingin keluar dari BPLG, kami ternampak sebahagian kumpulan "HYPER" tersebut sudah berada di depan BPLG. 

Admin bertanya -
"kenapa sudah tercegat didepan sini?"

Salah seorang kumpulan "HYPER" -
"ketua kumpulan kami sudah terkena,tiba2 je dia lemah semangat"

sambil menunjukkan jari kearah lereng tersebut, ternampak 2 orang kumpulan memapah ketua kumpulan tersebut keluar dengan keadaan lemah.

Admin bertanya lagi -
"kenapa boleh jadi sampai macam tu? tadi ok je sebelum masuk ke belakang...
keluar2 je terus lembik...dia nampak "sesuatu" ke?"

Salah seorang kumpulan "HYPER" -
"dia ni memang macam tu, Hyper sikit, terlebih berani, sebab tu kot dia je yang "terkena"...

admin pun tidak tahu untuk membantu mereka dengan cara apa, admin menyuruh kesemua mereka dan kumpulan admin sekali keluar serentak dari BPLG.

Kumpulan tersebut menunggu ahli mereka keluar

Gambar BPLG yang terakhir

Gambar TEAM XPDC Terakhir

Selamat Tinggal, Balai Polis Lama Gombak

Setelah keluar dari BPLG, kami tidak terus bergerak dari situ, kerana kami ingin melihat keadaan ketua kumpulan "HYPER" tersebut pulih dahulu sebelum beredar keluar dari situ.

Nasib baik salah seorang dari kumpulan tersebut pandai mengubat dan pandai membaca. So dalam 10minit kami semua berkumpul dihadapan kereta kumpulan tersebut, admin pun bersembang la sebentar dengan ahli kumpulan mereka.

10minit kemudian, ketua kumpulan tersebut sudah boleh bangun dengan sendiri tetapi masih dalam keadaan lemah untuk bercakap. Kami pun senang hati ketika melihat keadaan ketua kumpulan tersebut.

Tiba2 budak yang mengubati ketua kumpulan tersebut merapati admin dan ingin menanyakan sesuatu. Admin tidak beberapa ingat akan apa soalan yang ditanyakan pada ketika itu, cuma admin ingat ada satu peristiwa pelik berlaku pada admin dan akmal pada ketika itu...

Mungkin korang tak percaya akan cerita yang admin ingin ceritakan ini, terpulang pada pembaca untuk mempercayai atau tidak, admin cuma ingin berkongsi pengalaman yang jarang2 sekali berlaku pada diri admin sendiri yang admin sendiri tidak percaya boleh berlaku pada diri admin.

Baiklah, peristiwa itu berlaku ketika admin tutup kamera sebentar untuk menjimatkan bateri kamera. Budak yang mengubat ketua kumpulan dia datang menghampiri admin dan menanyakan sesuatu. Mungkin berkaitan dengan macam mana ketua tersebut boleh lemah semangat.

Tiba2 dalam perbualan tersebut, kepala admin menjadi keras dan tidak boleh berpaling atau menoleh kiri dan kanan. Muka admin memang sedang memandang muka budak tersebut. Cuma tiba2 admin melihat ada satu kelibat putih di kawasan atas pokok di belakang kereta kumpulan tersebut.

Disebabkan admin tidak dapat menoleh seperti keras secara tiba2, admin nak menjeling pun tak boleh. Admin tidak nampak dengan jelas apakah gerangan kelibat putih tersebut. Admin cuma nampak kelibat tersebut di hujung mata admin sahaja. Peristiwa itu berlaku hampir dalam seminit sahaja.

Dalam hati admin mula gementar kerana risau keadaan admin yang tiba2 tidak boleh gerak, cuma mendengar apa yang dikatakan oleh si budak tersebut. Tiba2 akmal tepuk belakang admin dan mengajak beredar dari kawasan tersebut. Admin pun boleh bergerak seperti biasa semula. 

Setelah admin dalam keadaan cemas seorang diri, admin meminta untuk beredar dari kawasan tersebut. Masing2 menghidupkan kenderaan masing termasuk kumpulan HYPER tersebut dan terus beredar dari kawasan tersebut. Kami menuju ke kawasan kedai mamak di Uptown Danau untuk mengisi semula tenaga.

Kumpulan Hyper berkumpul di depan kereta mereka

Budak berbaju bunga ini yang sedang merawat ketua kumpulan dia...

Dia ni pulak mundar-mandir ditepi jalan seorang diri

Sampai sahaja di Uptown Danau Kota, terus masing2 order air. Disitu masing2 menceritakan pengalaman masing2 dan admin pun menceritkan peristiwa pelik kepada mereka. Rupa2nya  akmal pun terkena peristiwa tersebut, cuma dia lebih awal boleh bergerak dan dia perasan admin pun terkena. Sebab itu dia menepuk belakang admin dan mengajak admin keluar dari kawasan tersebut. Gelak bersembang sakan, sedar tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 2.45am.

So, tepat pukul 3am, kami pun terus beredar pulang ke rumah masing2 dan mengamati pengalaman yang tidak dapat dilupakan di BPLG.

Baiklah, setelah mengamati kesemua gambar yang admin ambil sepanjang XPDC terakhir tersebut, tiada satu kelibat/benda pelik yang berjaya admin dapat tangkap.

Selepas XPDC terakhir tersebut hinggalah hari admin meng-updatekan entri ini, memang admin sudah tidak membuat sebarang aktiviti paranormal, mungkin ada, cuma itu mungkin hanya melawat tempat2 yang dikatakan seram pada waktu siang cuma tidaklah sampai mengunjungi pada lewat malam seperti di KUBUR MONA FENDI di Kajang.

Dulu admin pernah mengatakan hasrat admin untuk bersara terus dari melibatkan diri dalam segala aktiviti pararnomal pada 2014...selepas itu admin kembali ke kancah aktiviti paranormal cuma tidaklah seperti dahulu, cuma jadi pengiring sahaja kepada budak2 dan geng2 yang baru menceburi diri dalam dunia paranormal.

Disebabkan usia dan masa yang tidak cukup untuk admin mencari dan membuat sebarang update terhadap blog ini dan segala aktiviti paranormal. 

Cuma jika ada pembaca yang sudah atau ingin melibatkan diri dalam dunia paranormal, ingatlah bahawa bukan kita sahaja penghuni dalam dunia ini, tetapi kita sebagai khalifah yang dilantik oleh ALLAH untuk mengetuai urusan bumi dan hidup kita sendiri dan diciptakan lebih berkuasa dari makhluk yang lain.

Jangan rasa bongkak dalam perbualan atau tindak laku kita sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti paranormal. Sebab dari pengalaman admin, orang yang bertindak berani atau rasa bangga diri selalunya dia yang akan "KENA" dahulu.

Perbanyakkan urusan kita dengan ALLAH seperti solat, baca alquran, bersedekah dan lain2 yang boleh menambahkan amalan kita untuk masa depan kita kelak.

So, kalau ada sebarang aktiviti terbaru yang admin buat, insyaALLAH admin akan updatekan kedalam blog ini lagi. Alhamdulillah, sepanjang aktiviti dari permulaan di Rumah Banglo Mona Fendi di Seksyen 11 Shah Alam 2009 bersama rakan2 unisel aka ahli "THE ORIGIN" lama hinggalah ke BPLG ini, admin dan ahli kumpulan admin selamat dari segala ancaman.

Terima kasih kepada semua rakan2 yang pernah menyertai aktiviti paranomal, dari geng2 Unisel, geng2 Kristal dan geng2 Penara.

Semoga Kita berjumpa lagi, jika diizinkan ALLAH. AMIN.

Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09

20/04/2009 - 17/04/2017