Wednesday, February 6, 2013

Ada Apa Dengan Rumah Besar Ni...?

 Lokasi: Rumah Besar Sek3,Shah Alam
Tarikh: 19/3/2011 (pagi sabtu)
Jam: 1.50AM
Kamera: DSLR CANON 1000D
Bersama: Faisal Awiengs, Azwan Azmi("The Origin") 
- Adam Dawn, Wan Nash

Setelah melihat kawasan perumahan rumah sewa rm50 di sek2 yang hangat diperkatakan di internet pada ketika itu (2011), kami pergi ke tempat baru yang tidak terletak jauh dari kawasan rumah kami, iaitu ke kawasan seksyen 3 shah alam.

Ada apa pula dekat kawasan itu? kami diberitahu oleh seorang rakan kami yang dikawasan situ ada sebuah rumah tinggal yang besar. Kami tanya dia, ada apa dengan rumah besar tu? dia kata, dulu orang cakap ada pontianak duduk kat tingkat atas rumah tersebut, then ada potret2 lama yang menyeramkan yang masih ada di tingkat atas sekali. Pada mulanya, kami macam xpercaya cerita ini sebab kami xpernah dengar pun psal rumah ni. So untuk membuktikan dakwaan cerita kawan aku ni,kami ber-4 bersiap untuk menerjah masuk kedalam rumah tersebut.

Kali ni, mus dan wan lemon xdpat nk join sebab ada hal masing2 malam itu. So kami substitute-kan dengan Adam dan kembali mengikut semula dan kali terakhir ikut bersama Wan Nash. Kami bertolak dari rumah sewa kami yg terletak di sek7 jam 1.40AM dan tiba di kawasan perumahan situ tepat jam 1.50AM. Suasana dikawasan situ amat senyap tetapi adakalanya kedengaran nyalakan anjing di dalam kawasan perumahan itu.

Aku sebagai cameraman dan ketua group ni melihat sekeliling luar rumah tersebut. Jelas dan nyata senang saja nak masuk kedalam rumah tersebut melalui pintu pagar kecik untuk orang masuk. Bila dilihat keseluruhan luar kawasan rumah ni, boleh la nampak seramnya dengan besarnya dan ada part rumah tersebut kelihatan terbakar dan kegelapan dari dalam.

 Ni la crew2 pada malam ni...

 aku macam biasa,hari jumaat pakai baju melayu..

tengoklah gambar2 dibawah ini,diluar kawasan rumah tersebut

 ditepi pagar lagi 1, kelihatan terbakar pada dinding di tingkat 1

setelah puas mengambil gambar luar kawasan perumahan itu,kami decide untuk masuk kedalam perumahan tersebut. Melalui pintu pagar kecil yang memang tersedia terbuka untuk orang luar masuk kedalam rumah tersebut. Aku yang melangkah kedalam rumah tersebut buat pertama kali mengambil langkah berjaga2 bagi melihat sekeliling dihalaman rumah tersebut.

semak-samun yang memenuhi ruang depan pintu masuk 

Kami memulakan langkah kami dengan meuju ke pintu hadapan dahulu yg terletak di bahagian kanan rumah tersebut. Pada masa yg sama, kedengaran bunyi nyalakan anjing yang kembali berbunyi tapi kali ni lebih kuat daripada sebelum ini. Tapi kami tetap meneruskan perjalalan kami. Terdapat 2 pintu kayu yang tertutup rapat, 1 pintu utama (rasanya sebab pintu itu kelihatan besar saiz) dan pintu kecil yg berkemungkinan pintu bilik yg terletak di kanan sekali rumah tersebut. Kedua2 pintu rumah tersebut berkunci dan tidak dapat dibuka. Terdapat aquarium besar yg ada diluar pintu kanan sekali.

lorong longkang yang dipenuhi air

setelah melihat kawasan dibahagian kanan depan rumah tersebut, wan cuba untuk membuka kedua-dua pintu tersebut, tetapi berkunci. Jadi kami bercadang untuk gerak dan melihat dibahagian kawasan kiri dan belakang rumah tersebut. Pada ketika itu, aku menanya kepada wan,wan nash dan adam bagaimana cara untuk masuk kedalam rumah tersebut jika kedua2 pintu hadapan rumah tersebut berkunci? wan cakap "apa kata kita tengok dibahagian sana (kiri), kot2 ada pintu nk masuk kedalam." So kitorg semua pun bergerak ke bahagian kiri dan belakang rumah tersebut. Terdapat banyak lalang yg tumbuh dibahagian kiri rumah tersebut. 

Pada ketika itu, adam ada buat video recording menggunakan Handphone nya tapi kurang jelas. So semasa melalui bahagian kiri rumah tersebut, adam mendakwa dia ada ternampak kelibat orang yg berada didalam bilik ditepi kiri rumah tersebut. So kami berhenti dan melihat semua rakaman yang diambil oleh dia dan aku mendapati ada "objek" yang bergerak tetapi amat kurang jelas sebab ia berada didalam kawasan gelap. So aku memutuskan bahawa itu bukan sesuatu yang boleh didakwa entiti. So kami meneruskan langkah kami ke belakang rumah tersebut. Terdapat banyak pintu dan tingkap yg ada di bahagian kiri rumah itu.

lorong kiri yang amat gelap

Setiba saja dibahagian belakang rumah tersebut, kami menjumpai dapur yang besar terbengkalai di tepi dinding rumah tersebut. Kami terperanjat apabila melihat swimming pool yang ada dibelakang rumah tersebut. Swimmimg pool tersebut dipenuhi dengan air (mungkin air hujan) dan kelihatan tidak terjaga, dipenuhi dengan lalang di persekitaran swimming pool tersebut. Amat gelap sekali dibahagian belakang ini even membelakangi rumah yang dipenghuni oleh belakang rumah itu. Dari sini, kami melihat jelas tingkat atas yang terbakar.

admin bergambar di tepi swimming pool 

Setelah puas mengambil gambar di kawasan swimmimg pool tersebut, kami berjalan lagi untuk memasuki kedalam rumah tersebut melalui bahagian belakang tersebut. Bahagian belakang rumah tersebut ada 3 "PINTU". kiri (macam ruang tamu), tengah (kebahagian tangga) dan kanan (dapur dan bilik kecik). So Mula2 kami melihat dulu dalam kawasan dapur yang besar dan cantik lagi, siap dengan kabinet dapur yang masih tidak raput dengan anai2. Kat dapur ni pula, ada pintu keluar (macam pintu exit emergency). Kalaulah dapur ni ada kat rumah admin, mesti hari2 admin akan memasak dekat rumah je.


pintu exit emergency di bilik dapur

dah lepas pusing2 kat dapur yang besar dan cantik itu, kami berjalan pula ke arah kiri rumah tersebut, seperti ruang tamu sebab ada sofa yg berada didalam kawasan itu, ia bersebelahan dengan swimming pool. Keluar je dari ruang dapur tu, memang boleh nampak tingkat atas yang jelas gelap seperti kebakaran. Memang admin dah terasa sangat nak naik atas ketika itu untuk melihat apa yang ada ditingkat itu. Sebelum itu, kami mesti melalui laluan tengah rumah tersebut yang mengadap ke tangga menuju keatas rumah tersebut. Ruang tersebut kelihatan cantik dengan batu marmar yang ada di dinding itu.


Ruang tamu disini amat sunyi dan gelap. Kelihatan sofa seperti menunggu kedatangan kami untuk duduk diatasnya. Semasa turun memasuki ruang tamu itu, kami terjumpa kotak besar yang pelik ada ditepi dinding rumah tersebut. Disebabkan atas langkah berjaga-jaga, aku berkata kepada wan supaya tidak membuka penutup kotak itu walaupun dalam hati masing2 ingin sangat nak bukak dan lihat apa yang ada didalam kotak tersebut.

inilah kotak yg dikatakan tadi

so,bersebelahan dengan ruang tamu yang besar itu,terdapat pintu yg kami tidak tahu kemana pintu itu menghala. Adam menyuruh wan nash untuk membuka pintu tersebut. Rupanya pintu itu  adalah menuju ke sebuah bilik yang berada didepan bahagian kanan rumah tersebut (pintu yang xboleh dibuka di bahagian depan tadi). So kami pun memasuki bilik yang xbeberapa besar. Ia ada bilik air yg masih kelihatan cantik lagi.

antara corak yang ada didinding bilik tersebut

Kami meneruskan langkah perjalanan kami menuju ke tingkat atas pula. Perlahan2 kami berjalan menuju ke tangga rumah tersebut. Jalan menuju ke tangga tersebut ada dinding berbatukan kaca yang lawa. Di siling atas pula terdapat lampu chandelier yg tergantung tinggi berada di ruang diantara tangga rumah tersebut. Kami asyik perhatikan lampu tersebut kerana risau akan keselamatan kami, mane la tau kot2 leh jatuh keatas kepala kami ke...


melihat apa yang ada tingkat 1 ni melalui tangga

tidak lama kemudian, sedang kami tengah asyik memerhatikan sekeliling di tingkat 1 tersebut, kedengaran bunyi yg amat bising datang dari luar rumah, bunyi motor yang banyak menghampiri luar pagar. Aku melihat dibawah melalui ruang dinding yg kosong di tangga tersebut. Kelihatan sekumpulan budak2 mat rempit or budak2 area situ cuba untuk masuk kedalam rumah ini.Kehadiran mereka membuatkan anjing jiran menyalak semula membuatkan aku dan rakan2 yg lain tidak tenang. Kami turun semula ke tingkat bawah. Aku memanggil seorang dari mereka datang kedalam untuk berbincang dan tanya. Yang datang masuk kedalam bernama AMIR. Aku tanya dia, mereka datang dari mana, dia cakap dari sek2, so aku cakap kat dia,klu nak masuk,tunggu kitorang keluar dari rumah ni, sementara itu menyuruh mereka diam diluar,takut polis datang. So kami meneruskan perjalanan kami ke tingkat 1 tersebut.


Setelah mencuba membuka kedua2 pintu dibahagian kiri tangga tersebut gagal kerana berkunci, kami menuju ke 1 jalan ke arah pintu yg berdekatan dengan "bilik gelap" di tingkat yg sama.


Sumpah,memang betul2 gelap kat sini disebabkan kehitaman yg pekat di dinding dalam bilik tersebut. Aku membuka pintu dan menyuruh rakan2 yg lain masuk dahulu. "Bilik Gelap" tu xdelah besar mane, just kami tertanya2 kenapa boleh terbakar sampai jadi mcam ni? apekah cerita sebenar rumah ini? adekah sbb bilik ini Tuan rumah ini keluar dari rumah? atau ada cerita yang berlainan? itu kami masih siasat, so kami pun berkeliaran dalam sekeliling bilik tersebut. Apabila masuk lebih dalam, rasa panas secara tiba2 memenuhi ruang dalam bilik tersebut.


selepas berjalan menuju keluar dari bilik tersebut, kami terjumpa 1 lorong menuju ke bilik hadapan, tetapi ia tersembunyi sedikit, kena jalan smpai hujung bru nampak pintu bilk tersebut. Kami masuk kedalam bilik tersebut dan menjumpai bilik air yang lawa dan besar dan juga bilik tidur yg mempunyai ruang yang amat luas.


kami meneruskan lagi langkah kami menuju ke tingkat yang dinanti2kan oleh kami semua, tingkat 2,sebab apa? sebab ade mulut2 yg kata kepada kami tentang tingkat 2 ni ada Pontianak "lepak" kat atas ni, dan ada potret2 yg seram tergantung di dinding tingkat ini. So kami pun semangat nak naik keatas untuk memastikan kebenaran cerita tersebut. Sambil itu, aku dapati suara budak2 mat rempit diluar tadi still kedengaran di tingkat 2 ini. Ah.lupakan hal mereka kejap, kami tidak sabar untuk melihat apa yang ada di tingkat 2 tersebut. Dengan kamera ada ditangan aku, aku berjalan didepan sekali untuk memudahkan perjalanan kami dengan menggunakan flashlight dikamera itu.

Perlahan2 kami menaiki tangga kayu itu, dengan langkah berjaga2 kerana risau kot2 ada "orang" kat atas, dengan berdebar2 ingin tahu apa yang ada diatas, adakah benar dakwaan orang tentang pontianak dan potret2 seram di tingkat atas? kami pun tiba di tingkat 2 tersebut,alangkah terkejut apabila...


TIADA APA2 YG MENYERAMKAN DI TINGKAT 2 NI!!!
mati-matian lah kami ingat berkemungkinan kami akan terserempak dengan pontianak ke,terjumpa lukisan potret yg betul2 menyeramkan, last2 tiada apa2 kosong je kat tingkat atas, jangan kata bulu roma xnaik,peluh pun xturun woi!

Selepas memastikan tiada apa yg pelik ditingkat atas ni, aku merapati beranda depan, melihat kawasan depan rumah dari tingkat atas tersebut. Kelihatan budak2 rempit still ada kat luar menunggu giliran nk masuk. Ruang yg besar ditingkat 2 ni membuatkan kami ingin explore selebihnya. Kelihatan ada 2-3 pintu yg jelas kelihatan.

Mula2 kami memasuki pintu yg besar sekali paling jauh dengan tangga, tetapi susah nk bukak sebab berkunci, so wan nash cuba juga menolak pintu tersebut dan berjaya masuk kedalam. Bilik air berjubinkan warna biru dan mempunyai ruang yang besar. Dan ada pintu lagi menuju ke beranda tepi rumah tersebut dan terjumpa lagi pintu menuju ke ruang bilik tidur yg besar juga, ia berhubungkait setiap pintu. Last2 kami keluar dekat pintu dekat dengan tangga.

melihat permandangan shah alam dari tingkat 2 ini

Tiada apa yg mencurigakan di tingkat atas sekali. Kami menyangkalkan dakwaan org pasal pontianak dan potret2 misteri yg ada ditingkat atas ini. Apabila dah pusing kesemua bilik,tiada apa yg best, kami pun turun balik ke tingkat bawah sekali,macam dah agak lama kami berada di dalam rumah tu,nak bagi chance pula kat budak2 rempit yg dah lama tggu kat luar pagar rumah tu. Kami semua perlahan2 turun tgga rumah tu dan keluar ikut pintu "exit emergency" dapur tu....

keluar dari "exit emergency" pintu dapur

melalui pintu dapur tersebut kami keluar dari rumah tersebut, ia terus menuju ke lorong kiri rumah tersebut, dan kelihatan budak2 mat rempit tersebut tidak sabar nak masuk kedalam. Kami pun bertegur sapa dahulu, menanyakan hal rumah ni, tentang sejarah dan kenapa tuan rumah ni dah xdok rumah ni, ternyata mereka pun tidak tahu byk kisah psal rumah ni, cuma diorg ade cakap psal pekerjaan tuan rumah ni,iaitu doktor, mereka kata ada 1bilik rahsia mcm makmal di tingkat bawah, pdhal kami dah bukak semua pintu di tingkat bawah,tiada pun bilik yg serupa dengan makmal pun...entahlah...

rata2 kami merasakan tiada apa yg best,seram psal rumah ni,ia cuma sekadar rumah yang sangat besar,mewah,cantik dari segi design, tetapi sayang ditinggalkan begitu saja,sampai hari ini kami tidak tahu menahu tentang background rumah ini...

oklah,entry selepas ini berkisahkan aku dan rakan KL aku,amerool akan berjalan masuk ke dalam Highland Tower buat sekian banyak kalinya,tetapi kali ini kami masuk kedalam dan naik ke HT pada waktu siang,untuk melihat apa yang ada dan boleh dilihat pada waktu siang.

Terima kasih atas kesudian para pembaca blog ini walaupun kurang menarik dari segi penceritaan,kami cuma ingin berkongsi pengalaman kami terhadap pembaca diluar sana,dan pada hari ini tahun 2013, kami masih menjalankan aktiviti mencari "entiti" di sekitar KL dan selangor, cuma tidaklah dengan cara ekstrem iaitu cara memanggil dan menyeru lagi (tapi mcm menarik cara ni,nak je join mana2 kumpulan yg melakukan teknik ni)...

Salam 2013
"The Origin" FatalFrame09