Tuesday, October 4, 2016

Eksplorasi di Mimaland & Balai Polis Lama Gombak Part 1 bersama Hafiz UiTM



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tempat Gelaran:Mimaland & Balai Polis Lama Gombak
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 11/02/2014 ptg Selasa
Jam: 4.15 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map) 
Bersama: Hafiz (UiTM)

Baiklah, entri ini berkisahkan ekplorasi diantara 2 rakan baik dari UiTM, faisal awiengs (admin) dan hafiz yang dok di setapak, yang teringin sangat nak join pengembaraan mencari entiti untuk merasai sendiri pengalaman yang sering dia lihat dilakukan oleh admin.

So, pada cuti semester awal tahun tersebut, aku bergegas ke rumah hafiz untuk memulakan aktiviti di Mimaland dan Balai Polis Gombak Lama dengan menaiki kereta hafiz. Hafiz yang teruja sangat pada petang tersebut sudah bersiap sedia untuk menyertai pengembaraan kali ini meskipun ini pertama kali dia sertai aktiviti paranormal.

Hafiz drive kereta dia sendiri menuju perlahan ke destinasi pertama, Mimaland yang tidak terlekak jauh sangat dari rumah hafiz. Cuaca pada petang haritu pun cantik, terang panas terik, sesuai untuk meneroka di Mimaland dan Balai Polis Gombak Lama.

Jalan menuju ke Mimaland, agak kosong tiada kenderaan

hafiz yang berdebar2


Tiba saja di pintu masuk Mimaland, ada mamat di sebuah kedai motor/kereta(?) memerhati kami dengan pandangan semacam.

Ini pertama kali aku naik ke Mimaland menaiki kereta kerana sebelum ini mesti naik ngan motor aku. Naik dengan kereta lebih selamat kerana jalan banyak berlubang dan berbatu kecil.

Hafiz park kereta beliau di bahu jalan tidak jauh dengan sebuah rumah yang mencurigakan di depan Mimaland. Tapi kami hiraukan rumah tersebut dan terus menuju ke depan Mimaland.

Sampai saja di penghalang zink tersebut, hafiz begitu teruja akan dapat melihat sendiri pintu hadapan Mimaland yang lama didalam penghalang zink. Aku cuma rasa tak sedap hati ketika itu kerana ternampak sebuah kereta besar datang park berdekatan dengan kereta hafiz dan terus menuju ke rumah pelik di tepi semak tersebut.

Aku dah hafiz meneruskan pemerhatian kami di sekeliling Mimaland tersebut, dan setelah lama memerhati papan tanda tersebut, aku mengajak hafiz rempuh jalan semak tersebut untuk melihat sendiri apa yang ada di dalam semak hutan tersebut.

Jalan yang penuh berlubang dan berbatu kecil

Kami park kereta di hujung jalan tersebut

Pintu Mimaland

Mendekati pintu zink

Inilah gaya budak MassComm

Macam biasa,tiada penjaga dan anjing

Papan tanda biru

Jalan semak yang aku dan hafiz akan tempuh sekejap lagi

Hafiz bersetuju untuk memasuk semak tersebut dengan mengharap dapat menjumpai jalan masuk ke dalam Mimaland. Aku pun rasa bersemangat nak masuk ke dalam semak tersebut.

Kami pun berjalan dengan perlahan masuk kedalam semak hutan tersebut sambil memerhati sekeliling kami. Aku perasan yang sepanjang perjalanan masuk ke dalam hutan tersebut, penghalang zink masih ada berdiri tegak di tepi kami. Kami nak tengok sampai mana penghujung penghalang zink tersebut.

Sebenarnya jalan semak ini seperti menaiki bukit,sebab ia sedikit cerun dan kami tak pasti akan apa kami berdua temui didalam tempat tersebut.

Jelas kelihatan laluan ke tempat dalam semak tersebut

Kebanyakan pokok dalam ni tumbuh secara liar dan tinggi

Itu dia! nampak sebuah bilik kontena(?) di belah dalam Mimaland

tak tahu kenapa ada caution red tape ada disini...

nampak kan?agak sedikit cerun menuju ke atas sana...

Aku dah mula rasa penat dan mengah kat sini...berpeluh2 panas terik ketika ini dengan haba hutan disini...hafiz masih steady lagi walaupun dia dah start berpeluh sedikit...masih aktif mengambil gambar tetapi kurang bercakap,mungkin fokus kat gambar...

Makin lama makin cerun kawasan dalam/atas semak tersebut dan penghalang zink masih ada di sepanjang jalan kedalam. Kami mengharapkan mungkin ada kawasan berlubang/runtuh di penghalang zink yang memungkinkan kami bedua masuk ke dalam Mimaland.

Kira2 dalam 10minit kami berjalan ke dalam/atas semak tersebut dan kami rasa jalan tersebut mungkin jauh lagi penghujungnya..so pada 1 ketika itu, kami dah mendengar bunyi air yang pada firasat kami berdua mungkin air terjun atau air sungai yang berdekatan disitu.

Kami pun berjalan sedikit ke dalam semak tersebut dan sampai di 1 penanda yang jalan itu terbahagi kepada 2,kiri dan kanan. Kanan menunjukkkan jalan lebih ke dalam hutan dan kiri menunjukkan jalan menuju ke 1 tempat curam yang mungkin kami rasa menuju ke tempat air sungai atau air terjun yang ketika itu memang dah kedengaran kuat bunyi air tersebut.

kami berjalan ke dalam lagi...

Jalan terbahagi kepada 2, ini jalan kanan...mungkin ke dalam hutan
(dan mungkin ke tempat pembalakan,dah nampak sedikit awan di penghujung jalan)

Dan jalan kiri, mungkin menuju ke sungai..agak curam dan kami berhati2 turun disitu..

Kami berhenti disini...

Sampai 1 tahap dimana kami dapati jalan tersebut agak jauh lagi untuk sampai ke sungai walaupun dah kedengaran bunyi air..kami pun berhenti dan membuat keputusan untuk patah balik keluar dari kawasan tersebut..

Walaupun aku tau akan ada sungai disitu, tetapi aku dah puas hati sebab dapat jalan sedalam tempat tersebut meskipun masih tak dapat masuk kedalam Mimaland.

Ada 1 tempat dimana penghalang zink Mimaland remuk dihempap pokok, dan hafiz cuba untuk memasuki kedalam Mimaland melalui atas pokok tersebut, tetapi aku halang niat hafiz yang dimana aku mengambil jalan berhati2.

Yela, aku nak lintas penghalang zink tu pun payah, takkan aku nak risikokan hafiz dengan membiarkan dia masuk kedalam sorang2 dengan tidak tahu apa yang ada kat dalam?

So kami pun perlahan2 la jalan patah balik keluar dan menuju ke kereta hafiz. Jam menunjukkan sudah jam 4.50 petang dan kami tidak membuang masa untuk terus menuju ke Balai Polis Gombak Lama yang terletak dalam mungkin 5-10km dari Pintu Masuk Mimaland.

Teruskan membaca untuk melihat pengembaraan lebih mendalam dan apa yang kami berdua temui sepanjang perjalanan di Balai Polis Gombak lama.

Salam Paranormal.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09