Friday, May 22, 2015

Kembara Banglo Kosong Taman Tenaga Puchong Bersama Faisal & The 3 Stooges (Amerool,Faiz,Isyraff)



Tempat Gelaran: Banglo Kosong Puncak Bukit
Lokasi: Taman Tenaga, Puchong (refer kat gambar atas @ kordinat)
Tarikh: 18/08/2013, Malam Ahad
Jam: 11.45 PM 
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3.056445,101.632032 (google map) 
Bersama: 3 stooges - Amerool, Faiz & Isyraff

baiklah,setelah lama menyepi dari dunia penaipan blog ni,admin@faisal awiengs kembali nk berkongsi pengalaman kami ber-4 masuk ke banglo kosong puncak bukit di taman tenaga puchong (refer kat entry ghost protocol 2011),cuma kali ni aku sudah masuk rumah ni kali 2 dan buat kali pertama untuk mereka ber-3.
setelah lama rancang2 untuk mengajak si isyraff ni join pencarian kumpulan kami ni,akhirnya dia setuju gak nk join. Jam menunjukkan 11.15pm dan kami bergerak dari rumah kami dan tiba dilokasi pada 11.40pm. Pintu masuk nk masuk kawasan perumahan sangat gelap dan agak menyeramkan sebab tidak berlampu dan sgt sunyi.
Amerool naik motor ngan aku dan faiz naik motor isyraff dan kami park motor btol2 di tepi jalan depan rumah orang. Tuan rumah time tu pun dok usya2 kami tgh buat pe kt situ. Yela,mestila diorg risau kot2 kami ni penyamun ke...tapi alhamdulillah tiada apa2 yg buruk berlaku kat kami sebelum kami memulakan pencarian pada malam itu.

ni lah kenderaan kami pada malam itu...

lereng bukit menjadi pintu masuk ke banglo kosong tersebut...

selepas prepare di motor,kami bertolak naik keatas secara formasi 1-1-1-1. Amerool diberi tugas berada dihadapan sebagai pembuka jalan diikuti faiz, isyraff dan terakhir sekali aku sebagai kameraman dan sebagai pemantau keadaan. Keadaan semak samun di lereng bukit tersebut mengalami perubahan dengan pengurangan semak samun dan agak jelas kelihatan tanah membentuk jalan untuk menuju keatas.

Keadaan malam tu agak lembap kerana petang hujan di KL dan kami agak berhati2 dengan keadaan tanah disitu. Sejuk dan sunyi sgt pada malam tu, kurang dengar bunyi kenderaan melintas yg bersebelahan dengan bukit situ.

rumah bersebelahan bukit tersebut dan kelihatan jalan raya

selamat datang ke Banglo Kosong Taman Tenaga Puchong

setiba kami di pintu rumah banglo tersebut, kami berhenti dahulu untuk memantau keadaan diluar dan dalam rumah tersebut dengan buat pelbagai bunyi bagi melihat jika ada kewujudan manusia ataupun binatang yg ada di persekitaran rumah tersebut.

tiada tanda2 kelibat manusia dan binatang yg ada disitu melainkan kami ber-4. Tiada apa yg pelik kami temui di luar perkarangan rumah tersebut, cuma ada terjumpa colok cina yg dibakar diatas batu diletakkan di tepi tangga. Selain itu,faiz dan amerool suka sgt melihat kawasan hutan di tepi rumah tersebut.

kawasan hutan yg kelihatan menggerunkan jika tiada lampu...

dengan perlahan2,kami melangkahkan kaki kami masuk kerumah banglo kosong tersebut dengan berhati2. Pada ketika ni, formasi kami berubah kepada 2-2 iaitu aku-amerool dihadapan dan faiz-isyraff dibelakang kerana aku ada kamera. Kami mulakan pencarian di area kanan dahulu dan melihat diluar banglo untuk melihat apa yg ada. 

Tiada apa yg berubah dari pemerhatian aku sejak "Ghost Protocol 2011" dahulu, cuma mungkin dengan kurangnya jumlah ahli masuk kedalam rumah banglo tersebut , aku dapat melihat kawasan rumah tu dengan tenang dan lebih terperinci.

keadaan ruang kanan luar rumah banglo tersebut

kemudian kami bergerak ke bahagian belakang melalui lorong batu-bata seperti "Wine Cellar"...dan dari situ ada sebuah tangga menuju ke tingkat atas...tpi kami tidak menaiki tangga tersebut kerana mahu leihat kawasan bawah dahulu...untuk pengetahuan pembaca, banglo ini ada 2 tingkat, dan pencarian admin sebelum ini cuma sempat explore tingkat 1 sahaja..

kemudian, kami kehadapan semula dan melihat kawasan ruang kiri banglo tersebut...masih tiada apa2 yg mencurigakan setakat ni...

ko suluh apa tu amerool?

tangga di belakang menuju ke tingkat atas

bersiap sedia untuk ke tingkat 1

selepas puas meneroka tingkat bawah, masa untuk naik ke tingkat 1, tingkat 1 ni la tempat group "Ghost Protocol" xsempat nk menjelajah sepenuhnya akibat amaran dari ahli kumpulan. So kali ini admin bersedia untuk meneroka tingkat 1 dengan beraninya.

setiba kami di tingkat 1,kami agak berhati2 dengan apa jua kemungkinan yg bakal muncul(langkah berjaga2), dengan amerool standby dengan kayu dan faiz dengan batu. Kami masuk setiap bilik, dan tiada apa yg pelik kami temui. Dengan lukisan mural yg ada di setiap dinding di setiap bilik, ia agak memberi mood "tenang" kepada kami.

tingkat 1 ni agak luas kawasannya, ada 2-3 bilik dan ada beranda di setiap bilik, tiada tingkap, bersih, seperti mcm ada yg menjaga rumah banglo tersebut. kemudian, kami bersedia untuk naik ke tingkat 2, tingkat yg admin sendiri xpernah melangkah lagi kesitu. So,ia memberi rasa berdebar buat kami semua kerana tidak tahu akan apa yg ada di situ.

tangga yg menghubung ke tingkat bawah belakang

ni la bilik terakhir yg "Ghost Protocol" melawat dulu

beranda di bilik terakhir...

masing2 berkelakuan baik meskipun ada yg mengadu akan kurang kesenangan berada didalam gelap. Isyraff asyik berjalan rapat dengan admin, yg si faiz plak terlebih berani kerana suka berjalan sorang2, amerool kekal sebagai front-man...

dengan langkah berhati2 naik ke tingkat atas sekali, teringat akan cerita di blog Mazidul Akmal tentang "penjaga" rumah tersebut, seorang bangsa cina lingkungan 30-40an tinggal berseorangan dan tidur di tingkat atas sekali. So, kami berjaga2 takut jika ada "penjaga" rumah banglo tu di tingkat atas itu.

Jangkaan admin meleset selepas tiba di tingkat atas, tiada apa2 yg mencurigakan ditemui, cuma ada beberapa botol minum keras ditinggalkan disitu. So, kami just berpusing2 di tingkat atas tersebut dengan menikmati permandangan yang luas serta kesejukan sedikit dapat dirasai disitu.

1 lagi, di tingkat atas ni, terdapat 1 mural bercorakkan tapak tangan, walaupun sudah byk kali jumpa di tingkat bawah, tetapi diatas ini agak berbeza dengan cara mural itu terbentuk seperti simbahan darah dan tapak tangan berwarnakan merah merata2 di dinding tingkat atas tersebut.


ini lah permandangan dari tingkat atas sekali...cantik bukan?

faiz yg baru sampai tingkat atas...

isyraff teruja bergambar di bawah loteng banglo tersebut

permandangan dari tingkat atas

dipercayai tempat tidur "penjaga" banglo tersebut...

amerool memberi isyarat untuk turun kebawah semula...

setelah habis meneroka tingkat atas sekali, admin dan amerool buat keputusan untuk turun kebawah dan beredar dari kawasan situ...isyraff teruja bila dengar perkataan "jom turun kebawah"...laju je nk trun...admin dan amerool tertinggal belakang...

dengan berhati2, kami turun kebawah dengan keadaan berjaga2...
amerool menyuluh admin

setiba dibawah, kami membuat 1 pantauan kilat dan segera keluar dari rumah tersebut...pada masa itu, isyraff lah orang paling gembira dan semangat sgt nak keluar dari rumah banglo tersebut...

amerool tenang keluar dari banglo tersebut

isyraff: "jangan amik gmbar muka...nnt awek marah"

faiz dah xtahan nk buang air kecil...

amerool berada di belakang pulak kali ni...

baiklah, habis saja keluar dari rumah banglo tersebut, kami terus menuju ke kedai makan Restoran Sani di bandar seri permaisuri. Kami mendengar masing2 punya pengalaman sepanjang dalam pengembaraan rumah banglo tersebut. Yang paling banyak cerita dari mulut isyraff yang tak abis2 cakap nampak sesuatu dalam rumah banglo tersebut, tetapi dinafikan sekeras2nya oleh faiz dan amerool.

So, secara keseluruhannya, penerokaan kami pada malam itu tidak mengecewakan walaupun tidak menemui apa2 dari mata,telinga dan kulit kami serta dalam kamera DSLR. Cuma agak berpuas hati kerana dapat juga melihat rumah banglo itu keseluruhan kawasan. Besar, luas, bersih, cuma rumah tu dari tinjauan pertama dan kedua tidaklah seseram mana seperti apa yg dikhabar orang.

Gred -
Seram: 6/10
Lokasi: 7/10
Kesukaran: 6/10

Total: B

oklah, entri selepas ni berkisahkan pengembaraan admin, amerool, faiz, isyraff bersama syed dan rakannya juga bernama sayed ke 3 lokasi berbeza pada 1malam iaitu ke rumah orang dibunuh di Jalan Turi, Bangsar, pejabat misteri di tengah2 kl dan Balai Polis Gombak Lama di Jalan Karak Lama. So, macam2 perkara terjadi sepanjang pengembaraan kami pada malam itu. Nantikan entri seterusnya pada sebelum bulan ramadhan nanti. InsyaALLAH.

Admin selitkan 1 gambar comel dari member baik admin, Amerool yang bajet comel semasa dalam rumah banglo itu.Hahahahahahahaha!!!

Salam Paranormal,
Faisal Awiengs
Admin + Ketua "The Origin" Fatalframe09