Saturday, January 26, 2013

Merayau Tengah Malam Part 2 - "Aku Tadi Nampak Ada..."

 Rumah Sewa UiTM RM50,Sek2 Shah Alam
(2011)

Tarikh-25-2-2011 (malam jumaat)
Jam-2.34AM
Tempat-Rumah Sewa RM50,Sek2 Shah Alam
Bersama-"The Origin" Wan25,Syazwan Lemon,Mustaqeem 
& adam,ariff,salam & atok
Kamera-DSLR Canon EOS 1000D(camera ariff)

Baiklah,sambung dengan entri sebelum ini berkaitan aktiviti kami ber-8 pelajar2 unisel yang tiada kerja pada malam jumaat,selepas kami buntu atas kejadian salah rumah yang menimpa kami,yang kami menyangka rumah corner yang seram yg didakwa disesetengah blogger (pada masa itu kami tidak tahu lokasi asal rumah tersebut yg asalnya,rumah yg asalnya terletak tidak jauh dari situ,bersebelahan dengan SIRIM)

dipendekkan cerita,kami berputus asa untuk mencari rumah yg dikata berhantu di area SIRIM,kami pun pulang menuju kerumah sewa kami,tetapi sebelum itu,aku meminta wan25 untuk meronda kat dalam area taman perumahan sek2 untuk memuaskan hati aku...

dikala wan25 bawak kereta dibawah kelajuan 30KM/jam,aku terlihat satu pancaran lampu/flash kamera yang datang dari 1arah yg tidak jauh dari kereta wan,betul2 di corner perumahan 1lorong dengan KFC sek2...apa lagi,terus aku menjerit "WAN,WAN,pergi kat rumah tu,aku rasa tu rumah sewa rm50 yg tengah hangat diperkatakan kat dlm FB tu",kata aku kepada wan25 yg sedang memandu perlahan keretanya. Wan25 pun men-drive keretanya merapati rumah tersebut dan mem-park keretanya dibahu jalan bersebelahan dengan rumah orang.

sebaik saja kami turun dari kereta wan,alangkah terkejutnya apabila kami mendapati banyak kereta dan orang sedang berkerumun didepan halaman rumah tersebut,rupa2nya aku dapat tahu yang malam tu ada orang "pecahkan" kunci pagar depan rumah tu,tu yg ramai beria2 nak masuk rumah tu walaupun pintu rumah tersebut masih berkunci.


So,kami membuat keputusan untuk menunggu sebentar untuk memberi laluan kepada kumpulan2 yang sudah berada dihalaman rumah tu sebelum kami sampai untuk masuk kedalam rumah itu.Hampir dalam 20minit kami menunggu giliran untuk masuk kedalam rumah tu(dah macam tggu ambil nombor giliran lah plak),then sampai turn group terakhir kluar rumah tu,turn kami plak untuk masuk ke halaman rumah tersebut. Berdebar jugak hati masing2 nak masuk,yelah,dengan cerita yang kami dengar,dekat kawasan BUSUT dan pokok yang melingkari ke tingkap atas tu...


 Semasa kami berada dihalaman depan rumah tersebut,admin(faisal awiengs) iaitu aku sendiri sebagai cameraman pada malam itu,terlihat sesuatu diantara bahagian buaian dan pasu bunga disebelah kiri rumah tersebut.Semasa admin mengambil gambar disitu,selepas saja flash camera terpancar,admin terlihat "SESUATU" bersebelahan dengan pasu bunga,tetapi sekejap saja admin "NAMPAK",selepas flash camera diambil,"SESUATU" tersebut sudah tiada.Admin tak perasan apakah benda tersebut.So admin pun terus mengambil gambar di tempat yang sama dengan banyak shot gambar diambil disitu. Tapi resultnya,tiada apa2 yang dapat diambil didalam gambar tersebut.

"The Origin" bersama adam dan ariff

Mus memeriksa kunci mangga dipintu rumah tersebut

kami pun meneruskan lagi langkah kaki kami kebahagian belakang rumah tersebut untuk melihat apa yang ada dibelakang.Sebelum nak pergi kebelakang rumah tersebut,mesti kena lalu pokok dan BUSUT dibahagian tepi kiri rumah tersebut.


Untuk gambar dibawah ini plak,selepas selesai mengambil gambar di rumah sewa tersebut,admin akan check gambar untuk melihat gambar2 yg diambil sepanjang aktiviti berlangsung tadi. So,dalam banyak2 gambar yang diambil,ada 1 gambar yang admin rasa ada "sesuatu" didalam gambar tersebut semasa dirumah tersebut.Gambar tersebut adalah ditembok dinding rumah sebelah kanan tersebut.Nak Tau apa dia?teruskan melihat gambar2 dibahagian bawah...


Kami meneruskan lagi perjalanan kami ke bahagian belakang,kelihatan seperti stor rumah tersebut,dipenuhi dengan barang2 lama...aku dapati ada pintu di bahagian belakang rumah berdekatan dengan stor,tp berkunci. Sampai je dibahagian stor,kamera plak buat hal,lambat loading,biasalah,kalau berada kat tempat gelap ni...


Selepas saja melihat barang2 yang ada di stor,kami dapati yang rumah ni macam dah lama sgt tidak disewa atau ditinggal oleh sesiapa,sebab kebanyakkan barang2 kat situ bertarikh tahun 90an,semua dah reput,berhabuk,berselerak,macam tiada orang nak ambil peduli pasal rumah tu,kemudian tidak lama itu,kami ingat kami adalah group terakhir yang nak masuk kerumah tersebut...

tiba2 kami didatangi oleh 1 kumpulan ni,ada 4 orang lelaki muda,membawa peralatan seperti screwdriver dan hammer,kami ingakan diorg nak gaduh dengan kami,rupa2nya diorg cuba untuk memecah masuk rumah tersebut melalui membuka kunci mangga dipintu rumah tersebut menggunakan hammer.


Sementara menunggu kumpulan ni memecahkan kunci mangga kat pintu depan plak,kami pun berposing sebentar untuk menghilangkan bosan...
lupa plak nak cakap,lemon,salam dan atok tidak ikut bersama2 masuk kedalam rumah ini,mereka terpaksa beredar untuk berjumpa dengan kawan mereka di KL...


Apabila sudah hampir 20minit kami berada didalam perkarangan rumah sewa tersebut,kami masih menunggu kumpulan lain yg membawa hammer tadi untuk memecahkan kunci mangga pintu rumah tersebut...kami pun meronda sekeliling rumah tersebut...aku dapati ada BUSUT yang diliputi daun2 kuning dibelakang pokok besar disebelah kiri rumah tersebut...maybe klu setengah org masuk rumah ni xbawak lampu suluh,mungkin diorg akan terpijak BUSUT tersebut...

pasal kumpulan yg bawak hammer tadi,diorg ckap diorg pernah dtg rumah ni sebelum ini,tpi berkunci,mlm tu diorg pun terkejut yg pintu pagar rumah tu dah terbuka,sbb diorg ingat nk tlg pecahkan kunci mangga pagar rumah tersebut...diorg ni belajar kat UNISEL katanya,tapi lupa plak ambik jurusan apa...

mereka kata kalau kunci mangga rumah ni berjaya mereka pecahkan,mereka nak masuk rumah tu dulu sbb diorg yg pecahkan kunci mangga rumah tu,so aku pun bagi la line kat diorg dlu untuk masuk rumah tu,baru la kumpulan kami untuk masuk plak,pada masa itu dalam pikiran aku,WAH,mungkin ia akan jadi sejarah buat mereka dan kumpulan kami as kumpulan terawal dapat menjejakkan kaki kedalam rumah tersebut setelah sekian lama rumah itu berkunci dan menjadi misteri.


erm,tunggu punya tunggu,diorg masih tidak dapat lagi memecahkan kunci mangga rumah tersebut,aku pulak asyik keluar masuk keluar masuk rumah tersebut menunggu diorg dpat bukak kunci mangga rumah tu,geng2 aku yg lain2 plak dah mcm mengalah dah menunggu diorg ni,mereka pun tunggu kat luar smbil melihat diorg "membelek" kunci mangga tu. Tapi yang memeranjatkan aku adalah tidak lame kemudian,didalam tengah2 mereka sedang "bertukang" memecahkan kunci mangga,tiba2 hammer yang digunakan tadi tu terpatah dua,menyebabkan kerja untuk memecahkan pintu rumah tersebut terbantut.

Kemudian,secara tiba2 saja selepas hammer diorg patah,diorg pun keluar dari rumah tu tanpa berkata apa2 pada aku,meninggalkan aku keseorangan didalam rumah itu.Aku pun meneruskan mengambil gambar2 disekitar rumah tersebut.

Akhirnya,mereka berpatah balik dan berkata pada aku "sorry lah,nampaknya misi untuk pecah masuk rumah pada malam ni gagal lah,sebab kitorg xde barang spare untuk digunakan lagi." Nampaknya mereka pun berputus asa untuk memasuki rumah tersebut.Aku pun keluar balik dari rumah tersebut dan menanyakan pada geng2 yg lain nak buat apa selepas ini. Mereka cakap balik jelah sebab rasanya cukup kot bahan kita malam ni. Mengambil kira pandangan majoriti,aku pun setuju untuk pulang ke rumah.

Setelah hampir 1jam berlegar2 dikawasan rumah tersebut,kami pun pulang ke rumah. Aku dapati tiada lagi kumpulan yang datang selepas kami beredar dari situ.Aku kerap memerhatikan kawasan pokok dan BUSUT yang ada ditepi rumah tersebut,kot2 maybe boleh ternampak SOMETHING ke,tapi xkelihatan...


ok,setiba saja kami semua dirumah,tugas aku akan memeriksa kesemua gambar2 yang telah diambil semasa di rumah depan Wetworld dan Rumah Sewa RM50 di sek2..dalam banyak2 gambar,ada 1 gambar yang bagi aku dan THE ORIGIN terasa pelik,kerana semasa kami masuk dalam halaman rumah sewa RM50,jiran sebelahnya tiada dirumah(kerana berkeadaan gelap) dan sunyi saja,dan kalau ada pun,mesti mereka dah marah kami kerana memasuki rumah tersebut...

gambar dibawah ni telah ditangkap oleh aku dan diambil pada jam 2.39AM,pada mula aku sangkal akan kewujudan "benda" tu didalam gambar itu sebab kami pun xpasti apa benda sebenarnya itu,tapi yang pastinya,setelah melihat betul2 gambar itu dengan terperinci,memang aku dapati ada sesuatu bentuk yang jelas kelihatan di tepi dinding rumah tersebut...apa2 pun kami tidak mengatakan "benda" itu adalah hantu,cuma kami nk katakan kami dapat tangkap "sesuatu" yang berbentuk kepala..

untuk bagi pembaca melihat gambar ini dengan lebih jelas,aku telah zoom gambar ini sebanyak 3x dan gambar terakhir dibawah sebagai PENAMPAKAN BENTUK KEPALA,seperti ada "orang" sedang mengintai kami dari rumah sebelah...
gambar dizoom 1x

dizoom 2x

dizoom 3x
sekarang bezakan gambar ini dengan gambar dibawah,nampakkan...?

tukar colour gambar untuk penampakkan objek

sepanjang aktiviti kami di rumah depan Wetworld shah alam dan rumah sewa rm50,rata2 dikalangan kami tidak merasa apa2 yang pelik,kecuali aku semasa mengambil gambar di halaman bersebelahan pasu2 bunga tu je,nak cakap ada something kat rumah tu,xpasti la plak,sbb rumah tu dah lama ditinggalkan tidak berpenghuni(yeke?)...

SETIAP ORANG BERLAINAN PENGALAMAN,kami merasa bertuah kerana sempat masuk kehalaman rumah tersebut dan berjaya menangkap gambar "SOMETHING" di dinding rumah tersebut...sebab apa yang aku tahu,selepas 2-3hari aktiviti kami ini,aku mengunjungi semula kerumah sewa rm50 itu untuk melihat keadaan rumah tersebut pada waktu siang,tetapi pagar depan rumah tersebut telah di-kunci semula dan pagar telah ditukar kepada baru...

Baiklah,itu saja cerita kumpulan kami untuk kali ini,entri selepas ini berkisahkan rumah@kompleks tinggal di sek3 shah alam,khabar cerita rumah ni rumah doktor la,kemudian bunuh famili dia sebelum dia bunuh diri(dah macam cerita dr.frenzy kat blkg zoo negara je)...kemudian orang disitu cakap ada pontianak tinggal di tingkat 3 rumah tersebut...ada potret menyeramkan juga ditinggalkan didalam rumah tersebut,membuatkan kumpulan kami ingin menjenguk rumah tersebut...

Apa2 pun,aku(faisal awiengs) bertanggungjawab keatas segala tempat2 yang kami pergi,oleh itu,banyak research aku buat terutama di dalam blog2 seangkatan dengan aku(tapi kumpulan aku masih baru lagi),so aku hormat kepada senior2 team paranormal yang ada didalam malaysia ni,contohnya PenyingkapFakta, PAGParanormal, TheOthersClan, WujudParanormal, DyaMohamad, dan RahmatMokhtar, mereka inilah tempat saya buat sumber rujukan internet saya...cuma cara kumpulan kami berlainan dengan mereka semua,tiada special,just REDAH & BALIK...

baru2 ini bertarikh 24/01/2013,saya dan rakan baik saya telah mengunjungi Mimaland,bekas taman tema/rekreasi popular tahun 80an, Balai Polis Lama Gombak dan Rumah Dr.Frenzy di belakang Zoo Negara...sesiapa yang tahu pasal ketiga2 tempat ini,mesti tunggu dan baca cerita kami tentang tempat2 ini...

Sekian Terima Kasih Membaca
Faisal Awiengs
"The Origin" FatalFrame09 Leader