Wednesday, January 9, 2013

Menjejak Si "Penipu Gambar"

Tarikh: 28/11/2010 (malam jumaat)
Jam: 2.30AM
Tempat: Tasik Alam Damai, Kuala Lumpur
Jumlah Pencari: 5 orang(faisal awiengs,hafezie,syid,azwan & wan adli)
Jenis Kamera: Handphone camera/handycam camera(dua2 xclear pada waktu malam)

apa kaitan nama entry dengan cerita kali ini?sila perasankan gambar2 didalam entri ni,ada 1 gambar yang aku selitkan untuk dijadikan punca kami datang kekawasan ini...

selepas saja balik dari main futsal dengan kawan2 KL, aku(faisal awiengs) dpt sms dari abg aku,hafezie,mengajak aku untuk pergi ke tasik alam damai untuk membongkar kebenaran "gambar misteri" yang heboh kat Mastika pada ketika itu (xsilap keluaran bulan 12 2010)...

tiba saja kat rumah,kelihatan abang aku dan rakan2nya sudah menunggu di tempat motor,selepas bersiap dengan peralatan aku,terus kitorg gerak ke Tasik Alam Damai,terletak berdekatan dengan bandar tun razak....

sesudah sampai berdekatan lereng bukit,kami memerhatikan sekeliling kawasan situ,gelap,sunyi dan berkabus...kami parking-kan semua mtor berdekatan dengan tangga tasik disitu...dlu time 2009 selalu gak lepak kat area kedai sebelah tasik ni,nk online punya pasal,skrg xpyah dah sbb rumah dah ada wifi...

Aku memerhatikan taman permainan yang ada disebelah kiri berdekatan dengan tasik,sebelum nk lalu n sampai ke taman tu,mesti kena lalu laluan hutan yang gelap dalam 3-4minit jalan kaki....xde apa yang mencurigakan disitu...so kami proceed ke tasik alam damai tu...

P/S: disebabkan kamera yg digunakan ada 2 jenis,so admin akan menyusunkan cerita melalui gambar dari kedua2 kamera,so jgn pelik plak tiba2 klu ada nampak setengah gambar elok dan setengah gambar xelok...

cerita aktiviti kali ini dimulakan dengan sampai saja ditempat letak motor, faisal awiengs (aku) briefing kat geng serampang 4 bujang ni, apa yang perlu dan xperlu buat masa sepanjang aktiviti ini,selepas tu aku diberitahu yang wan adli ialah sixth sense(mempunyai ilmu mistik) yang boleh kesan kehadiran makhluk halus,so aku biarkan dia jadi lead dalam aktiviti ini...

kami terpaksa menaiki tangga taman yg tinggi,bukan 1,tapi 3 tangga dekat situ,sampai diatas,di sebelah kiri kami ada playground yang agak jauh dan gelap,dan sebelah kanan ada tasik dan track orang nak berjoging,didepan kami ada dataran taman,so kami decide untuk masuk ke dataran dahulu...

masuk kekawasan dataran yang luas tetapi gelap sangat tiada lampu yang hidup,dekat dalam 10minit berpusing disitu,kami gerak naik keatas melalui tasik alam damai,kecik je tasik tu,then naik lagi tanggu untuk sampai ke track jogging yang agak panjang dan lurus je...
  

 team serampang 4 bujang

Faisal Awiengs=admin (The Origin)

 azwan

 syid

 pemandangan alam damai waktu malam, gelap kan?

 wan adli (sixth sense)

 abang admin, hafezie

 laluan sebelum nak melepasi tasik, memang gelap,tiada lampu dipasang sekitar tasik ni..

 sekali lagi,gelap,ni kawasan dataran dekat tasik...tpi tiada lampu

 wan adli berada di belakang

selepas je sampai ke kawasan track jogging yang panjang dan lurus ni,mula2 kami decide nak pergi sampai ke penghujung track, tetapi disebabkan handycam yg digunakan oleh aku tidak di-charge battery sepenuhnya,maka kami decide sampai sampai mana handycam tu hidup..

sepanjang perjalanan track taman tu,aku perasan yang ada kawasan construction perumahan yang sedang dibuat disitu,kawasan perumahan yang sunyi,gelap dan adalakanya rasa lain macam bila masuk ke kawasan yg betul2 gelap(sebab tiada lampu)...

then sampai kawasan ada batu bersebelahan pokok besar di lereng perumahan yang gelap,wan adli cakap ada something sedang duduk kat atas batu tu dan memerhatikan kami semua,dia suruh kami berhati2 disitu,berkelakuan baik dan jaga tutur kata ketika melalui situ..
kawasan yang dikatakan ada "something" kat pokok dlm gelap2 ni,bak kata wan adli


duduk dahulu...


untuk sesiapa yang pernah tengok gambar ni,tau la apa cerita sebenar disebalik kebenaran gambar ini,gambar ini dikatakan telah diambil disekitar dataran alama damai,untuk membuktikan kebenaran gambar ini,kami cuba untuk mengambil gambar dalam posisi yang sama di tempat yang sama dekat dataran,but memandangkan keadaan dataran sekarang yang tidak berlampu,sukar untuk kami nak tangkap gambar identical 100% sama dengan gambar diatas,so kami cuma ambik gambar solo berhampiran garden track alam damai sahaja...
(untuk melihat sesuatu didalam gambar ini,sila klik 2x untuk zoom/besar)

gambar2 seterusnya ialah untuk mencuba membuat posisi dan pose yang sama dengan gambar diatas tadi

hafezie dan syid duduk ditempat yang wan adli cakap ada "something" kat blkg di tempat gelap

batu yang dimana wan adli kata ada "something" yang sedang duduk diatasnya

syid memandang orang sedang memancing dekat tasik

baiklah,selepas duduk dikawasan track jogging dalam 30minit,kami decide untuk berpatah balik,battery handycam dah habis, bergantumg pada kamera handphone mereka2 yang canggih ni saja..

ketika dalam perjalanan patah balik ke taman permainan,ada mini dataran di hujung track

selepas melalui tasik alam damai itu,kami mendapati masih ada orang yang sedang memancing ikan di tasik itu,nyamuk pun banyak,nasib baik admin pakai jaket lengan panjang....semasa sampai saja di tangga turun dari tasik,kami decide untuk pergi ke taman alam damai yang gelap itu...



mini forest yg mmg gelap time nak balik


setelah mencecah jam 3.50am,badan pun penat berjalan,kamera pun dah abis bateri,mata pun dah start mengantuk,kami decide untuk balik pulang kerumah masing2,admin boleh konklusikan aktiviti pada malam ini hanya untuk memeriksa kawasan yang dikhabarkan "lokasi" gambar berkenaan diambil,setelah melihat sendiri dan bandingkan gambar asal dengan tempat dataran itu,dilihat hampir sama...cuma lampu didataran sudah tidak berfungsi lagi...

apa2 pun,kami enjoy dalam aktiviti pada malam ini dengan penglibatan dari geng serampang 4 bujang ni,dengan bantuan wan adli sebagai sixth sense...walaupun tiada 1 gambar yang pelik berjaya kami dapat,namun semangat untuk mencari kebenaran gambar itu sudah berjaya diketahui,bahawa gambar itu palsu,kerana gambar itu telah di-photoshop-kan oleh "hamba ALLAH" yang ingin mencari perhatian di internet pada suatu ketika dahulu..

untuk entri selepas ini,admin akan masukkan tentang alam damai juga,cuma kali ini pergi berdua dengan amirool,berjalan2 didalam gelap untuk siasat tempat yang dikatakan "keras" oleh wan adli iaitu batu berdiri dan pokok usang...

Terima Kasih
Faisal Awiengs
FatalFrame09 The Origin

No comments: