Tarikh-13/2/2011
Jam-2AM
Tempat-Tasik Alam Damai,Kuala Lumpur
Bersama-Amerool
Jenis Kamera-Handycam
susulan dari entri sebelum ini berkaitan dengan gambar "ganjil" yang ditayangkan didalam Mastika keluaran disember 2010...Amerool,yang banyak kali menemani aku dalam aktiviti pencarian dalam sekitar KL,ingin melawat tempat dimana tempat gambar ini diambil...
Macam biasa,persiapan menyediakan kamera dan kenderaan untuk bergerak ke Alam Damai dibuat oleh aku,dan jarak dari rumah aku ke Alam Damai hanya memakan masa 10minit menaiki motor...
sampai saja di tasik alam damai,aku meletakkan motor aku di tangga berhampiran yang menaiki ke dataran alam damai,suasana sangatlah sunyi dan sejuk kerana hujan pada petang...
aku bawak amerool ke tempat dimana didakwa gambar dibawa ini diambil...
mungkin setengah orang pernah tengok gambar ini dan pelbagai versi cerita yang aku perolehi tentang gambar ini,masa aku dpat gambar ni,ada yang cakap gambar ni ambik kat terengganu or pahang..aku xsure betul ke x,tapi yang pasti gambar ni photoshop.mcm mana aku tahu gambar ni telah di-photoshop?senang je...
so,mula2 aku bawak amerool ke dataran alam damai,memang gelap habis dan sunyi,tiada orang yang berada disitu walaupun kawasan itu berdekatan dengan perumahan teres,nasib baiklah aku pakai jaket lengan panjang,sebab kat situ banyak nyamuk,biasalah kalau lepas hujan,mesti banyak nyamuk muncul lagi2 kat tasik ni..
nak minta maaf jika banyak gambar yang gelap didalam entri kali ni sebab kebanyakan tempat tiada lampu jalan dan kamera yang kami guna iaitu handycam biasa tiada lighting lebih..tu yg gelap semacam je...
faisal awiengs(admin+The Origin)
Amerool(kawan baik KL)
selepas menawaf hampir 10minit kat kawasan dataran yang gelap tidak bercahaya dan banyak nyamuk menginggap kat muka dan tangan,aku dan amerool bergerak ke tempat track jogging yang panjang yg terletak 2minit berjalan kaki dari tasik alam damai tu...track jogging tu panjang,mungkin memakan masa 10-15minit kalau jog dan 20-25minit berjalan kaki...
selepas melepasi semua mini-playground di tengah2 setiap station track jogging ni,sampai la kami di penghujung track jogging yang jauh dari tempat kami masuk tadi,kerana sebelum ini aku tidak pernah lagi smpai ke penghujung track ni,tiba2 perasan ada tempat orang main skateboard and ada padang bola sepak kat situ...
macam best je tempat skateboard ni,walaupun kecik je kawasan nya tapi atleast adelah jugak tempat budak2 skate nak main kan...tiada apa yang mencurigakan dikawasan itu walaupun kami berada didalam gelap kerana tiada lampu kat padang bola sepak disitu,bertemankan lampu yang ada kat tempat skate je...dah puas bergambar kat situ dalam 5minit,kami berdua beredar patah balik menuju ke taman permainan yang jauh kami kena jalan kaki...
hampir 20minit kami berjalan kaki dari tempat skate hinggalah melepasi tasik alam damai yang gelap tu,tiba juga kami di taman permainan alam damai ni,tapi mesti kena redah hutan yang penuh dengan pokok2 besar yang amatlah gelap tu dlu,aku mengambil gmbar di sekitar taman permainan itu manakala si amerool sibuk bermain disitu..
selepas amerool puas bermain buaian disitu,kami pun beredar dari situ dan lepak di kedai makan yang berdekatan disitu,aku menanya amerool jika dia ada mengalami sesuatu yang aneh sepanjang perjalanan aktiviti tadi di alam damai tu,tapi dia cakap tak ada apa2 yang mencurigakan,cuma dikawasan batu tegak di track jogging tu,dia terasa bulu roma naik selepas melintasi kawasan gelap itu,tapi tiada apa2 yang pelik dikawasan itu...
pengalaman aku pulak,tiada apa2 yang menyeramkan dikawasan ni melainkan untuk mereka yang takut berada didalam gelap,mesti dia cakap seram even tiada apa2 yang pelik disitu...
so,aku decide yang kat kawasan ni tiada apa2 yang mencurigakan dan untuk ditakutkan seperti mana yang dilaporkan didalam Mastika 3tahun lepas....
baiklah,untuk entri yg seterunya,admin ingin mengatakan bahawa entri selepas ini amatlah best bagi admin kerana ianya berkaitan dengan rumah seram2 yang ada didalam kawasan shah alam(tidak termasuk rumah sek12 or rumah mona fandey-tapi sebenarnya tiada kena mengena dengan mona fandey pun),rumah yang kami kunjungi itu adalah rumah yang berada di depan wetworld shah alam dan rumah sewa RM50 ringgit yang popular pada masa itu...mesti anda tahu bukan?
sebab apa admin cakap best?sebab admin dapat snap 1gambar yang mempunyai "sesuatu" didalam sekitar perumahan rumah sewa RM50 yang kini tidak lagi dapat masuk kerana berpagar(pada masa kami datang itu,pagar rumah tu dah dipecah dan membolehkan kami masuk)...
nak tahu cerita tu lebih lanjut,sila ikuti blog kami pada masa akan datang(maybe next week akan update sbb skrg ni UiTM cuti)
Ditaip Oleh
Faisal Awiengs
The Origin FatalFrame09
No comments:
Post a Comment