Friday, March 18, 2016

"The Origin" 13 on Final Visit at Banglo Kayangan Seksyen 11 @ Rumah Mona Fandey

﷽‎

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*Perhatian!!!

Banglo Misteri di seksyen 12 Shah Alam ini tiada kaitan dengan individu yang bernama MONA FANDEY...

ianya dipetik bagi menaikkan lagi "aura seram" rumah tersebut..."
Harap Maklum!!!

*Peringatan untuk semua Pembaca & Admin sendiri

Setiap manusia di dunia ini tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan. 

Kesalahan itu sama ada berlaku antara manusia sesama manusia, mahu pun kesalahan atau dosa antara manusia dengan Penciptanya. 

Mari kita sama-sama mensedekahkan al-fatihah kepada :

 Maznah Ismail (Mona Fandey),
Mohd Affendy Abd Rahman (Suami Mona Fandey)
Juraimi Husin (Pembantu/Anak Angkat)
 Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris (Adun Batu Talam).

Semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

AMIN.


 Tempat Gelaran: Banglo Kayangan aka Rumah Mona Fandey
Lokasi: Jalan Laksamana 12/1, Seksyen 12, 
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tarikh: 10/11/2013 Pagi Ahad
Jam: 1.00 AM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Koordinat Lokasi: 3.069203, 101.533539 (google map)
Bersama : Adham Dawn, Farid "Tembun" & Aman Ziki

Baiklah, selepas hampir sebulan tidak membuat sebarang aktiviti, Aman Ziki & Farid "Tembun" (Housemate aku & adham) telah mengajak untuk pergi ke rumah seram paling popular di Shah Alam iaitu Banglo Kayangan aka Rumah Mona Fandey. Aku & adham setuju untuk melawat tempat penuh bersejarah buat team "The Origin".

Maklumlah, RMF (singkatan untuk rumah mona fandey) adalah lokasi pertama team "The Origin" membuat aktiviti Paranormal pada tahun 2009. So ia agak nostalgia buat aku dan adham untuk melihat keadaan terbaru RMF tersebut.

Oh, mungkin ada yang bertanya, mana geng2 asal/lama "The Origin"?
 Wan Yob, Syazwan lemon & Mustaqeem?

Wan Yob belajar lagi time ni, Lemon dah berumah tangga & Mus study kat UIA.
So, aku rekrut ahli baru, adham disertai Farid "Tembun" & Aman Ziki.

Macam biasa, persiapan simple dengan masing2 bawak torchlight sendiri. Setelah bergerak ke RMF dalam jam 1.15 pagi, singgah ke 7E beli air then terus pecut ke RMF. 

 Tembun Red Hulk

 Awas Gadis2 Diluar Sana, Aman Ziki Datang Nak Nombor Telefon Anda!

Sesudah sampai di simpang masuk ke Sek12, kami mencari tempat sesuai untuk park kereta Kelisa Wan Yob agar tidak mendatangkan kecurigaan pada orang sekeliling terutama Polis. Keadaan sekeliling agak tenang, penduduk disitu mungkin dah tidur time tu.

Apabila kami berjalan ke depan pintu masuk RMF, aku terlihat 1 kain rentang digantung di atas pagar RMF tersebut. Rumah tersebut akan dijual. WOW.

Aku tidak tau sangat sejarah asal rumah ni kerana tiada sumber asal yang tepat kami dapat cari. Yang pasti, rumah ni kosong dah hampir 13 tahun sejak 2001 (berdasarkan video Team Seekers pergi) dan ianya MEMANG TIADA KENA MENGENA DENGAN INDIVIDU BERNAMA MONA FANDEY.

 kain rentang di pagar RMF

 Adham & Tembun ready untuk masuk ke dalam RMF

Baiklah, Jam menunjukkan 1.35 pagi. Aku briefing skit kat mereka bertiga pasal apa yang patut buat ketika berada didalam RMF dan jaga kelakuan.

Masuk je kedalam RMF, aku terus bawak mereka ke swimming pool yg berada di kanan rumah tersebut. Disini pada awal2 ketibaan "The Origin", kami ada mendengar tentang wujudnya kubur di persekitaran swimming pool, tetapi selama aktiviti mencari hampir 5tahun disitu, tiada tanda2 pelik disitu.

Swimming pool disitu pada 2009 kering kontang tetapi sekarang ada plak air.

Aku bawakkan mereka bertiga pusing area SP dan bawak ke jalan bawak untuk melihat Hall Gelap yang memang gelap dan berlembab dek air.

 mencari tanda2 kubur disini

 hanya ada batu biasa saja

 kawasan berlembab bawah SP, menyeramkan?
 Inilah HALL GELAP tersebut...

selepas melihat Hall gelap tersebut, kami pusing naik semula ke SP dan melihat gazebo tak siap untuk melihat lebih dekat gazebo tersebut.

Ia ditakungi air hujan. Nyamuk plak banyak buat keje menghisap darah. 
Cepat2 aku bawak mereka masuk ke dalam RMF semula.

keadaan dalam gazebo RMF

Setelah aku bawak mereka masuk kedalam RMF semula, aku menyuruh mereka bertiga stay di Hall RMF lama skit sbb nak amik gambar siling bulatan RMF yang besar tu.

Biasanya aku akan periksa 1 bilik ke 1 bilik untuk melihat keadaan bilik tersebut, tetapi disebabkan dah banyak kali aku masuk rumah ni, jadi aku macam nak santai je masuk dalam kali ni.

Macam biasa lah, first-timer masuk, Tembun & Aman sibuk amik gambar sekeliling rumah tersebut.
Adham sibuk check HP nya, msg awek dia kot (bini dia skrg).

Apa yang aku perasan kat dlm rumah ni, selalunya ada sikit2 sampah & cebisan besi/kayu tetapi kini tiada.

Bersih. Macam ada orang jaga. Mungkin Owner Rumah. Yela, Rumah ni kan nak dijual.

So, aku bawak mereka pusing2 kat area bilik belakang yg boleh nampak rumah kosong di belakang RMF ni. Dulu ada sekali aku dan adham buat pencarian disitu. (klik link ini untuk aktiviti rumah belakang - "The Origin" Rumah Belakang )

View Dalam RMF, cantik kan?

tangga penuh bersejarah

Bilik belakang tepi SP tingkat bawah

View Rumah Kosong dari bilik belakang

kesan rumah tak siap habis

bawah tangga ada kolam kecil

setelah melihat rumah kosong kat bilik belakang, kini tiba masa aku bawak mereka naik ke tingkat atas mengikut tangga pusing ni.

Tangga ni dulu masa 2009 aku berjaya menangkap gambar "ENTITI".
Boleh rujuk link (Gambar ENTITI DI TANGGA)

Aku cuba meredah beberapa kawasan yang aku belum pernah masuk seperti celah2 kolam kecil ni, tepi tangga untuk melihat keadaan disitu.

Dari tangga ni pun dah leh nampak rumah kosong kat belakang tu. 
Macam biasa, aku suruh diorg berhati2 naik tangga tersebut, maklumlah, takda pemegang.

bilik kecil belah kiri dkt tangga

masa untuk naik ke tingkat atas


kebiasaannya aku akan duduk belakang skali,
tp kali ni aku depan skali sebab diorg ni xbwk lampu yg kuat sikit

View SP dari tingkat atas

View rumah kosong di bilik belakang

Nampak menyeramkan x?

pokok2 lama di bilik belakang, disini sangatlah gelap

View Rumah Kosong dari bilik belakang

Siling bulatan ni lama2 pandang mcm pandang bulan pun ada gak...

pastu, aku bawak mereka ke bilik audio (leh bukak link ni Bilik Audio ).
Selalunya dalam bilik audio ni, akan ada air menitis dari siling atas, kali ni sudah tiada.
Mungkin owner rumah dah baiki. Mana tau.

So, diorg ni pun amik kesempatan untuk bergambar di ruang dinding kosong yang berlatarkan permandangan Shah Alam pada waktu malam. 

Nak buat macam mana, aku je yang reti guna camera selain dari adham, yang sibuk main hp.
Aman Ziki : "Akulah Lelaki Terhensem Dalam Dunia Ini..."

Adham : "Salah Aman, Aku lah yang sebenarnya Lelaki Termacho Dalam Dunia Ni..."

Tembun : "Sorang Nak Terhensem, Sorang lagi nak Termacho, Abis aku ni apa???"

Muka masing2 ketat...

baiklah, selepas berposing sebentar di bilik audio, terus kami ke bilik utama iaitu bersebelahan dengan ruang parking/anjung RMF tersebut.

Bilik ni pun dulu ada sejarah gak, dimana aku berjaya dapat snap gambar 2 "ENTITI" iaitu dipercayai toyol dan pocong (baca link ni - Toyol & Pocong )

Macam biasa, aku menerangkan sikit selok belok rumah ni kat Tembun dan Aman.
Aku bawak mereka ke bilik bath tub yang terperap di bilik kecil.

Sekali pandang dari luar bilik kecil ni dah mcm tempat pembunuhan, tetapi setakat ni tiada bukti atau kes berkisahkan pembunuhan dalam bilik ni ye.

Bath tub yang terperap di bilik kecil ni...kalau dok sorang2 kat sini,pe rasa eh?

Selepas itu, adham terus memasuki kawasan anjung/parking RMF yang tersangatlah luas dan boleh melihat sekeliling kawasan perumahan tersebut.

Macam biasa, aku akan perhatikan batu2 besar yang terletak di tepi kolam kecil di tepi anjung tersebut. Kenapa?

Dulu team "The Origin" asal ade perasan yang batu disitu ada keluar asap, tetapi aku xperasan sbb mungkin berada di tempat lain.

batu2 besar tersebut

kelihatan kayu2 dilonggokkan di tingkat atas

selepas masing2 amik gambar dan melihat kawasan sekeliling, aku bawak mereka ke ruang depan sedikit yang boleh lihat bilik utama RMF tersebut.

Biasanya, aku perasan banyak blogger2 or team2 paranormal akan paparkan imej2 pelik yang "berjaya" disnap di kamera diorg berkenaan dengan bilik utama tersebut dari sudut luar rumah.

So, kali ni, aku cuba try paparkan imej bilik ni dari sudut yang berlainan iaitu di sebelah bilik tersebut bersebelahan dengan anjung untuk melihat full-wide view bilik tersebut.

Bilik ni kalau dok lama2 rasa lain macam sikit. Tak tau nak cakap rasa macam mana, takda la rasa macam kena gangguan, cuma rasa tak sedap hati lah.

So, ko lihatlah full-wide view bilik utama ni. (takda lah gempak mana pun)

full-wide view bilik utama RMF

baiklah, selepas puas mengambil gambar di bilik utama, aku mengajak mereka untuk turun ke bawah pulak mengikut tangga tepi anjung.

Dulu masih aku ingat ketika turun tangga ni, banyak ulat2 dok melekat kat tempat pemegang tangga.
So, dari hari tu sampai la kini aku dah tak pegang pemegang tangga tersebut.

view gate untuk masuk ke parking atas

Hall Lapang bawah parking/anjung RMF

Slow plak jalan abang2 sado ni

sampai je ke tingkat bawah, adham terus menuju ke Hall Gelap ni.
Macam biasa, disini keadaannya lembap dan banyak nyamuk.

Aku pun lalu lah didepan tiang2 dimana dulu aku berjaya snap gambar "anak jin" bertenggek di sebalik tiang2 tersebut. (rujuk link ni - Anak Jin Sorok di Tiang

Untuk menghabiskan The Last Tour kat RMF ni, aku bawak mereka ke bilik terakhir bersebelahan dengan Hall Gelap tersebut, ada satu pintu kecil menghubungkan Hall Gelap ni dengan ke bilik belakang yang akan kelihatan tangga naik ke anjung/parking.

Ah, lagi 1, paling penting!!
dulu ramai orang datang rumah ni bukan semata2 nak cari hantu atau apa,
mereka datang nk lihat lukisan2 cantik di dinding di bilik tepi ni.
Tetapi sekarang lukisan2 tersebut sudah tiada akibat telah di-cat putih.
So takda satu lukisan pun yang tinggal.
Agak sedih tapi nak buat macam mana.
bukak link ni - Lukisan Cantik

dulu di tiang kiri ni lah aku berjaya snap gambar "anak jin"

bilik tepi yang menghubungkan Hall Gelap ke bilik belakang

terdapat lorong untuk ke rumah kosong di belakang RMF

inilah dia tangga rahsia untuk ke tingkat atas

selepas berperang dengan nyamuk, semua sudah tak tahan, aku pun mengajak semua untuk keluar dari rumah tersebut.
Sebelum tu, aku suruh adham amik gambar potrait masing2 di depan tangga pusing untuk buat kenangan.

Admin belanja gambar sendiri

kata artis, flash kamera pun xtahan,macam mana?

Red Hulk Steady Je...

The Glow-in-the-dark-Man, Adham

Selepas bergambar potrait di depan tangga tersebut, kami pun keluar dari rumah seram yang popular di Shah Alam dan mungkin di Malaysia.

Selepas mengetahui RMF bakal dijual, admin ingat RMF akan di-renovate kecil2 je.
So, dengan hati lapang, aku mengucapkan selamat tinggal kepada rumah yang penuh kenangan buat team kami iaitu "The Origin".
 
View Terakhir dari dalam rumah

Tembun posing buat kali terakhir di depan RMF

Jam sudah menunjukkan pukul 2.15, hampir 1jam kami di dalam RMF, masing2 dah basah berpeluh dan kehausan dan penat menampar nyamuk, kitorg decide untuk rehat sebentar di restoran khulafa berdekatan dengan rumah sewa kami.

Aman : "mana air aku dah Ane???"

Baiklah, selepas rehat dan masing2 basahkan tekak dan melahap, terus kami pulang ke rumah dan tidur untuk merehatkan badan pulak.

Baiklah, selang beberapa hari kemudian, kami ber-4 dok kat ruang tamu rumah sewa kami dan berbincang tentang pengalaman pergi ke RMF. Masing2 beri review positif dan tiada tanda2 kena gangguan dari makhluk halus or apa2.

Semasa admin sedang tulis pasal entri ni, RMF sudah pun tiada.
Apa yang tiada? RMF sudah dirobohkan dan akan dibina 1 bangunan baru.
Mungkin rumah sudah dibeli oleh owner baru kot.

Apa2 pun kami "The Origin" berterima kasih pada orang yang bertanggungjawab memperkenalkan rumah tersebut pada kami iaitu Amirul Rais atau amir, rakan sekelas kami di UNISEL dulu.
Terima Kasih juga kepada rakan2 yang pernah join sekali semasa kami buat aktiviti ni sepanjang 2009-2011 dulu.

Antara yang pernah join skali masa awal2 penglibatan kami dalam dunia Paranormal ni ialah Zarul, Fikri "Atok", Ariff, Selayang, Imran adam, Faiq & the gang, Ajak, Amerool, Faiz & Jaja.

Untuk entri seterusnya, kami menerjah ke sebuah tasik kononnya terletaknya pintu ghaib dunia bunian (di-claim oleh team mazidul akmal) tetapi sebenarnya kami dah tersalah tasik!
Tetapi even kami tersalah tasik, kami mengalami gangguan oleh "Penjaga" tasik tersebut!
Ingin tahu cerita selanjutnya, tunggu minggu hadapan, akan admin try update secepat mungkin.


Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFram09