Saturday, August 8, 2015

Kembara 3 Tempat 1 Malam (Banglo Jalan Turi, KTM KL & Balai Polis Lama Gombak) Part 1


﷽‎

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

KEPADA pembaca entri ini, Banglo "kejam/musnah" adalah nama gelaran banglo yg kami bagi sendiri berdasarkan kisah/sejarah rumah dahulu dan struktur banglo yg kini 70-80% dah musnah akibat perbuatan manusia (mungkin ada projek untuk merobohkan banglo tersebut). Harap Maklum. \m/


Tempat Gelaran: Banglo "Kejam/Musnah"
Lokasi: No 8, Jalan Turi, Taman Bukit Bandaraya, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur 
(refer kat gambar atas @ kordinat)
Tarikh: 29/08/2013, Malam Jumaat
Jam: 12.30 AM 
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3.131316, 101.663310 (google map) 
                Bersama: Amerool, Faiz, Isyraff, Syed & Said

jalan menuju ke jalan turi

jalan turi, bangsar (google maps street view)

 dihadapan banglo "kejam/musnah" jalan turi, bangsar (google maps street view)

pintu masuk banglo jalan turi, bangsar (google maps street view)

Baiklah,kisahnya bermula dengan plan yg telah dibuat selama 2 minggu atas permintaan syed untuk meninjau sendiri banglo "kejam/musnah" yang kini hampir dimusnahkan/diruntuhkan/dirobohkan atas sebab2 tertentu.

Maka dengan segala informasi yg kami dapat di FB dan blog2 geng paranormal yg lain, aku (faisal awiengs/admin/ketua "The Origin") mengajak rakan se-penara, Amerool, Faiz,  dan Isyraff untuk melihat sendiri tempat yg dikatakan ngeri dan seram tersebut. Syed pulak membawa kawannya, Said untuk bersama dalam pengembaraan kami mlm itu.

Dengan jasa baik Isyraff, kami bergerak sama dengan menaiki kereta bapak Isyraff dan bergerak dalam jam 11.50pm. Tetapi disebabkan kami tidak dapat alamat yg jelas lokasi tersebut, kami sesat pada permulaan ketika tiba di kawasan situ.

Akhirnya setelah memerhati kawasan tepi jalan dan sekeliling situ dengan rujukan gambar blog, aku terperasan akan 1 tempat yg menyerupai tembok/dinding batu banglo tersebut. Kami berhenti dan park kereta di seberang jalan. Kawasan tersebut dipenuhi dengan rumah2 besar dan sangat sunyi.

Aku, amerool dan faiz bergerak pantas menuju pintu masuk kawasan banglo tersebut yang sangatlah gelap dan dipenuhi kawasan semak-samun yg agak tinggi dan tebal. Dengan berbekalkan lampu suluh hp masing2, mereke berdua masuk dlu ke lorong semak untuk melihat kawasan sekeliling.

Kemudian, aku, isyraff, syed dan said pula melalui lorong semak tersebut. Setiba aku ke dalam kawasan tersebut, aku terperasan akan 2 lorong, kanan dan kiri. Kanan menuju ke kawasan banglo "kejam/musnah" dan kiri menuju ke tangga bawah seperti tempat pembuangan sampah (kerana ternampak tong2 sampah dibiarkan disitu).

Pada mulanya, kami semua tidak menjumpai kelibat banglo tersebut kerana jarak kami ke banglo tersebut dalam 60m dan sangatlah gelap dan dikelilingi dengan pokok2 pisang dan semak samun (padahal banglo tu bukan main besar).  Kami semua mengikuti lorong semak ke kanan yg menuju ke banglo tersebut dengan berhati2.

Amerool dan Faiz

lorong kiri-tangga bawah (xyah turun & tengok)

itulah banglo "kejam/musnah" dari kedudukan kami

Dalam perjalanan kami ke banglo tersebut, amerool dan faiz ada cakap yg mereka rasa pelik akan keadaan banglo tersebut.

"Kenapa banglo ni x nampak besar?" - kata faiz kepada amerool.

"Kenapa separuh je banglo tu?" - balas amerool.

Kami semua berhenti melihat kembali banglo tersebut dengan jarak dlm 30m. Betul gak, kenapa banglo tersebut nampak kecil dan separuh?.

Kemudian kami ternampak serpihan konkrit batu yang ditimbun di sekitar banglo tersebut. Ia membuatkan kami rasa risau akan keselamatan kami, kerana untuk masuk ke banglo tersebut, kami terutaman sekali AKU amatlah risau untuk melintasi dengan memijak konkrit batu tersebut.

Dengan bantuan dan sokongan dari kawan2 terutamanya Syed yg berada didepan aku, kami semua perlahan2 dan berhati2 memijak dan melintasi konkrit batu tersebut. Sampai saja di bawah perkarangan banglo tersebut, semua menarik nafas lega. 

serpihan batu konkrit banglo yg ditimbun

masing2 amik turn melintasi timbunan batu konkrit

sekitar semak-samun banglo tersebut...

Syed

selain batu konkrit,terdapat juga besi2 karat yg melekat di batu konkrit tersebut

bahagian tingkat atas sudah tiada...

masing2 buat busy...

Kemudian, kami menuju ke ruang tamu(?) banglo tersebut yang kelihatan agak lapang kerana sudah tiada lagi tingkat atas banglo tersebut. Dengan ada beberapa kawasan dalam banglo tersebut ditutupi dengan batu konkrit yg runtuh dan dipenuhi semak samun yang melingkar ke setengah kawasan dinding.

Disitu, kami agak berhati2 dengan setiap gerak-geri kami agar tidak mengundang bahaya. Pergerakan kami agak terbatas dengan banglo tersebut sudah dalam 70-80% musnah dan tiada apa yang pelik dan ganjil dalam banglo tersebut.

Dari bahagian ruang tamu(?),kami dapat lihat ruang tandas, beberapa lorong menuju ke tempat semak-samun, tangga(?) menuju ke tingkat atas yg sudah tiada, dan kelihatan ruang kosong yg boleh lihat tingkat atas yg sudah tidak beratap/berdinding.

Pembaca boleh lihat ada beberapa gmbar menunjukkan ada bahagian siling banglo tingkat atas yg kelihatan separuh runtuh seperti gmbar dibawah ini. Kami sangatlah berhati2 ketika didalam banglo ini.

kelihatan seperti bar/dapur

ruang kabinet dapur(?)

setelah hampir dlm 15minit kami meneliti dlm tempat ni,ada beberapa kawasan yg tidak boleh masuk seperti dlm gmbar diatas diakibatkan kerosakan yg telah berlaku di banglo ini. Cuma pada saat kami nak beredar dari situ, aku dan syed tidak berpuas hati dengan pemantauan yg dibuat oleh kami kerana tidak menemui tempat yg dikatakan tempat pembuangan mayat dlm kes jenayah terdahulu.

kami jadi hairan kerana disebabkan reference kami dari beberapa blog yg dilawati menunjukkan mereka sempat dan berjaya menjejaki banglo tersebut sblum kerja2 runtuhan banglo ini dilakukan dan mereka berjaya menaiki ke tingkat atas yg sangatlah luas dan tingkat bawah banglo yg pada mulanya kami semua tidak menemui jalan atau tangga ke tingkat bawah.

Maka dengan perlahan2 sorang demi sorang mengadu nak keluar dari situ dek alasan kena gigitan nyamuk. Aku pun beri isyarat untuk mereka keluar dari banglo tersebut. 

Dan, terjadilah kisah lawak diantara kami kerana ketika hendak kluar dari banglo itu, faiz dan amerool terlihat 1 ruang seperti pintu keluar diantara tembok batu banglo tu. Punyalah susah payah kami ikut pintu besar yg penuh ngan hutan dan batu konkrit yg boleh membahayakan keselamatan kami, last2 ada pintu selamat dan dekat untuk masuk ke banglo tersebut.

posing dulu, masing2 xsabar nk keluar


ketika aku dan syed yg terakhir hendak keluar dari banglo tersebut, aku terperasan akan 1 lorong yg tersembunyi di tepi pokok pisang. Syed segera melihat dan ternampak tangga yg menuju ke tingkat bawah yang dikhabarkan tempat pembuangan mayat. Terus aku teruja dan memanggil semula amerool yg baru je keluar dari tembok batu banglo tu untuk mengajak dia turun kebawah.

Yang lain2 temankan isyraff jaga kereta. Aku, syed dan amerool pula mulakan pengembaraan baru sendiri. Keadaan di tangga tersebut sangatlah gelap dan sunyi dan adakalanya boleh terdengar bunyi deruman ekzos kereta berdekatan dengan jalanraya.

Syed berjalan turun kebawah dahulu diikuti amerool dan aku. Dinasihatkan sila pakai kasut untuk turun ke tingkat bawah ini kerana keadaan tangga yg agak licin dan tidak selamat. Kami semua terlihat 1 ruang besar seperti pintu/tingkap untuk masuk ke tingkat bawah. 

Syed mengintai dahulu apa yg ada di tingkat bawah, tetapi kurang pasti dek terlalu gelap dan kami terpaksa masuk untuk lihat sendiri apa yg ada disitu.

Syed menyuluh tingkat bawah dengan HP

inilah rupa tingkat bawah

ruang kiri banglo yg kelihatan rumah sebelah

Dengan perlahan2 kami melintasi tingkat bawah dan amati satu persatu akan objek dan benda yg ada dan ditinggalkan disini. Aku dapati tangga banglo yg menuju dari tingkat atas ke tingkat bawah sudah tertimbus dengan batu konkrit dan sudah menyekat laluan mudah kami untuk turun kebawah tadi.

ni buku apa entah...

inilah tangga ke tingkat atas yg sudah ditimbus dengan batu konkrit


Tiada apa yg pelik sangat dengan apa yg kami jumpa, beberapa barangan rumah yg ditinggalkan dan ada kesan seperti orang datang melepak disini. Terdapat ada meja, tilam, katil dan beberapa buku yg ada disitu. 

Ruang tingkat bawah tersebut agak mendalam dan ketika kami bergerak lebih kedalam, kami berjaya menemui tempat pembuangan mayat yg pada mulanya kami tak dapat jumpa dek terlalu sangat gelap disitu.

Keterujaan dan hasil pengembaraan di banglo ini berbaloi selepas menjumpai tempat pembuangan mayat tersebut, Syed dan amerool cakap memanglah best dapat jumpa tempat tu tapi ingat tak seram ke...yela..tempat mayat dibuang kat situ...sebelah hutan plak tu..

inilah dia tempat pembuangan mayat tersebut

kasi close-up sikit tempat tu...hehehe ingat xseram ke???

bergambar dulu,kot2 ada yg nak join ke..

Kemudian, selepas 10minit dan  masing2 dah puas teroka kt tingkat bawah tu, kami pun beredar dari situ untuk pergi tempat lain plak. Setiba kami di luar banglo, kami bertiga menceritakan apa yg kami jumpa di tingkat bawah. Masing2 rasa seram dengan kes yang terjadi di banglo tersebut dahulu.

bincang dahulu untuk pelan seterusnya

inilah tembok batu aka pintu depan

pintu besar banglo tersebut

Kami pun beredar dari kawasan tersebut dan menuju ke KTM Kuala Lumpur di tengah2 bandar KL untuk mencari 1 bilik/rumah/bangungan yg dikatakan keras oleh kumpulan paranormal lain. Kami ingin melihat sendiri berapa "keras" tempat tersebut selepas dikatakan sangatlah "keras" oleh kumpulan tersebut dan membuatkan kami rasa lebih semangat untuk mencari tempat tersebut.

So, secara keseluruhan pengembaraan kami ke banglo "kejam/runtuh" ini, ia tidaklah mengecewakan kami kerana disebabkan ada beberapa halangan yg terpaksa kami rempuh seperti batu konkrit dan ke tingkat bawah, hinggalah penemuan tempat pembuangan mayat di tingkat bawah dan ada gmbar yg dapat kami snap dan menunjukkan kehadiran "entiti" tersebut cuma kami tidak beberapa pasti akan rupa paras "entiti" tersebut dan kedudukan "entiti" tersebut pun agak mencurigakan dan boleh disalah ertikan dengan objek lain. 

Disitu, kami buat keputusan untuk tidak meletakkan gambar tersebut dalam ruangan ini.

Gred -
Keseraman :7/10
Lokasi: 8/10
Kesukaran: 9/10

Total: A-

Baiklah, minta maaf kepada pembaca kerana sebelum ini admin ada kata tentang ke-update-tan entri terbaru yg akan dibuat sebelum puasa aritu, tetapi terdapat kesulitan pada admin untuk update entri terbaru. Harap dengan entri ni boleh menghilangkan kebosanan pembaca.

Salam Paranormal,

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" Fatalframe09

reference untuk info banglo tersebut

AdamVai
MazidulAkmal