Wednesday, January 20, 2016

Singgah Malam di Rumah Dr.Frenzy bersama Amerool, Faiz & Pisang


﷽‎

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


 Tempat Gelaran: Rumah Dr.Frenzy
Lokasi: 82 Jalan Lee Woon, Taman Zooview,
 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Tarikh: 27/10/2013 Malam Ahad
Jam: 12.30 AM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Koordinat Lokasi: 3.207744,101.763259 (google map)
Bersama : Amerool, Faiz & Pisang

Baiklah, selepas entry berkenaan dengan Apartment Riviera @ Asrama Lelaki KUIM, Ampang, sebulan selepas itu, aku - faisal awiengs bersama amerool ingin membawa kawan sekaki, faiz dan pisang untuk singgah malam di Rumah Dr.Frenzy untuk bagi mereka berdua merasai suasana rumah tersebut.

Dalam jam 11.30pm, kami semua berkumpul di padang rumah kami untuk membuat persiapan. Aku bawak amerool naik motor aku dan Pisang bawak faiz. Dengan tidak membuang masa, kami gerak dalam 11.50pm menuju ke rumah dr.frenzy melalui MRR2 dengan memakan masa 30minit.

Jalan di MRR2 agak lengang, senang bagi kami ber-4 menuju ke destinasi dengan kurangnya kenderaan besar. Sampai saja di simpang Zoo Negara, kami memastikan tiada kereta polis atau kereta peronda berada di sepanjang jalan menuju ke atas bukit yang dimana terletaknya rumah Dr.Frenzy.

Sampai saja kami di perkarangan rumah Dr.Frenzy, kami periksa sekeliling disitu untuk memastikan tiada haiwan liar seperti anjing yang berkeliaran di area tersebut. Aku dan pisang park motor kat dalam perkarangan rumah.

Tetapi alangkah terkejutnya kami semua apabila kami melihat situasi ruang perkarangan rumah tersebut. Dah macam...(saja nak bagi suspens)

Ni la suasana disitu tanpa flash/lampu suluh...

 faiz sibuk nk bakar rokok

 faiz dan amerool melihat sekeliling

Dah macam baru lepas kena serangan tiupan angin kencang. Sebab apa? tengoklah gambar di bawah ini. Habis kayu2 dibawah permukaan atap ruang perkarangan rumah tersebut jatuh. Mula2 aku ingatkan tilam lama yang terbiar disitu, tapi benda lain plak.

So, pada firasat aku, rumah dr.frenzy ni dah tak boleh bertahan lama, mungkin paling lama 5tahun jika diikutkan dari struktur dan keadaan kayu2 yang masih tegak berdiri disitu.

dah macam lepas kena gempa bumi pun ada...

 Pisang cuba periksa keadaan dibawah rumah

 inilah gambaran lebih jelas

kalau diperhatikan betul2 dalam gambar diatas ni, nampak seakan ada bahagian kayu/atap terbakar. Aku agak yang mungkin atap perkarangan rumah ni terkena panahan petir dan terbakar lalu membuatkan kayu2 berserta jaring jatuh ke atas lantai tersebut.(ni cuma andaian saja)

sebahagian bawah atap yang terbakar dan masih melekat

dah kenapa si Pisang ni?

selepas periksa keadaan disitu samada selamat atau tidak untuk meneruskan aktiviti singgah malam, aku yakin yang kami masih selamat menjalankan aktiviti disitu selagi kami mengambil langkah berjaga-jaga disitu. Pisang dan amerool berjalan melintasi sisa2 kayu dan jaring yang jatuh di atas lantai untuk melihat sebarang benda yang pelik. Namun, tiada apa yang pelik kami temui disitu.

Pisang, faiz dan amerool memeriksa kayu2 dan kesan terbakar
suasana hutan gelap malam di situ

gambar lebih dekat

baiklah,selepas menghabiskan masa di tingkat atas dalam 10minit, tiba masa untuk aku membawa si faiz dan pisang untuk turun ke tingkat bawah rumah untuk melihat apa yang ada disitu. Aku mengarahkan amerool untuk berjaga di parking motor untuk menjaga line, kot2 ada polis ke.

Aku mengarahkan faiz dan pisang standby pakai topi keledar untuk menjaga keselamatan. Macam biasa, faiz jadi frontman disusuli Pisang dan aku yang mengambil gambar. Nasib baik malam tu hari tak hujan, kalau tak lagi susah nak jalankan aktiviti singgah malam ni.

tangga menuju ke tingkat bawah

abaikan asap tu,itu asap rokok si faiz

faiz menunjukkan pintu masuk rumah Dr.Frenzy

dengan berhati2,faiz dan pisang mara ke dalam rumah tersebut

amerool standby di tingkat atas

sesudah saja sampai di depan pintu, faiz dan pisang terus masuk kedalam rumah dengan tanpa membuang masa. Aku yang berada di belakang skali menjadi backup lighting mereka dengan flash kamera aku.

Bagi sesiapa yang pernah masuk kedalam rumah ni, mesti anda tahu yang ruang kat dalam rumah ni adalah terhad kerana ada beberapa halangan yang membuatkan sesiapa tidak boleh melintasinya seperti kayu lintas yg berada di bilik belakang dan ruang tertutup dengan semak-samun di bilik sebelah kanan.

Dengan berhati2 lantai licin, faiz dan pisang perlahan2 berjalan meronda dalam rumah tersebut. Faiz lepak lama di dalam bilik kanan yang tidak boleh lintas manakala si Pisang lepak di lorong gelap rumah tersebut bersama aku.

Tiba2 amerool buat isyarat dari atas menyuruh aku dan lain2 naik keatas dengan segera. Amerool tidak cakap pasal apa dia memanggil kami ber-3 dibawah, tetapi aku mula dapat rasa kurang senang. Manalah tahu si amerool ternampak sesuatu atau kereta polis dah standby didepan perkarangan rumah tersebut.

ruang ni faiz banyak habiskan masa

Sampai saja ke tingkat atas, kami ber-3 terkejut apabila kami dapati ada 2 orang lelaki, sorang bawak kamera seperti aku dan sorang lagi mcm budak sekolah menengah, sedang standby berdiri disebelah kereta. Aku ingatkan polis atau kereta peronda, tetapi mereka memperkenalkan diri yang mereka juga seperti kami, membuat aktiviti mencari entiti.

Kami bersembang sebentar sambil bertukar maklumat tentang tempat2 yang pernah kami pergi. Aku lupa sebenarnya nama mamat ni dan kawannya sorang lagi. Tujuan diorang datang sini mlm tu sebab si kameraman tu nak repeat balik tempat tu sebab sebelum tu, dia mendakwa ada merasai sesuatu yang ganjil di tingkat bawah rumah tersebut. Apabila disuruh jelaskan, si kameraman mendakwa ternampak seakan2 kelibat budak kecil di depan pintu tingkat bawah.

Terus meremang bulu roma aku time tu, yela, selamba plak cara dia cakap kat kitorang. Aku dan lain2 langsung xdapat merasai apa2 perasaan ganjil dan pelik sepanjang berada di rumah tersebut.

kameraman dan kawan



kameraman standby nk buat keje

belanja gambar admin sekali-sekala

3 budak ceria

selepas kameraman dah start aktiviti dia sendiri, kami pun tak amik masa yang lama untuk stay kt situ, so kami pun beredar dari situ dan cari tempat untuk basahkan tekak kami semua. Jam sudah hampir menunjukkan pukul 2pagi. Tak banyak yang kami ber-4 dapat bincangkan sepanjang lepak kat kedai mamak tersebut. So kami berhenti melakukan aktiviti singgah malam pada malam itu dengan itu saja.

Faiz dan pisang - masing2 dalam kepenatan

Baiklah, selepas melakukan aktiviti singgah malam di rumah Dr.Frenzy, kami ber-4 berbincang tentang pengalaman dan perasaan yang dapat sepanjang berada di rumah tersebut. Rata2 yang baru datang rumah tersebut seperti pisang dan faiz tidak banyak bagi ulasan yang buruk dan negatif pasal rumah tersebut.

Aku dan amerool masing2 tidak mengalami apa2 perkara yang pelik dan ganjil sepanjang berada disitu. Cuma kagum dengan keberanian si kameraman tersebut yang berani turun sorang2 kat tingkat bawah tanpa bantuan lampu suluh(berbekalkan flash kamera DSLR saja).

Cukup saja cerita di rumah dr.frenzy disini. Next entry pula akan menceritakan pengembaraan terakhir admin(faisal awiengs) bersama rakan2 kristalian (seksyen 7 shah alam) di rumah seram yang agak popular di Malaysia, rumah banglo kayangan sek11 aka rumah Mona Fandey.

Dikala admin sedang menaip entry ini, rumah banglo kayangan sek11 aka rumah Mona Fandey sudah dirobohkan dan akan didirikan rumah/unit baru. Rumah tersebut terbanyaklah kenangan terhadap admin termasuklah geng2 "The Origin" yang lain dan sesiapa yang pernah join bersama masuk kedalam rumah tersebut dengan geng kami. 

Rumah tersebut menjadi kenangan pada kami kerana ia menjadi landmark pertama aktiviti kumpulan kami yang bermula pada 20/04/2009, pada ketika itu geng "The Origin" terdiri oleh Wan Kelisa(skrg dah tukar kereta), Wan Lemon, Mustaqeem dan aku(faisal awiengs). Cepat waktu berlalu, sedar tak sedar dah cecah sudah 7 tahun kumpulan "The Origin" terbentuk dan blog "FatalFrame09" terhasil. 

Dan disusuli oleh rakan2 unisel yang lain turut bersama dan rakan2 kl yang byk membantu menjayakan aktiviti pencarian alam ghaib bersama geng "The Origin", dan tidak lama selepas itu, aku bergerak solo di KL selepas rakan2 lain mula bawak haluan masing2 sebelum ditemani oleh geng KL iaitu Amerool dan Faiz yang banyak ikut aku berjalan dan mencari tempat dalam KL dan Selangor.

Apa2 pun, nantikan entry tentang rumah banglo kayangan sek11 aka rumah Mona Fandey pada bulan februari depan untuk pengupasan kali terakhir dan perubahan yang berlaku didalam rumah tersebut.

Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09