Jam-1.30AM
Tempat-Rumah Depan Wetworld Shah Alam,Sek 2
Bersama-"The Origin" Wan25,Syazwan Lemon,Mustaqeem
& adam,ariff,salam&atok
Kamera-DSLR Canon EOS 1000D(camera ariff)
baiklah,untuk entri kali ni,berkisahkan tentang aktiviti kami ber-8 anak muda pelajar Unisel Shah Alam dari pelbagai course dan kami semua serumah,tetapi pada masa ini ada setengah diantara kami sudah menamatkan pelajaran dalam peringkat Diploma...
seperti biasa,syazwan lemon akan mengajak kami dan rakan2 serumah untuk "BERJALAN" malam untuk meninjau rumah2 seram yang belum pernah lagi kami jejaki di dalam Shah Alam...kebetulan pulak,pada ketika itu,internet seperti FB,twitter dan blog2 kecoh tak semena2 pasal rumah sewa RM50 di Sek 2 Shah Alam...
tetapi masalahnya kami xtau mana 1 rumah tersebut,walaupun kami sudah merujuk didalam internet,tapi still xtau mana alamat rumah tu,kalau ditengokkan gambar didalam internet,kebanyakkannya diambil pada waktu siang,kami pula gerak pada waktu malam,so macam mana nak jumpa rumah tu...erm terpaksalah kami mencari rumah ni dengan sendiri...
Kerana cerita itu sedang panas diperkatakan didalam internet,kami pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mengunjungi kawasan2 yang dikatakan keras didalam sekitar shah alam...pada malam itu,kami mensasarkan untuk mengunjungi rumah besar didepan wetworld,ada apa dengan rumah ni?pada asalnya aku(faisal awiengs) pun xpasti kenapa si lemon ni mencadangkan untuk pergi serbu rumah ni,dia cakap sbb ada kisah pelik yang berlaku dirumah sekitar kawasan kilang SIRIM..
Senyum Besar nampak,atok?
Mohd Nur Salam-Rakan Baru "The Origin"
apa yang ditengokkan tu?
bak kata salam-"mari bersenam dulu"
Antara kenderaan yang digunakan pada malam itu
Big Bro,Azwan Azmi
Kami bersiap2 dengan peralatan yang cukup seperti lampu suluh,kamera
dan makanan(?) untuk pergi ke rumah itu...selepas semua bersiap,kami
terus menuju ke sek2 yang terletak hampir 2km dari rumah sewa kami di
sek7...rumah yang kami cakapkan itu terletak betul2 didepan wetworld
sek2 shah alam(bersebelahan dengan SIRIM dan lepas bulatan mcD ambik jam
3)...
selepas meletakkan kenderaan kami dibahu jalan,kami berhati2 menghampiri rumah tersebut yang kelihatan sunyi dan gelap...pada awalnya aku dapat rasakan lain macam dengan rumah ni,bukan kerana perasaan takut didalam diri aku,tetapi dengan ciri2 rumah dan persekitaran rumah ini,sebab apa aku cakap macam itu?kerana diluar kawasan rumah tu,sgtlah gelap,then tiada lampu yang bernyala dari dalam rumah itu,kemudian sunyi plak tu...macam ada yang xkena...
aku mengambil keputusan untuk keluar dari kereta dan mengajak semua
keluar dari kereta dan menghampiri rumah tersebut...aku membuka kamera
ariff dengan men-setting kamera tersebut menggunakan mood flash,terus
aku snap gambar didepan pintu pagar rumah tersebut...
dengan
gelap diluar kawasan itu dan dari dalam yang tidak berlampu,aku
beranikan diri untuk menghampiri pagar rumah tersebut dan mencuba
mengambil gambar dari sisi dalam rumah tersebut...aku berhati2 untuk
mengambil gambar,risau akan dengan tuan rumah dan jiran2 yang ada,tidak
dilupakan juga polis yang sentiasa meronda dikawasan itu,yela,mestilah
risau kerana kami buat benda ni di kawasan perumahan,takut2 nanti kena
cekup lagi macam di Highland Tower tahun 2009 dulu..
kemudian,aku
panjat batu diluar pagar rumah itu untuk mengambil gambar perkarangan
rumah tersebut...alangkah terkejutnya aku apabila aku mendapati....
yang KAMI sudah Tersalah RUMAH!!!
Benar,syazwan lemon cakap rumah yang sepatutnya kami target adalah rumah yang berwarna putih dan besar,tetapi rumah yang kami target ni rumah yang sedang di-renovate....aduh...terus mood kami semua berubah dari "hunter mood" kepada "depressed mood"...aku pun meneruskan juga menangkap disekitar rumah tersebut...hampir 10minit kami berlegar2 didepan pagar rumah tersebut,kami decide untuk beredar dari rumah tersebut dengan perasaan hambar..
tengoklah sendiri gambar2 dibawah ni...memang rumah yang sedang di-renovate...
ada diantara kami sudah berputus asa dengan pencarian pada malam itu,kerana awal2 lagi kami sudah tersalah rumah,macam mana pulak dengan rumah seterusnya,rumah sewa rm50 yang sah2 kami semua tidak tahu alamat rumah tersebut even pada halnya kami sudah hampir dengan rumah tersebut..
kami semua discuss untuk plan seterusnya,atok mencadangkan pergi kerumah banglo kayangan sek12 aka Rumah Mona Fandey,salam dan adam setuju dengan cadangan tersebut,tetapi aku membantah kerana sudah terlalu kerap sangat aku,wan25,mus dan syazwan lemon memasuki rumah tersebut...
dan diakibatkan tiada kata sepakat,kami semua hampir berputus asa dan
hampir pulang kerumah...tetapi untuk memuaskan hati aku,aku menyuruh
wan25 sebagai driver kereta pada malam itu untuk berlegar2 ke dalam
taman perumahan sek2,manelah tahu kot2 kami mungkin terjumpa rumah sewa
rm50 yang sedang popular pada ketika itu...
adakah kami berjaya menjumpa rumah sewa rm50 ataupun kami pulang rumah dengan perasaan kecewa?
ah,jika mahu apa yang berlaku kepada kami,teruskan membaca blog kami dengan entri yang seterusnya berkisah "Aku Nampak Tadi Ada..."
Salam Semua
Faisal Awiengs
Admin+Leader "The Origin" FatalFrame09
2 comments:
https://www.facebook.com/RumahSewaRm50
http://filemrumahsewarm50.blogspot.com/
cerita nk gempak je . tapi macam haprakk !! puikkk !!
Post a Comment