Sunday, January 31, 2021

Azam 2021 - Kembalinya "The Origin" Fatalframe09

 

Assalamualaikum.

Dan selamat sejahtera pada semua pengikut setia & pembaca blog ini. 

Pergh, berabuk giler blog ni aku tinggalkan. 

Last sekali aku pada 2018, untuk kembara di Amber Court dengan team "Nightcrawler".

Sebenarnya banyak je lagi entry bersama team tersebut, cuma atas masalah teknikal (banyak gambar yang sudah di-edit & sedia untuk di-upload dalam blog ini hilang atas masalah laptop & admin lupa nak buat back-up files dalam FB/Email & admin tak ada masa nak edit balik kesemua gambar2 tersebut atas faktor admin sendiri ada kerja tetap).

Admin sudah lama menyepi dalam dunia Paranormal, malah, kali terakhir admin buat kembara pada tahun 2019, di Kolej Sibertel, di Bandar Baru Bangi, dengan 1 dewasa 2 budak sekolah. Selepas tu terus admin berhenti dari sebarang aktiviti.

Pada tahun 2020, Covid-19 menyerang dunia malah di Malaysia jugak tidak terkecuali, dan untuk menjaga diiri & mengikut arahan Kementerian Kesihatan, admin tidak melakukan sebarang aktiviti paranormal, dan mengakibatkan kamera DSLR admin terbiar terperuk dalam beg kamera.

Pada amatan admin, sepanjang admin mendiamkan diri dalam dunia Paranormal, admin dapati banyak geng2 baru, tak kisah tua atau muda, dari perlis sampailah ke johor, berkumpulan mahupun buat solo, ditubuhkan & giat melakukan aktiviti Paranormal, tak kira dari segi berkamera ataupun bervideo, masing2 ada jalan cerita & cara tersendiri untuk penyampaian cerita dalam 1 kisah, dan ada jugak orang yang buat & sertai kumpulan paranormal memang bertujuan untuk mencari entiti, kisah sesuatu tempat, dan tak kurang jugak ada yang masing2 nak menunjuk yang beliau mempunyai "skill" yang hebat seperti boleh berhubung dengan entiti/makhluk ghaib, ada jugak yang boleh bersilat, ada jugak yang boleh mengubati orang kena rasuk/histeria, ada juga yang cuba mempamerkan kehebatan diri dengan mencabar entiti, dan ada jugak yang mengambil kesempatan untuk mencari populari & nama atas menggunakan nama "TEAM PARANORMAL" tapi tiada hasil , cuma mahu kumpulkan ramai pengikut untuk tunjukkan bahawa team mereka besar & hebat.

Bukanlah tujuan admin untuk menindas, mencela, memburuk2kan orang, admin tak petik pun nama siapa2 dalam ni, cuma janganlah atas 1-2 kumpulan yang sekadar buat hiruk-piruk,kecoh di laman sosial atas mencari glamer, nama2 team paranormal lain terkena tempias. Silalah jaga nama baik kumpulan anda, dan ia dapat menjaga nama baik & reputasi kumpulan-kumpulan paranormal yang lain. Kita kenalah menjaga adab, menjaga pertuturan bahasa & kata-kata ketika melawat sesuatu tempat yang asing untuk diri kita.

Jadi, apa perancangan admin pada tahun 2021 ini?

Ermm, susah untuk admin nak buat sebarang keputusan untuk kembali aktif, dengan keadaan Covid-19, dengan pergerakan terbatas, memang sukar. 

Tetapi, selepas berjumpa semula dengan salah seorang ahli Nightcrawler, SHAH, yang memang masih bersemangat untuk melakukan aktiviti paranormal, masih tidak berputus asa mengajak admin untuk kembali aktif & sambung semula kembara2 yang tertangguh pada 2018.

Disebabkan faktor kesihatan, pergerakan admin jugak semakin terbatas (di pertengahan tahun 2019, admin mengalami kesakitan yang amat serius di belakang badan & sukar untuk berjalan secara normal, tapi alhamdulillah, admin sudah sembuh tetapi tidak lagi sekuat & selincah seperti tahun 2017.)

Admin membuat keputusan untuk kembali aktif semula dalam dunia Paranormal, tetapi admin kena ambik masa untuk mengurangkan berat badan untuk kembali bertenaga, kuat & berstamina untuk melakukan aktiviti semula. Admin akan cuba untuk turunkan berat badan & akan kembali memulakan aktiviti sekurang-kurangnya pada lewat Jun-awal Julai 2021 (jika berat badan dapat diturunkan & perintah kawalan pergerakan (PKP) sudah dimansuhkan nanti).

Admin sudah ada beberapa tempat yang berkemungkinan akan dikunjungi untuk mencari kebenaran/merungkai kisah sesuatu tempat, selain itu untuk merasai keseraman tempat tersebut, dan cuba mendapatkan gambaran entiti di lensa kamera.

Admin juga dapati trend terkini untuk para penonton & pembaca dengan lebih selesa untuk menonton video secara LIVE mahupun yang sudah di-upload di FB/Youtube. Admin jugak akan melakukan sesuatu yang baru, iaitu merakam video sepanjang kembara & akan di-upload di blog ini dan dilaman rasmi Youtube admin akan ciptakan nanti.

Konsep admin yang akan admin cuba lakukan pada tahun ini adalah akan menyampaikan keseluruhan perjalanan, melakukan staydown & komen para ahli dalam bentuk VIDEO & GAMBAR yang akan di-ceritakan dalam blog ini & laman Youtube. Admin juga dalam persiapan untuk menyediakan barang-barang untuk melakukan aktiviti seperti akan upgrade video kamera, audio & lampu & mencari kawan-kawan lama/baru yang sudi untuk menyertai aktiviti paranormal.

Korang doakanlah agar admin dapat kembali cergas & bertenaga untuk admin melakukan aktiviti paranormal & dapat berkongsi pengalaman & cerita pada para pembaca.

 

Terima Kasih atas sudi membaca blog kami ini!


Salam Paranormal/Malaysia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud

Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09


1 comment:

cepiauctambaguz said...

Salam Tuan...teruskan perjuangan