Monday, May 14, 2018

A Night With The Nightcrawlers - XPDC Bukit Damansara & Amber Court 2



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tempat Gelaran: Amber Court, Jalan Ion D'Elemen,
69000 Genting Highlands, Pahang
Tarikh: 29/10/2017 Malam Selasa
Jam: 3.30 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D 2x
Koordinat Lokasi: 3.430566, 101.789132 (google map)
Bersama: Syarafi, Shah, Naqim & Kai

Baiklah, setelah beredar dari Rumah Pemujaan AKMI di Bukit Damansara, kami terus berangkat ke Amber Court melalui jalan Karak Lama yang memakan masa dalam 20 minit dan 40 minit melalui Genting Highland.

Memandangkan cuaca amat sejuk selepas hujan, sepanjang perjalanan kami ke Amber Court diliputi kabus tebal, tetapi Alhamdulillah kami selamat sampai ke Amber Court selepas mengharungi pelbagai halangan.

Salah satu hotel di Genting Highlands

Melalui torowong besi

Selepas merintasi jalan berlubang dan gelap, pada jam pukul 3.45 pagi, kami berlima tiba di perkarangan Amber Court buat pertama kali. Perasaan teruja dan ingin tahu akan kemisterian Amber Court yang digembar-gemburkan orang ramai selama ini.

Amber Court ni ada 2 menara yang dibahagikan dengan bangunan office di bahagian tengah. Dan setiap menara ada pecahan blok A,B,C,D & E,F,G &H @ A,B & C,D [admin lupa la plak].

Tersegam Tegak Amber Court Dalam Kegelapan Bukit

Teka sapa???

Rumah "sembahyang" Orang Cina...menyeramkam

Blok E,F,G & H yang menghala terletak bersebelahan Blok Utama

Selepas berehat sebentar dan melihat kawasan sekeliling dan menanya beberapa pekerja disitu, kami dibenarkan melakukan aktiviti kami dengan syarat jangan mengganggu kejiranan/penduduk disitu.

Kami memulakan aktiviti kami dengan meredahi kawasan parking/garage di tingkat 3 dengan memaksa Kai ikut skali yang pada mula tak nak ikut.

Kami menaiki lif ke tingkat 13 & 14 dengan atas nasihat Syarafi yang berkemungkinan tingkat tersebut ada kisah seram & misteri. Kemudian, kami terus ke tingkat 2 dan menuju ke basement parking untuk melihat tempat yang dikhabarkan oleh Shah yang dikatakan ada kelibat pontianak. [xingat dari mana Shah cakap dia dapat source tersebut]

Keadaan yang kurang memuaskan

"The Nightcrawlers"

Abg videoman mengantok ke???

Dihadapan lif level 3

keadaan gelap gelita belakang AC

diambil dengan bantuan flash

So, dengan kami berlima dengan keadaan yang gelap gelita disepanjang lvl 2, kami berjalan dan melihat kawasan sekeliling dan memerhati apa yang ada disetiap level dan merentasi setiap lorong/bilik kecil yang ada dibahagian di setiap level. Bilik/lorong apa? sila tengok sendiri gambar dibawah.

menuju ke level 2

kereta tersadai/terbiar

inilah yang dikatakan bilik/lorong yang tersembunyi di setiap hujung level

Apa benda tu...???

sepanjang kami dalam kawasan bilik/ruang ni, macam2 perasaan dan kejadian ganjil seperti bunyi yang pelik datang dari sudut gelap di tempat tersebut, gambar "reflection",

tak silap admin, itu bukan tulisan english/bm

turun ke tingkat 1 yg betol2 gelap

kami tidak lama meluangkan masa di setiap level, cuma ambil masa dalam 10-15minit, kemudian kami turun ke level 1 pulak yang lebih menyeramkan kerana disini dah 100% gelap [melainkan lampu hp & lampu kamera]

terdapat corak pelik di dinding 

Kai gigihkan berjalan walaupun sakit pinggang

rumah kasim baba ke??

Notis pemotongan elektrik

admin seram sekejap bila berada diantara lorong [gelap] ni sebenarnya

Kawasan yang dikhabarkan tempat kemunculan pontianak[Shah yang cakap]

dan dikawasan ni kami terpegun sebentar atas kedengaran bunyi pelik

Masing2 mencari arah punca bunyi tersebut,masing2 terpegun tidak bergerak

selepas masing2 kebingungan dan terpinga2 atas apakah bunyi tersebut [seakan bunyi kelawar], kami beredar atas ada beberapa orang yang sudah tidak "kuat" dan aku mengarahkan mereka kembali ke tingkat 3 dengan menaiki jalan kereta.

Terpapar kepenatan di muka Kai

Asap apakah itu? kepulan asap kabus atau asap rokok???

OK,selepas penat memusing 1 blok ni saja, kami memutuskan untuk berhentikan operasi mencari/aktiviti pada pagi itu, kerana waktu sudah memasuki pukul 4.30 pagi, dan masing2 sudah mengantuk & kepenatan dan akan bekerja pagi nanti.

Kami tidak memasuki blok Utama untuk disimpan pada XPDC kemudian nanti

Kami semua menuju ke kereta dan berehat sebentar dan menikmati udara segar bukit. Kelihatan beberapa orang sudah terjaga dan menuju ke kereta/lori dan keluar dari kawasan tersebut. Ternampak pakguard yang berkeliaran disitu dan tidak mengganggu kami.

Sebaliknya, Shah,Syarafi dan Naqim pergi menerjah pakguard tersebut yang berasal dari kelantan untuk menemu-bual dan menanyakan beberapa soalan berkaitan Amber Court.

Admin dan Kai lepak kat kereta je, sembang skit pasal AC ni.

Bersama admin & "The Nightcrawlers"

OK, selepas selesai masing2 punya kerja, Syarafi terus speed balik kl ikut highway karak pulak, bukan perlahan dia bawak, dah macam F1 dia pecut kereta dia...admin xjadi tido dok sebelah dia...hahahaha

Selepas beberapa hari kemudian, admin dan rakan2 lain mencari hasil rakaman video dan tangkapan gambar, dan ada diantara kami dapat tangkapan yang agak "mencurigakan", dan atas sebab2 yang mungkin mengundang "was-was"  dan pertikaian dari pembaca.

Baiklah, rumusan admin untuk xpdc pada malam ini, admin boleh mengatakan di bawah basement Amber Court macam ada "sesuatu" yang perlu dirungkai, serta kami masih belum menemui rumah yang dikatakan oleh orang ramai sebagai salah satu "rumah keras".

Maka, untuk pencarian seterusnya, kami akan menerjah lagi ke Amber Court, dan kali itu, kami akan mencari lebih terperinci dan keseluruhan di sekitar AC termasuklah bangunan utama dan kawasan office.

Terima Kasih atas sudi membaca blog kami ini!

Salam Paranormal/Malaysia

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud

Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09





7 comments:

zapin said...

baik la..post next min..x sabar nk baca

Akmal Farabi said...

Hello Everybody

boleh kenal

im kontengaptek

please visit

my blog

Dannifaiz said...

Bos? Aktif lg ke? Buat comeback jum

faisal awiengs said...

Zhafri Ghani

thx zhafri kerana setia follow blog saya!!!


Dannifaiz

sudah tak berapa nak aktif,kalau ada orang ajak saya pergi/lawat/lead tempat,baru saya turun padang...

Dannifaiz said...

Boleh try hubungi saya whatsapp..
01126070215.. Sy dari team paranormal.. Kalau berminat, boleh rojer

Dannifaiz said...

Bos, sy dari team paranormal.. Kalau nk onn balik, jum la.. Join team sy..
Ni no tel sy 01126070215 danial

Unknown said...

Sy pon nak join.. email sy bang.. ntx.cenel@gmail.com