Thursday, January 23, 2014

Kembara bersama "Ghost Protocol" - Selangkah ke Rumah DR.FRENZY Part 2


 
Tempat Gelaran: Rumah Dr.Frenzy
Lokasi: 82 Jalan Lee Woon, Taman Zooview,
 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Tarikh: 08/09/2012 ptg Jumaat
Jam: 3.00AM 
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Koordinat Lokasi: 3.207744,101.763259 (google map)
 
 
baiklah,selepas saja pemantauan yg dibuat oleh aku dan hazim di rumah dr.frenzy pada waktu ptg untuk melihat persekitaran rmah tersebut,aku plan untuk dtg ke rumah tu semula pada waktu mlm plak.
 
Pada asalnya, aku mencadangkan kpd kumpulan "Ghost Protocol" iaitu kumpulan bdk2 bujang kt sek7 shah alam untuk tidak perlu dtg ke rmh tu pda mlm itu kerana "limited access" kt area rmah tersebut,ttpi akan kerana mereka terlalu excited,aku pun terpaksalah bwak mereka ke rmah yg dikatakan keras tersebut.
 
Aku yg mmg standby kt rmah KL aku menunggu ketibaan mereka yg dtg dari s.alam,so basically diorg ni tiba kt kl dlm 2.50pagi dan membawa aku bersama ngan kereta si Remy terus menuju ke rmah tersebut yg terletak di blkg Zoo Negara.

Jam kereta menunjukkan 3pagi semasa perjalanan ke rumah tersebut

ini diantara krew "Ghost Protocol" yg ada dlm kereta yg terpaksa berhimpit ramai2

apa2 pun,kami semua selamat tiba kat tempat yg ditujui tersebut dengan tiada sebarang halangan dari segi polis hinggalah anjing yg kerap kedengaran di kawasan kejiranan situ.

tiba je kt dpan pintu masuk rmah tersebut,kesmua yg ada disitu adalah first timer dtg kerumah tersebut pada waktu mlm termasuklah aku (even ptg tadi aku dah dtg usha tmpat tu)

perasaan yg ada dlm diri aku bila lihat persekitaran rmah tersebut boleh dikatakan agak "suam2 panas" gak sbb dikelilingan hutan tebal dan struktur rmah yg rapuh dan separuh goyah.

Mcm biasa,aku buat briefing skit kt diorg ttg rumah ni,mane yg boleh masuk dan sejarah ringkas rmah tersebut. So mlm tu aku menyerahkan kamera pada AMAN ZIKI kerana aku perlu menjadi vanguard "orang depan" yg kebiasaan aku akan jadi "last man",disebabkan aku sorg je yg tau struktur rmah tersebut.

Mintak maaf jika ada gmbar menjadi blur,kami budak baru belajar main kamera waktu mlm (kata si Aman Ziki).

persekitaran dihadapan rumah dr.frenzy

setelah abis briefing dan bersedia untuk masuk kedlm rmah tersebut,mula2 kami melangkah ke tempat yg dikatakan "garage" rumah tersebut. Kami melihat persekitaran rmah yg dikelilingi ngan pokok2 besar dan kedengaran bunyi2 binatang yg kebiasaannya aktif pada waktu mlm.

Ada kalanya aku dan krew2 lain terdengar bunyi burung yg bunyinye berlainan skit dengan bunyi burung2 yg kebiasaan kita dengar.Tetapi kami buat endah xendah saja. Kami terus mengambil gmbar dari view atas garage itu.


Setelah melihat persekitaran view dari garage rumah ni,aku decide untuk trun bawah (ke tangga),pada mulanya mereka kata tak perlu kerana mereka tidak memakai kasut termasuklah aku.Akan kerana aku ckp kt mereka yg kita xturun kt kawasan tanah,cuma kt dlm bilik atas sekali saja.

So,aku turun dulu untuk tunjuk kt diorg apa yg ada kt bilik atas sekali.Bilik atas sekali ni aku panggil "dapur" or "bilik kecik" kerana ruang yg agak kecil. Mcm biasa,aku akan turun secara berhati2 dengan lantai yg licin kt dlm bilik kecik tersebut.

Aku,Penulis Blog Ini...sedang memantau sekeliling dlm bilik tersebut

setelah berjaya masuk kedalam bilik tersebut,aku menunggu ketibaan mereka plak turun ketangga tersebut dan masuk kedalam bilik tersebut.

aku terus bawak mereka ke bilik yg lebih dlm,yg lebih gelap dan penuh ngan ranting2 kayu...mula la time tu masing2 kt blkg berjalan rapat2...sbb time tu kekurangan torchlight...


selepas puas pusing kt dlm blik kecik tersbut dlm 10minit,aku mengarahkan mereka semua keluar dari bilik tersebut dan naik semula ke garage atas. Alhamdulillah sepanjang kembara kami kedalam rumah ni,tiada apa2 yg pelik berlaku kt kami.

so,ngan tenang masing2 keluar dan menaiki tangga yg dikatakan berpuaka dengan kes penanaman anak doktor tersebut di kawasan tgga batu itu.


gmbar kt atas ni ialah laluan ke bilik yg lebih dlm lagi,tetapi dengan keadaan kayu yg memang tidak mengizinkan sesiapa jua untuk melintasinya.

So,semasa semua krew dah naik ke tingkat garage,aku masih berada didalam bilik kecik tersebut untuk mengambil bbrapa keping gmbar terakhir sebelum meninggalkan bilik tersebut.

masing2 cuba mengawal perasaan gentar

masing2 terpesona melihat permandangan rumah tersebut

apabila aku tiba ditingkat atas,masing2 dah menunjukkan muka penat dan mengantuk,yela,dah 3.30pagi,so aku pun decide untuk beredar dari rumah tersebut,tetapi sebelum tu,aku bwk diorg semua tu berjalan2 kt dpan Highland Tower untuk meninjau keadaan HT pada ketika itu.

Salam sempat membaca beberapa kerat ayat2 al-quran untuk menjauhi segala perkara xelok terhadap diri kami ketika beredar dari situ.

Kemudian,jarak nk ke HT tidaklah memakan masa yg lama dari rumah dr.frenzy itu,cuma dlm 5minit menaiki kereta. Tetapi amat terperanjat sekali buat aku,apabila tiba saja kt depan lorong masuk ke HT tu,tiba2 aku kelihatan byk kereta dan org sedang lepak kt lorong situ.

Aku pun menyuruh remy park kereta berhampiran HT dan menanya pada org yg sedang lepak kat lorong tersebut "apa yg korg buat kt depan lorong HT mlm2 ni?",sbb gaya mereka mcm dah aku dah smpai kat downtown cheras....rmai org sedang lepak kat situ..

disebabkan ramai sgt org lepak kt dpan lorong HT tu,kami tidak jadi untuk masuk kedlm HT itu...so kami membatalkan hajat kami itu dan terus menuju ke rumah aku untuk hantar aku. Sebelum tu,kami pekena makanan kt kedai Sup Meletop kt Bandar Sri Permaisuri dulu sebelum mekera berangkat pulang ke Shah Alam.

gmbar signboard HT yg agak sejuk pagi itu

muka2 kelaparan


oklah,itu saja entry tentang pengalaman pertama kami semua masuk ke dlm rumah dr.frenzy. Setakat ini,kami tidak mengalami sebarang gangguan. 

So,untuk next entry pulak ia berkisahkan perjalanan aku dan amerool bersama awek beliau untuk meninjau tempat yg dikatakan "old time legend" iaitu Mimaland yg terletak di gombak dan juga tempat yg kerap kali dikatakan tempat "pontianak" iaitu Balai Polis Gombak Lama.

Jika nak tau apa yg melanda kami sepanjang perjalanan kami kesana,teruskan membaca blog kami ini pada masa yg akan datang.

Terima kasih atas kesudiaan anda untuk membuka/membaca/melihat entry didalam blog ini. 

Salam "The Origin"
FAISAL AWIENGS
Penulis Blog FatalFrame09
aka
Ketua "The Origin"

No comments: