Monday, October 27, 2014

Kembara Awal Tahun 3 Lokasi - Mimaland,Balai Polis Lama Gombak & Dr.Frenzy bersama Amerool & Eyna Part 2



Tempat Gelaran: Balai Polis Lama Gombak
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 24/01/2013 ptg Jumaat
Jam: 4.15 PM 
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map)

baiklah,sambung balik cerita kami dari Mimaland (preview entry sebelum ini),selepas saja kami keluar dari pintu gerbang Mimaland, amerool dan eyna cakap kt aku yg diorg tau jalan menuju ke Balai Polis Lama Gombak yang terletak agak jauh di pedalaman orang asli dan agak jauh dari pekan yang paling berhampiran disitu.
Jarak diantara Mimaland ke BPLG dalam 7KM dan kira2 dlm 10-15mnit klu hendak menuju ke situ. Kalau naik motor kesini agak bahaya sebab sini kawasan lori2 besar lalu-lalang. Pada mulanya,ingatkan senang sangatlah nk cari BPLG,rupanya2 leh sesat gak. Bukan sebab ape, kerana amerool keliru pintu masuk BPLG dengan semak2 hutan disitu.

 berhenti di depan kuil india berhampiran disini

 kelihatan patung(?) dihadapan pintu kuil

digambar bawah ni menunjukkan salah satu pintu(?) yang pada asalnya kami ingat ianya pintu masuk BPLG,tapi rupa2nya ianya pintu masuk untuk jungle-trekking,sampai aku masuk dlm dengan motor2 skali melihat dlm hutan tu.Kelihatan pokok besar yg mem-blok laluan jungle-trekking disitu.


kemudian,kami patah balik menuju ke arah BENTONG dan dalam beberapa minit,aku terjumpa signboard dan laluan masuk ke BPLG. Signboard tersebut terpampang bertulis Universiti Malaya-Kawasan Penyelidikan Luar dan laluan tersebut dihalang oleh sebatang pokok  yg tumbang dan beberapa papan ditutupi dengan semak-samun pada kiri kanan sepanjang laluan masuk tersebut.

eyna dan amerool melihat BPLG dari jauh...

setiba disitu,kami terlihat ada 1 kereta proton wira parking dihadapan laluan masuk BPLG. Dari situ,aku kelihatan ada kelibat manusia yg sedang lepak dihadapan pintu rumah BPLG. Pada masa itu,kami berpendapat yg orang yg berada disitu adalah penagih dadah atau sekumpulan kongsi gelap sedang lepak disitu. Mula2 aku cadang kt amerool supaya batalkan niat untuk masuk kedalam BPLG kerana atas dasar keselamatan, yelah,kot2 mereka tu bersenjata dan boleh membahayakan kami. tetapi atas dasar "dah jalan jauh,xkan balik tangan kosong",aku bertegas untuk masuk ke dalam BPLG tersebut.

Dengan perlahan2 aku merapati 2 orang yg sedang bersembang disitu, aku dengan berhemah menegur mereka dan menanya siapa mereka dan apakah yg mereka sedang buat. Mereka dengan berhemah juga membalas pertanyaan aku dan menjawab yg mereka adalah penduduk disitu dan sedang menangkap burung di dlm kawasan tersebut.

Lega sedikit dada dan pikiran aku pada masa tu,walaupun agak was2 dengan sorang daripada mereka yg sedang pegang parang. Nak tebas semak-samun kot nnt.Aku meneruskan perjalanan dengan menuju ke arah belakang rumah tersebut melalui bahagian kiri luar BPLG tersebut. Kelihatan BPLG agak dalam keadaan sangat usang dengan warna cat dinding agak kusam,tetapi kawasan sekeliling BPLG agak bersih berbanding dengan jangkaan aku (rujuk pada gambar2 blogger lain yg pernah buat tinjauan disini dengan keadaan sekeliling yg penuh dengan semak-samun)

Balai Polis Lama Gombak yg dikhabarkan...

dua lelaki misteri sedang menjerat burung...

dalam bahagian lubang kt blkg BPLG

baiklah,setelah tengok kawasan sekeliling situ dan rasa selamat akan sebarang ancaman, aku mula masuk kedlam BPLG melalui pintu belakang. Di belakang BPLG ada macam tempat pembuangan sampah(?) dan dipenuhi dengan daun2 kering. Dari situ,terlihat 1 pintu kecil yang menyambungkan jalan kedalam BPLG dan aku terus masuk dengan langkah berhati2.


apabila aku dah melangkah masuk kedalam BPLG,ada sebuah bilik kecil disebelah kanan aku,terus teringat akan rujukan aku di blog kumpulan PAG Paranormal yg mengatakan  terdapat kelibat hitam yg mereka berjaya rakam semasa mereka sedang buat kajian disitu.

disini bilik kecil yg dikatakan "keras"...

aku teruskan perjalanan dengan masuk ke setiap bilik yg ada...apa yg aku lihat terdapat pelbagai corak grafiti(wall spray) di setiap bilik. Takdelah besar mana bilik2 yg ada disitu,gelap,lantai kotor dans seakan mcm tempat orang melepak or hisap dadah. Ada pelbagai corak grafiti disitu,dan ada yg aku xberapa nk faham,tpi kira ok lagi dari Highland Tower yg penuh dengan simbol lucah.

dari sini dah dpt "feel" dari bilik tu...

terdapat longgokan kepingan batu(?) atap di depan pintu BPLG


perangkap burung yg kelihatan di pokok...

amerool yg decide untuk turun dan lihat sekeliling BPLG

aku sempat posing depan kamera


kemudian,amerool berjalan2 didalam BPLG dengan sendiri untuk melihat apa yg ada disitu. Dekat 15minit gak aku dan amerool berada disitu. Kemudian,kami decide untuk keluar dari kawasan tu dan pulang ke rumah. Sebelum keluar dari situ,kami sempat bersembang dengan 2orang lelaki tadi dan bertanyakan tentang sejarah tempat ini.

ni salah satu penanda kami untuk sampai disitu...

sampai disimpang berhampiran pekan gombak tu,kami decide untuk singgah di rumah Dr.Frenzy untuk bawak amerool dan eyna melihat sendiri rumah tersebut. Tetapi awan dah mula mendung menandakan hampir hujan. Dengan pantas kami pecut motor kami untuk cepat sampai di kawasan zoo negara.

Sampai saja kami di hadapan rumah dr.frenzy,kelihatan sekumpulan motor yg ditunggang oleh budak2 sekolah sudah berada dihadapan rumah tersebut. Mereka juga hendak masuk kedalam rumah dr.frenzy tetapi mereka xberganjak langsung dari mtor mereka. Ada yg xberani nk turun dari motor.

So,aku dan amerool terus trun dari motor dan mempelawa mereka join kami skali untuk masuk ke dlm rumah dr.frenzy tu,tetapi mereka seakan2 buat berani dengan cakap yg mereka sudah byk kali masuk situ dan sudah malas nk tengok,padahal aku tengok ada beberapa org dari mereka terkejut apabila terdengar bunyi anjing jiran sebelah menyalak. So aku dan amerool buat xtau je dengan diorg dan terus masuk kedalam rumah tersebut.


tetapi kami tidak lama kat dlm rumah tersebut,apabila awan mula menjadi lebih gelap menandakan beberapa minit lagi akan turun hujan lebat. Kami decide untuk gerak beredar dari situ dan singgah dikedai makan yg berhampiran untuk berteduh dan perut mula lapar. Kami singgah di hadapan kedai di simpang depan Flamingo Hotel.

muka kenyang

lepas makan,aku terus balik rumah untuk check gambar2 yg aku snap dan setakat ini,tiada sebarang tangkapan pelik yg berjaya dalam kamera aku. Tapi pengalaman kami untuk sampai di Mimaland dan Balai Polis Lama Gombak tak dapat dilupakan.

Baiklah,mungkin aku akan berhenti seketika dari sebarang update entry dlm blog ini,tetapi insyaALLAH akan aku update setelah aku sudah habis belajar nanti.

sebarang pertanyaan boleh menerusi FB aku atau dari blog ini. Terima kasih kepada kawan lama aku,Mustaqeem atas pertolongan memberi inspirasi pada aku untuk pergi ke Mimaland dan Balai Polis Lama Gombak.

Sekian,Terima Kasih

Faisal Awiengs
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09

9 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

ahmad mustaqqim said...

salam bro..nnti ade nak pi tmpt2 plik call sakli wa..0167463970..klu free wa trun..

muhammad ibn yusof said...

bole bagi lokasi lebih detail tak? yg signboard UM tu mmg betul2 kt tepi jalan ke? sbb minggu lepas saya x nampak la signboard tu..kalau dari gombak,BPGL tu berada sebelah kanan atau kiri?

Faisal Awiengs said...

salam muhammad,terima kasih atas pertanyaan anda,klu nk diikutkan dari apa yg saya tinjau dlm bulan 2 2015,rasanya signboard UM tu mcm dah xde sbb telah hilang dek di"bersihkan",dan byk pokok2 telah tumbang dan telah menutupi jalan masuk BPGL,klu dari arah gombak,perasankan batu tanda "bentong 24" (rujuk kt entry blog),kat sebelah kiri...BPGL tu kt kiri corner tajam,selepas kuil india dan sebelum tokong cina...

muhammad ibn yusof said...

ouh patut la tak nampak signboard tu..tapi BPGL boleh masuk lagi tak? sbb abg faisal ckp byk pokok tlh tumbang dan menutupi jln masuk BPGL.jln kaki bole kan nak masuk sana?

muhammad ibn yusof said...

sekarang ni BPGL berada sebelum UM research facility ye?

Faisal Awiengs said...

muhammad ibn yusof

xpastila ade lagi ke x signboard UM tu,kot2 ada org dah buang kot...xnk bgi org tau jalan masuk BPGL tu...

mmg boleh masuk lagi even ada kayu balak dah menutupi jalan masuk,cuma kena redah skit la...

BPGL bukan sblum UM RF,perasankan ada kuil india...

PaanDe London said...

Ni sebenarnya bukan BPGL tapi rumah ex staff UM Research sejak 1964...rumah saya pun x jauh dari situ...kat Kg Sungai Rumput lepas sepital orang asli gombak

Faisal Awiengs said...

Paande

sahih ke info awak bgi ni?sbb saya ada dgr cite mcm ni gak dari 2org penduduk area situ (terserempak masa 1st time dtg situ)

diorg pun ckp yg kat situ xde kes apa2 yg pelik pun pernah terjadi kt situ...diorg pun pelik kenapa rmai sgt org luar dtg situ dan ckp situ adalah balai polis gombak lama...

saya still xdpt lgi kisah sebenar psal bangunan kosong kt situ yg di-claim as "BPGL" tu...

Yup, rumah ex-staff UM Research (penduduk area situ yg beritahu)...

thx 4 sharing info