Wednesday, November 2, 2016

Eksplorasi di Mimaland & Balai Polis Lama Gombak Part 2 bersama Hafiz UiTM




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tempat Gelaran:Mimaland & Balai Polis Lama Gombak
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 11/02/2014 ptg Selasa
Jam: 4.15 PM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map) 
Bersama: Hafiz (UiTM)

Baiklah, selepas keluar dari Pintu Masuk Mimaland tu, aku pun suruhlah hafiz terus pandu ke arah bentong @ karak lama ke tempat Balai Polis Lama Gombak yang terletak dalam 10km dari situ.

Sepanjang perjalanan, aku dapati kenderaan masih berkurangan di jalan tersebut, walaupun nampak kelibat sekumpulan orang berhenti tepi jalan memberi makanan pada monyet hutan.

Dah semakin hampir ke lokasi, aku suruh hafiz perlahankan kereta untuk aku senang nak buat perasan signboard depan BPL. Sebab memang agak susah nak perasan pintu masuk BPLG ni sebabkan rumahnya bukan terletak betul2 tepi jalan, tapi dalam 80m jalan kaki kedalam hutan.

Aku menyuruh hafiz berhentikan kereta dia di tepi jalan sebelum selekoh tajam. Aku ambil beberapa gambar di tepi jalan situ...

Papan tanda jalan  di selekoh BPLG telah dijatuhkan...

Hafiz park kereta beliau di tepi jalan jauh sedikit dari pintu masuk BPLG

Penanda Pintu Masuk BPLG...sampai skrg xtahu pe maksud penanda ni..

Ketika hendak menghampiri ke pintu masuk BPLG, aku agak tergamam sebentar akan apa yang telah terjadi di batu penanda di depan pintu masuk, kelihatan seperti kampung musnah diamuk gajah!

Bagi sesiapa yang pernah datang kesini,mesti tahu akan batu dan kayu balak yang diletakkan dihadapan pintu masuk BPLG ini sebelum ini, tetapi kini telah dilanggar oleh sesuatu yang besar (tapi xnampak pun kesan tayar kereta/kren di atas tanah tersebut).

Inilah rupanya didepan pintu masuk BPLG

Habis patah balak yang menutupi pintu masuk BPLG

Keadaan tenang dihadapan BPLG

Pokok yang paling tinggi di belakang BPLG

kesan bakar,mungkin ada orang bermalam disini..

Apa yang aku dapati, sebahagian kawasan di BPLG tidak banyak yang berubah, cuma ada sedikit je..tetapi banyak pula kesan bakar di atas tanah dan pokok di sekeliling BPLG..

Aku bawa hafiz pusing sekeliling BPLG dahulu bagi memastikan tiada sesiapa di dalam area BPLG sebelum bawa kedalam BPLG

Batu & atap batu disusun rapi

kalau waktu malam, kawasan pokok pisang kelihatan meyeramkan

Kesan bakar diatas tanah

Hafiz mengambil gambar pokok

Aku bawa hafiz masuk ke dalam BPLG melalui belakang rumah yang tiada dinding..

Antara lukisan/seni yang dicurahkan di dinding sini

Tak berapa jelas tulisan yang ada di dinding BPLG

Selepas habis berjalan dalam BPLG, buat pertama kali aku sendiri ingin berjalan ke lorong belakang BPLG yang mencurigakan..aku nak tahu apa yang ada di sebalik hutan/semak-samun yang tinggi itu menghala kemana..

Mula2 aku fikir mungkin akan menghala ke perkampungan orang asli..yela,situ dekat dengan muzium orang asli..

So, setiap kawasan di lorong belakang BPLG ini aku cuba teroka untuk mengenal pasti apa yang ada di sekeliling BPLG..aku mulakan di lereng curam sebelum lorong tersebut..sbb disitu kelihatan amat mencurigakan dan aku dapati ada 1 rumah/pondok usang yang dilindungi oleh ranting/pokok..

Akar2 pokok disitu pun boleh tahan tinggi gak...tengok lama2 pun rasa meremang..disitu aku dapati ada 1 binaan batu-bata seperti kubur dibawah 1 akar pokok..tapi aku tak pasti adakah ianya benar2 kubur atau 1 tembok..

disitu juga terdapat 1 binaan seperti kerusi kayu yang dibentuk L berhampiran dengan binaan kayu tersebut..

disebabkan musykil dan tak tahu akan sebab apa kewujudan rumah/pondok,binaan batu-bata seperti kubur dan binaan kerusi kayu disitu, aku dan hafiz meninggalkan kawasan lereng bukit tersebut dan meneruskan eksplorasi kami berdua ke dalam semak/hutan tersebut.

laluan ke hutan belakang BPLG

akar pokok yang besar

binaan batu-bata seakan kubur di bawah akar pokok




binaan kerusi katu berbentuk L

Selepas melintasi batang pokok yang menghalang jalan masuk ke hutan belakang BPLG, kami menemui jalan semak yang dibuat rapi. Kami berjalan memasuki semak jalan tersebut kira2 dalam 1 minit dan akhirnya menemui penghujung jalan tersebut.

Tidak terperanjat apabila sampai disitu je, bukanlah seperti yang aku jangkakan pada mulanya. Ingatkan kami akan jumpa perkampungan atau rumah penduduk orang asli..

Rupanya cuma tanah lapang yang agak bersih, cuma kelihatan ada beberapa kesan tayar motosikal ada disitu. Mungkin ini tempat untuk berkelah atau rekreasi bagi pengunjung untuk membuat aktiviti hutan.

kami meninggalkan BPLG buat sementara waktu

tanah lapang je..

ada kesan tayar motosikal dan kesan bakar ditanah

Setelah melihat sekeliling kawasan tersebut, aku dan hafiz berpuas hati akan penemuan kawasan belakang ini dan kami memutuskan untuk patah balik ke BPLG bagi hafiz yang sudah gatal digigit nyamuk liar disitu.

Sebelum kami keluar dari BPLG, aku dan hafiz sekali lagi jengok ke kawasan batu-bata yang kami musykilkan dari awal tadi untuk memastikan apakah gerangan tempat tersebut.

Sekali kami naik ke lereng bukit tersebut dan aku pun berdebar2 untuk melihat apa kat dalam binaan batu-bata tersebut, rupa2nya bukan kubur. Cuma ada tanah diluputi daun2 kering je. Mungkin juga kubur lama yang tidak bernisan. Itu semua cuma andaian aku saja.

Disebabkan kesian lihat hafiz sudah kemerah2an digigit nyamuk, aku dan hafiz perlahan2 melangkah keluar dari kawasan BPLG tersebut dan terus menuju ke kedai makan berhampiran dengan rumah hafiz. Lupa dah nama kedai tersebut, tapi kedai tomyam kat gombak.

Aku bersembang sebentar dengan hafiz berkaitan status internship aku dan gosip terkini di UITM.

Hampir menjelang maghrib, aku dan hafiz bergerak ke destinasi masing2 selepas itu, hafiz pulang kerumah dan aku pula menjenguk kawan aka NAKAMA iaitu amier ariff yang rumahnya terletak di sentul.

Beliau telah patah kaki akibat dilanggar tayar lori tetapi nasib baik tak parah sangat.  Kini amier ariff telah sembuh seperti biasa.

Hafiz yang segera beredar keluar dari situ

Sekali bukan kubur, cuma ada daun kering je...

kelihatan seperti kubur lama tidak bernisan...

Menuju ke kedai tomyam

Melawat Nakama, Amier Ariff

Selepas melawat amier, aku pun bergegas pulang ke rumah. Cepat2 aku transfer gambar dari DSLR ke dalam laptop aku untuk save & check balik apa yang aku amik petang tadi.

Setakat ini, tiada apa yang pelik aku jumpa dalam gambar2 sepanjang eksplorasi di Mimaland dan BPLG. 

Cuma agak musykil akan rumah pondok yang ada di BPLG, 
Adakah ianya masih berpenghuni? 
Macam mana pula dengan batu dan kayu balak dihadapan pintu masuk BPLG? 
Apa sebab ia boleh jadi begitu?

Untuk memastikan apa yang terjadi disitu, untuk pengembaraan seterusnya pula, aku dan amerool sekali lagi menjenguk BLPG, cuma kali ini kami melawat tempat tersebut pada waktu MAGHRIB!

Untuk tahu apa yang kami cuba kupas pada lawatan tersebut, teruskan membaca blog ini ya..

Salam Paranormal

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Ketua "The Origin" FatalFrame09

4 comments:

Wan Sandakan™ said...

Salam bro..mcm mana saya nak contact bro ye..no wasap saya 0192404707

Unknown said...

Korg x leh masuk kawasan dlm Mimaland ke?

faisal awiengs said...

Salam Wan Sunan/Sandakan...nnt saya akan contact saudara dlm waktu terdekat...

faisal awiengs said...

salam faris jaafar...

1st of all,thx coz sudi membaca blog aktiviti group kami yang xseberapa ni..

2nd,berkenaan Mimaland,bukan xboleh masuk dlm kawasan Mimaland tu...

masa saya & hafiz masuk ke lorong semak menuju ke dalam hutan, kami nampak ada beberapa spot yang berkemungkinan boleh masuk kedalam...

sedia maklum yang mimaland skrg ditutupi dengan penghadang zink biru...so ketika kami didalam lorong semak tersebut,kami nmpak ada pokok tumbang dan menghimpap penghadang zink tersebut...tapi still xleh nak melepasi penghadang tersebut kerana keadaan pokok tu yang banyak ranting keras yg menyukarkan kami..

lagipun hafiz ketika itu pertama kali menyertai aktiviti mencari seperti ini,dan kami tidak tahu akan apa yang ada didalam mimaland ketika itu,dengan jumlah "manpower" yang tidak mencukupi (hanya ada aku dan hafiz saja)...

so kami khuatir untuk masuk kedalam..jika lebih dari 3orang,baru saya akan masuk kedalam mimaland...semuanya sebab faktor Keselamatan...

oh lagi 1,kali terakhir kami lalu depan pintu masuk mimaland,mimaland sudah dijaga oleh security...so rasanya mimaland sudah tidak boleh masuk kedalam tanpa sebarang urusan rasmi...