Friday, March 10, 2017

Eksplorasi Balai Polis Lama Gombak Dengan Kolaborasi bersama Paranormal Squad Rawang


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Antara Ahli "Paranormal Squad"

 Tempat Gelaran:Balai Polis Lama Gombak
Lokasi: Menghala ke Pahang melalui Jalan Gombak/Karak Lama
Tarikh: 25/10/2015 Malam Ahad
Jam: 01.45 AM
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Kordinat Lokasi: 3°19'26.0"N 101°45'01.4"E (google map)
Bersama: Paranomral Squad (18 Ahli)

Assalamualaikum pada para pembaca dan peminat aktiviti paranormal, sekali lagi admin meminta maaf atas kelewatan untuk meng-update entry terbaru pada awal bulan lalu, tetapi kali ini, admin cuba menghabiskan sisa2 aktiviti "The Origin" yang berbaki lagi 1, tapi kita biarkan cerita itu pada entry terakhir pada bulan 3 nnt.

Pada kali ini, admin, Faisal Awiengs, telah dihubungi oleh Faz, salah sorang ahli "Paranormal Squad" yang bertapak di Rawang dan diketuai oleh Zahrul, 20an, dan dianggotai seramai 18 orang (ramai tu...)

Faz telah menghubungi admin melalui insta & fb admin dan mengajak admin untuk menjadi "tour guide" pada trip mereka ke BPLG (lagi sekali...berapa banyak dah asyik pergi sini). Dan admin setuju dengan syarat admin tak nak pergi BPLG dengan menaiki motor admin (motor admin xberapa sedap lagi2 main jalan sempit/lereng bukit).

Setelah rancang hampir 2 minggu, tiba jua hari ditunggu, admin & paranormal squad bertemu di stesen minyak petronas Danau Kota & admin buat sedikit briefing pada mereka yang baru pertama kali mengunjungi tempat BPLG ini. Admin park motor kat situ dan menaiki salah satu kereta yang ada dipunyai oleh Aiman (seorang pengamal ilmu perubatan islam).

5 buah motor dan 2 buah kereta menuju ke BPLG secara berkonvoi. Dengan mengetahui jam sudah menunjukkan pukul 2.10pagi, kami bawa kenderaan dengan perlahan untuk menghormati dan taknak menarik perhatian penduduk disitu. Jalan yang sungguh berkabus menyukarkan perjalanan kami dan membuatkan kami lebih berhati2 dan perlahankan kenderaan kami.

Tepat pada pukul 2.30pagi, kami tiba di selekoh hadapan BPLG dan mem-park motor dan kereta di tepi bahu jalan. Masing2 terasa teruja, keluarkan lampu suluh, ada yang dari lampu picit dan ada dari handphone.

Sebelum masuk, admin dan zahrul membahagikan kumpulan kepada 2 kumpulan besar dan kumpulan admin terdiri seramai 9 orang termasuk admin dan kumpulan zarul seramai 10 orang. Dengan keadaan yang agak padat (pertama kali masuk BPLG seramai gini), admin membenarkan kumpulan zahrul masuk terlebih dahulu.

Dah macam rombongan orang kahwin gini ramainya...

Menuju ke dalam BPLG

Team Zahrul dihadapan

Sampai saja di depan BPLG, admin mengarah team zahrul untuk pergi ke kawasan kiri BPLG (lorong masuk ke dalam semak belakang BPLG) dan team admin masuk ke dalam BPLG dahulu dan zahrul setuju untuk menerokai kawasan hutan belakang BPLG dahulu.

Setelah membahagikan lampu suluh secara sama banyak dalam setiap kumpulan, team zahrul  perlahan2 bergerak masuk ke area belakang kiri BPLG, meninggalkan team admin dihadapan BPLG dengan tidak tahu nak buat apa.

Dalam team admin, admin pilih daniel sebagai orang kanan admin untuk tolong admin semasa dalam melakukan eksplorasi ini.  Daniel sebagai orang yang menjaga admin iaitu menyuluh lampu dihadapan admin semasa admin sibuk mengambil gambar dan mengingatkan nama2 ahli PS yang ramai ini.

Faz, orang yang bertanggungjawab menjayakan eksplorasi kali ini...

Team admin masuk kedalam BPLG buat pertama kali..

Baiklah, setelah semua siap sedia, team admin masuk kedalam BPLG buat pertama kali (admin sudah 5 kali). Rata2 ahli paranormal squad ni tidak menunjukkan reaksi takut dari wajah muka diorang, cuma perasan mereka jalan rapat2.

Ada yang sibuk melihat lukisan di dinding BPLG, ada yang sibuk buat rakaman video sendiri, ada yang sibuk nak cuba duduk dalam gelap sorang2, dan ada plak yang sibuk sembang kat dlm BPLG. Admin pada mulanya tak masuk dalam BPLG, membiarkan mereka berjalan dan melihat sendiri apa yang ada kat dlm tu dulu, kemudian barulah admin masuk.

Setelah menerangkan apa yang ada dalam setiap bilik,admin membawa mereka ke bilik belakang dan ruang yang tidak berbumbung. Dan disitu admin menerangkan area situ berkemungkinan tempat yang agak kuat aktiviti paranormal berdasarkan aktiviti Kumpulan PAG yang mengesan kehadiran pontianak dan berjaya menangkap/merakam gambar "lembaga hitam" dalam bilik kecil di hadapan bilik belakang.

ada yang sibuk merakam video sendiri

Team Zahrul melangkah masuk ke lorong hutan...

Gelagat ahli "Paranormal Squad"

Pokok pisang yang dikatakan "berhantu"...

Kabus tebal menutupi permandangan hutan...

Antara team zahrul yang terakhir masuk ke lorong hutan...

Permandangan pintu bilik belakang

Asyik dengan merakam video...

Pertama kali melihat bilik belakang...

Team admin lepak kat ruang tidak berbumbung tersebut dalam 5minit sambil dapat melihat team zahrul yang berjalan ke belakang lorong hutan tersebut. Setelah masing2 merasai keadaan didalam BPLG, admin bawa mereka keluar mengikuti pintu belakang.

Admin nak cuba "testing" ahli2 PS ni, yelah, kalau korang semua serius nak buat aktiviti ni, mestilah kena sekali-sekala testing diri tu, betul tak?

So, admin pun mengajaklah team admin seramai 8 orang tu lepak kat belakang BPLG tanpa membuka lampu suluh. Admin menyuruh mereka bersandar di dinding dan melihat hutan di belakang BPLG dan tenung lama2 kat hutan tu lama2 dan sambil bersembang mengenai pengalaman seram masing2.

Hampir 10minit kami buat sesi "testing" tu dan admin perasan yang team zahrul sudah nak keluar dari kawasan belakang. Dan admin menyuruh team admin berjalan ke tepi kanan BPLG bersebelahan pokok pisang yang pelik tersebut.

Selepas saja melintasi kawasan pokok pisang tersebut, kabus di kawasan lapang tersebut terus lagi menebal. Admin ada cerita tentang kubur misteri yang dirakan dalam filem "PUAKA BALAI POLIS" yang sampai kini admin tidak jumpa.

Dan disitu, admin menunjukkan lorong sempit menuju ke dalam hutan tetapi kabus tebal memang menutupi lorong tersebut walaupun sudah disuluh lampu. Admin menanya ahli PS samada berani ke tidak nak masuk ke lorong tersebut, dan mereka menjawab tidak dengan tidak mahu mengambil risiko.

Kemudian admin membawa team admin berehat sebentar di hadapan BPLG dan menyedari kumpulan zahrul sudah berada dihadapan BPLG, siap sedia nak masuk ke dalam BPLG.

Admin menyuruh faz menjaga kawan2 beliau sementara admin nak bawa team zahrul masuk kedalam BPLG untuk menerangkan sedikit apa yang ada didalam BPLG.

Team Zahrul berjalan keluar dari lorong belakang

Lukisan "Akak cantik" di bilik belakang

Landmark team lain

Lukisan "akak rambut panjang" dan "kubur"

kabus tebal

semasa admin dan team zahrul di belakang BPLG, salah sorang team admin masuk kedalam dan memanggil admin yang ada team lain berada diluar BPLG dan nak masuk kedalam.

Admin membawa team zahrul dan berkumpul semula dengan team admin dan membuat kiraan untuk memeriksa jumlah ahli kumpulan jika ada kekurangan atau lebih. Dalam semasa dalam proses mengira itu, admin perasan ada salah sorang dari ahli team admin telah hampir rebah tidak tahu punca sebab apa, telah didudukkan atas batu berhadapan BPLG. 

Keadaan mula menjadi huru-hara sebentar, dengan ada kumpulan baru sedang menunggu di depan, dengan salah sorang ahli hampir lemah semangat, admin menyuruh aiman untuk pulihkan kawan mereka tersebut sambil perlahan2 beransur keluar dari BPLG dan menghampiri kenderaan team kumpulan masing2.

Setelah keluar dari BPLG, admin terus memberi salam kepada kumpulan yang baru tiba itu. Admin gelarkan nama kumpulan mereka sebagai "Unknown". Kami pun bertanya tentang tujuan mereka datang kesitu. Mereka memperkenalkan diri mereka dengan tidak mempunyai nama kumpulan (so mereka ni macam tidaklah serius dalam aktiviti paranormal ni), mereka ni datang dari pelbagai tempat, ada yang duduk keramat, cheras, luar kl pun ada.

Mereka menerangkan yang mereka sudah smpai di BPLG semalam, cuma semalam hanya "lalu dan tengok" saja. Dan harini, mereka nak "repeat" balik dan nak "menghabiskan segala urusan" yang xsempat abiskan semalam. Admin xberapa nak tangkap apa yang dikatakan oleh salah sorang dari ahli mereka tersebut.

Mereka juga menanya sama ada kami akan terus beredar dari tempat tersebut atau stay sebentar. Memandangkan ada sorang ahli PS yang macam hampir kena rasuk/lemah semangat, better untuk pulihkan dia disitu juga dan baru boleh beredar. Apabila kami beri jawapan macam tu, mereka kata ada salah sorang ahli kumpulan diorang xnak masuk dalam BPLG tanpa beri sebab.

So kami cakap kami xbertanggungjawab kalau ada berlaku apa2 kat kawan mereka tersebut. So dalam pada masa yang sama, aiman membawa kawan mereka yang lemah semangat tersebut ke dalam kereta aiman untuk dipulihkan. Dalam semasa admin sedang bercakap dengan team lain, faz ada berbisik ke telinga admin "bang, zahrul pulak yang nak rebah ni!", terkejut admin sebentar, sebab admin ingatkan si zahrul tu kuat dari segi dalaman, rupanya faz ada cakap yang dia pun lemah semangat! Adoi!

Admin menyuruh kawan2 mereka memapah zahrul dan bawa beliau ke aiman untuk dipulihkan juga pada masa tersebut. Kumpulan baru sampai tersebut terus meneruskan agenda mereka sendiri dengan meninggalkan salah sorang kawan mereka bersama kami dan terus masuk ke dalam BPLG.

Pada masa tersebut, admin tidak syak apa2 yang pelik pada kumpulan tesebut. Admin bersembanglah dengan ahli kumpulan baru yang ditinggalkan tersebut dengan menanyakan beberapa soalan.Dalam pada masa yang sama, aiman dan beberapa kawan mereka cuba memulihkan zahrul dan kawan mereka dalam kereta.

Team PS berkumpul dan keluar dari BPLG

antara ahli kumpulan "Unknown" baru tiba tersebut, lelaki ni berkelakuan mencurigakan...

Geng "Unknown" baru tiba

Ketika kami sedang bersembang di tepi jalan tersebut, admin meminta kesemua ahli PS untuk mematikan lampu suluh dan stay dalam gelap untuk mengelakkan orang melihat aktiviti kami disitu. 

Dalam sembang2 tersebut, faz menghampiri admin dan berbisik "bang, kami nak cuba masuk sekali lagi kedalam BPLG, boleh? sebab kami rasa tak puas la, kejap sangat tadi, boleh tak?" tanya faz sambil berbisik pada admin. Admin memikir sebentar. Admin benarkan dengan syarat masuk kedalam BPLG dengan membawa lagi kawan2 yang lain dengan jumlah yang masuk, biarlah dengan nombor genap.

Admin tak berapa ingat siapa yang faz bawa masuk kedalam untuk kali kedua, dan terus mereka masuk dalam BPLG dengan berhati2. Admin pun terus bersembang kat luar sambil memeriksa keadaan zahrul dan kawan mereka yang lemah semangat tersebut. Sorang kawan yang lemah semangat tersebut dah pulih cuma aiman meminta salah sorang kawan mereka memicit kepala kawan tersebut sambil aiman cuba pula memulihkan zahrul yang lemah dalam kereta. 

Hampir dalam 10minit selepas itu, admin nmpak kelibat faz dan rakan2 keluar dengan langkah pantas keluar dan menuju ke arah admin, faz berbisik "bang, saya rasa mereka tu ada main puja2 la...siap berasap bagai, duduk dalam bulatan dalam BPLG tu...".

Terkejut sebentar admin berdiri di tepi jalan sambil memandang muka kawan mereka di luar tersebut. Admin menanya pada kawan mereka apa yang mereka buat sebenarnya kat dalam BPLG tersebut. Barulah kawan mereka tersebut menceritakan hal sebenarnya pada kami semua apa tujuan mereka datang kat BPLG pada malam/pagi tersebut.

mereput di tepi jalan sebentar...

Ahli Kumpulan "Unknown" bersedia untuk masuk ke BPLG semula

Mereka berdua kelihatan seperti "ketua" kumpulan tersebut...

Mamat cengkung ni la yang xnak masuk ke dalam BPLG dan menceritakan segala aktiviti "pelik" mereka dalam BPLG...

Diringkaskan cerita, kumpulan "Unknown" ni datang untuk ulangi semula aktiviti yang pernah mereka lakukan pada sehari sebelum ni, bertujuan untuk "menebus" segala apa yang tidak kesudahan pada sehari sebelum itu.

Akibat marah akan perbuatan tidak berakhlak dari kumpulan ini, admin pada mulanya nak marah pada ahli kumpulan mereka yang tinggal kat luar tersebut, tetapi dek keadaan masih dalam berserabut, admin tenangkan diri dan berbisik pada Faz untuk menyuruh kawan2 mereka bersiap sedia untuk beredar dari kawasan itu selepas aiman pulihkan kawan mereka dalam kereta tersebut.

Tak lama kemudian, kebetulan kami mahu bertolak beredar dari situ, sebahagian ahli kumpulan "Unknown" keluar dari BPLG dan berkumpul semula di tepi jalan. Admin cuba tidak mengendahkan perbuatan mereka dan bersiap sedia untuk beredar, tetapi admin terdengar salah sorang dari mereka berkata "kau masuk dalam semula, pergi teman "sekian" kat dalam tu..."benda" tak habis lagi...".

Jam menunjukkan sudah hampir pukul 4pagi, Admin dan Paranormal Squad bersiap sedia untuk beredar dan berjabat tangan dengan "Unknown" dan terus menuju ke Uptown Danau Kota untuk lepak dan rehat sebentar sebelum pulang ke rumah.

Aiman & the geng bersedia untuk beredar dari BPLG

Setiba di Petronas Uptown Danau Kota Setapak

Aiman & Daniel

Sampai saja di Petronas, ada yang terpaksa beredar untuk pulang awal, yang tinggal semua ke kedai mamak untuk rehat dan isi perut kepenatan selepas aktiviti tadi.

Lama juga kami lepak, bersembang, bertukar cerita pasal pengalaman masing tentang paranormal ni...mahu jugak lepas azan subuh kami baru bersurai dan pulang ke tempat masing-masing.

Cuma 1 saja nasihat admin kepada mereka yang baru nak mencuba untuk melakukan aktiviti Paranormal ini, janganlah sesekali mencuba atau melakukan sesuatu yang mengekutukan ALLAH dan melakukan perbuatan syirik.

Sempat kami bergambar sebagai kenangan melakukan aktiviti bersama.

Paranormal Squad Rawang

Bersama Admin/Leader "The Origin" Fatalframe09, Faisal Awiengs

2 orang yang bertungkus-lumus menjayakan aktiviti "crossover" antara
"The Origin" & Paranormal Squad, Faz & Zahrul.

Cuma 1 saja nasihat admin kepada mereka yang baru nak mencuba untuk melakukan aktiviti Paranormal ini, janganlah sesekali mencuba atau melakukan sesuatu yang mengekutukan ALLAH dan melakukan perbuatan syirik.

Selepas aktiviti bersama Paranormal Squad, admin mengambil masa rehat sebentar dari dunia paranormal dekat 5 bulan sebelum melakukan aktiviti pencarian Paranormal buat kali terakhir bersama junior/alumni SMKSP KL di tempat yang sama buat kali terakhir, BPLG.

Salam Paranormal

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Faisal "Awiengs" Mahamud
Admin/Leader "The Origin" Fatalframe09


No comments: