Monday, April 2, 2018

A Night With The Nightcrawlers - X-Plorasi Ke Banglo Pemujaan AKMI Part 2



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Baiklah, admin nak terus sambung cerita saja part 2 untuk Banglo Pemujaan AKMI ni.

Selepas saja berjalan menaiki tangga ke tingkat 1 balik, terus kami berempat ke kiri rumah tersebut dan memasuki lorong yang kami tunda sementara tadi, menuju ke lorong dan ruang tamu misteri, iaitu Ruang Pemujaan.

Sebelum memasuki lorong tersebut, akan ada 1 bilik di belah kanan tersebut,seakan macam ruang bilik kecil, dan akan terus menemui tangga Mona yang terletak di bawah dan boleh menebusi ke tingkat bawah/dapur kabinet.

Agak gementar bercampur teruja apabila ternampak lukisan Pentagram ataupun 5 bintang berbucu dalam bulatan seperti dalam pemujaan jelas kelihatan di tengah2 ruang bilik tersebut meskipun warna cat merah pentagram tersebut pudar dek dalam gelap.

Tidak kurang juga lukisan dan tulisan grafiti penuh dihiasi dalam bilik tersebut.


Ruang Tangga Molly dari atas

Kelihatan ada potret lukisan muka manusia di atas kertas yang terlekat di dinding tangga Molly tersebut. Dari situ, admin syak yang berkemungkinan rumah tersebut adalah taska kanak-kanak.

Cuma hairan, kenapa rumah tersebut dibiarkan sebegitu sahaja?

Lukisan Keluang Man(?) banyak dilukiskan di dinding banglo

Apa maksud tulisan di dinding tersebut?

Semua berbulat di luar bulatan pentagram

Pintu masuk bilik ni

Terdapat keratan akhbar masih melekat di dinding banglo

Banyak lambang salib terbalik

Admin tidaklah cuba menyatakan 100% yang rumah banglo ini pernah atau masih dijadikan tempat permujaan. Cuma admin saja gelarkan rumah banglo ini sedemikian untuk mudah bagi pembaca tahu lebih senang tentang rujukan rumah banglo ini.

Admin cuma tulis nama rumah banglo ini Banglo Pemujaan AKMI adalah kerana lebih senang dan ia bercirikan keunikan/keseraman rumah banglo tersebut, iaitu ada pentagram.
Pentagram lebih jelas

Ke ruang tengah tingkat 1 semula

Baiklah, selepas menghabiskan masa dalam bilik pemujaan tersebut hampir dalam 10minit, kami keluar dan bersedia untuk naik ke tingkat 2 pula.

Sebelum nak naik ke tingkat 2, kami berjalan dahulu ke ruang tamu kiri rumah tersebut yang belum lagi kami terokai. Ruang tamu kiri tersebut menyambungkan sisi rumah tersebut dengan tangga yang menujui ke ruang taman di sebelah rumah tersebut.

Gambaran Ruang Masuk Rumah tersebut

"YOU CAN'T MAKE ME"

Baik, disini ada sedikit trick dalam gambar diatas ni. Kalau dibaca dengan begitu saja, memang akan seperti "YOU CAN'T MAKE ME", tetapi ianya bukanlah perkataan yang asal yang memang ada di atas lantai tersebut.

Ianya adalah bertulis "AKMI". Apakah maksud "AKMI" yang dituliskan di hadapan gerbang pintu masuk banglo tersebut?

Kenapa ia ditulis sebegitu dan kenapa diatas lantai?

Baiklah, nanti admin akan lampirkan cerita yang berkemungkinan benar tentang origin rumah tersebut di penghujung entry ni di bawah.

"CALL ME GOD"

Sampai sahaja di ruang tamu kiri tersebut, admin berjalan seorang diri dahulu ke situ untuk memastikan kawasan tersebut selamat. Kerana atas nasihat(?) Zahid yang risau atas keselamatan kami dan keutuhan siling rumah tersebut.

 Memang jelas nampak siling banglo tersebut dalam keadaan mencurigakan

Admin jalan kedepan dahulu, tak lama kemudian disusuli Ilan, Naqeem & Zahid masuk ke ruang tamu tersebut. Lapang.

Ada beranda tingkat, boleh nampak permandangan luar dan taman di luar rumah tersebut.

Boleh nampak sekali kereta tinggal di bawah sahaja.

Kemudian, admin nak jalan melalui tangga ke taman, tetapi dilarang keras oleh zahid atas keselamtan.

Disitu, zahid dah mengadu tidak tahan nak buang air kecil. Pada mula, admin tidak mengendahkan karenah zahid. Tahanlah kejap, tadi kat luar tak nak cakap berhenti buang. Aduh.

Tetapi difikirkan untuk tidak menghalang kelancaran ekplorasi dalam banglo tersebut, admin membenarkan zahid keluar dahulu ditemani Ilan untuk singgah di SHELL tidak jauh dari situ. Tetapi zahid beri alasan mata dah mengantuk,penat nak bawak kereta. Pulak!

Malas admin nak layan karenah zahid, admin cuma buat tak endah ja.

Admin cepat2 suruh Ilan dan Naqeem berjalan semula ke depan tangga tengah untuk bersedia ke tingkat 2.

Tangga menuju ke taman

Permandangan dari beranda tingkap

Sampai disini saja sebelum dipanggil zahid

Apabila kami berdiri dihadapan tangga tengah, kami perasan sedikit ganjil, akan ada beberapa objek ditinggalkan disitu dalam keadaan ganjil.

Ada tali merah terurai dibiarkan di tangga. Baru admin teringat, akan gambar rujukan dari GENG WUJUD (tengok part 1), ada gambar tali merah digantung depan tangga.

Mungkin ianya telah ditanggalkan oleh orang sebelum kami untuk mereka menaiki ke tingkat atas juga.

Dan ada juga tulisan yang ditulis diatas lantai tersebut.


Tangga tengah

Tali Merah telah diuraikan/dilonggarkan

Ada bekas lilin dibakar di tiang tangga

Untuk tidak buang masa, terus admin ke tingkat atas 2.

Sebelum itu, ada kerusi lama separuh bakar/hancur diletakkan menghalang laluan tangga ke bahagian kiri.

Kami menaiki tangga melalui belah kanan. Terdapat 2 corak grafiti lawa dilukiskan pada dinding tangga. 1 di kiri dan 1 di kanan.

Kerusi menghalang laluan

Grafiti di kiri tangga

Grafiti di kanan tangga

Sampai saja di ruang tengah tingkat 2, ada 1 lukisan grafiti di dinding dan siap berlangsir warna kuning yang tidak diturunkan pada tingkat/beranda situ.

Setiap tingkat ada lif. Juga terdapat tulisan di atas lantai, ayat yang sama berulang di tingkat bawah. 

Ah. Di tingkat atas ni banyak perabot ditinggalkan dan ada sebahagian itu masih dalam keadaan baik.

Perabot almari

Kami berjalan ke bahagian kanan dahulu untuk melihat apa yang ada. Kami masuk ke setiap bilik. Tiada apa yang mencurigakan. Banyak sampah dan banyak lukisan muka Keluang Man(?).

Ada perasan pelik tak dalam gambar ni???

Ni namanya SENI...

HI

Kami ke ruang tengah semula untuk check apa yang patut.

Kami masuk ke ruang bilik kiri pula yang berdekatan dengan lif dan tangga yang menghubungi ke tingkat 3.

Macam biasa, tiada apa yang mencurigakan dan pelik di antara bilik2 disitu.

Ketika kami bersedia untuk ke tingkat 3, bateri kamera DSLR yang dipegang oleh Naqeem habis dan admin tidak bawak bateri simpanan pula malam tu. Maka tiada video rakaman yang dapat dibuat sepanjang ke tingkat 3.

Anda masih boleh melihat keadaan di tingkat 3 melalui gambar yang diambil oleh admin.

Ko nak mengintai sapa tu zahid?

Keadaan lantai membuatkan zahid lebih risau

Boleh nampak rumah jiran sebelah

Ilan : "Kenapa zahid,mundar-mandir ni?"
Zahid : "Aku dah tak tahan nak membuang dah ni...!"
Naqeem :  "Yeke? macam dah bau je..."

Selepas memeriksa setiap bilik disitu, dengan segera admin menyuruh Naqeem cuba mengambil gambar pula dari kamera Admin sementara admin cuba menukar bateri kamera.

Selepas Naqeem memberanikan diri menaiki dahulu tangga ke tingkat 3, Naqeem beri isyarat ok tanda selamat untuk teroka ke tingkat 3.

Cubaan Naqeem mengambil gambar seorang diri ke tingkat 3

Maze of Furnish

Beranda tingkat 3

Keadaan dalam bilik yang bersepah

Ilan : "Nanti aku nak buat bilik air rumah aku macam ni jugak lah"

Diari/Buku Kecil

Ruang aircond di bawah atap

Bilik terakhir untuk diterokai di tingkat 3

Baiklah, selepas zahid cakap kaki dia pulak tiba2 kebas, admin segerakan penerokaan di tingkat 3 tersebut dan cepat2 turun tangga untuk keluar ke rumah banglo tersebut.

Posing dulu sekali

Sebelum keluar rumah, admin nak periksa sekali lagi di depan tangga menuju ke taman rumah tersebut.

Dan sebelum kami nak keluar di depan pintu rumah tersebut, admin suruh mereka bertiga ambil gambar di atas tangga tengah buat kenang2an.

Ala Sopannya...

NEW "THE ORIGIN" 

Boleh nampak muka zahid dah tahan nak buang air dan kaki kebasnya.

Lantas terus dia pecut keluar menuju ke kereta beliau yang baru dibelinya.

Hidup Bujang

Naqeem Si Sempoi

Baiklah, pada awalnya,kami rancang nak jalan2 dalam banglo ni dalam 30minit saja, sedar tak sedar, kami keluar dari rumah tersebut jam 2 pagi! 1jam jugaklah kami kat dalam tu.

Bayangkan betapa besarnya rumah tersebut, mempunyai 4 tingkat.

Admin bawak kereta zahid beredar dari kawasan itu dengan cepat disebabkan zahid sudah tidak tahan nak membuang air kecil.

Macam biasa, kami akan lepak dahulu kat mana2 kedai makan untuk tidak terus pulang ke rumah.

Rata2 mereka bertiga menunjukkan perlakuan yang ok, terutamanya Naqeem yang baru pertama kali mencuba aktiviti sebegini.

Selepas selesai aktiviti ni, kami terus pulang ke rumah. Tiada apa yang buruk berlaku kepada kami.

Tidak lama kemudian, zahid perkenalkan admin dengan kawan2 zahid merangkap kawan sekolah menengah zahid, iaitu Syarafi dan Shah yang bakal menggantikan Zahid dan Ilan.

Baiklah, seperti admin nyatakan di atas entry tadi, admin ingin ceritakan sedikit cerita ORIGIN yang berkemungkinan benar atau palsu atas kesahhan/ketulenan cerita tersebut. Silalah klik sendiri dan baca entry kat page tersebut.

ORIGIN Kisah Rumah Banglo Pemujaan

Selepas berkenalan dengan kawan2 baru tersebut, admin mengajak mereka untuk meninjau sebelah banglo pemujaan tersebut yang juga kosong ditinggalkan dan besar juga rumah tersebut.

Dan kami sempat juga melawat Amber Court yang amat diketahui akan kisah seram apartment tersebut yang terletak di Genting Highland.

Nantikan entry tersebut tidak lama lagi.
Salam Paranormal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Faisal "Awiengs" Mahamud

Admin/Leader "The Origin" FatalFrame09
 




No comments: