Monday, April 22, 2013

Sepetang Di Highland Tower



LOKASI : HIGHLAND TOWER, Taman Sri Ukay, 68000 Ampang, Selangor
TARIKH : 2/6/2011 (PETANG KHAMIS)
JAM : 4:30 PM
KAMERA : CANON DSLR D1000
BERSAMA : AMEROOL (KL)

Setelah hampir 2bulan setengah "bercuti"  dari aktiviti "lapang" ini, aku yg baru berhenti keje pada ketika itu, mengajak amerool, rakan baik aku yg slalu teman aku pergi ke tempat2 seram di sekitar KL ni. Kali ni, aku dan amerool nak mengeledah Highland Tower, tapi bukan waktu malam, kami pergi pada waktu petang. Bukannya apa, kami pun nak tengok juga macam mana keadaan HT pada waktu petang, terang skit dapat lihat sekeliling perumahan HT tu.

So, macam biasa,apabila kami dah prepare di rumah kami yg terletak dalam 15minit menaiki motor ke HT ni, kami berhati2 melihat kawasan sekeliling,mana tahu tiba2 ada kereta polis datang dan nak tahan kami, atau nyalakan bunyi anjing di sebelah rumah pintu masuk HT ni, sungguh annoying.

Kami mengambil langkah berjaga2 sebelum nak masuk ke dalam HT ni,bukan apa, risau kot2 ada "ORANG" kat dalam tu. Nasib baiklah ketika itu KL xhujan 2hari,so tanah kat bawah HT tu xdela lembab sgt...so senang nak berjalan2 kat bawah tu...

Aku dan amerool memasuki blok A (rasanya) yg masih kukuh di belah kiri sekali, dan bercadang nak masuk ke blob B (yg tengah2) di bahagian atas tangga,apa2 pun kami berdua mesti kena lepas masuk dlu Blok A ni dlu...

so sila nikmati permandangan dan persekitaran didalam dan luar Highland Tower pada waktu cerah (baru leh nmpk pe yg xleh nk lihat pada waktu malam)
 
Amerool mengadu gatal ditangan digigit nyamuk

lihat tanah yg berselut akibat lembapan hujan

tangga ke tingkat atas yg berada di tengah2 HT

setelah berkeliaran di bahagian depan bawah HT hampir 10minit, kami cuba memasuki ke bahagian belakang or "the other side of wall" kerana terdapat dinding dibahagian tengah2 dekat ngan tangga menjadi pemisah di antara dua ruang depan & belakang...

kat bahagian belakang ni tanahnya still lembab dan berselut,so kami berhati2 ketika melalui kawasan belakang ini,nasib baik ada kayu menjadi TITI untuk melintasi kawasan tersebut,kemudian aku memberanikan diri merapati kawasan berlukar yg tebal di tepi HT,tetapi kena naik bukit skit untuk melihat kawasan atas belukar tersebut..

setelah berdiri kat belukar tu dlm 5-10minit...aku dan amerool bergerak menaiki tangga dibahagian tengah HT untuk melihat di tingkat 1,so kami lebih berhati2 kali ini,aku mula pegang kayu yg ada di tangga,aku menyuruh amerool mengambil beberapa ketul batu kecil untuk dijadikan senjata (mengelakkan segala perkara yg xingin terjadi)

tangga yg menghubungkan tingkat bawah dan atas

mula2 kami menerokai sekeliling tingkat 1 dulu,mula dengan bahagian depan iaitu belah kiri tangga...setiap tingkat terbahagi kepada 2 bahagian,depan dan belakang,dan setiap bahagian ada 2 pintu (bermaksud 2 rumah)...ruang setiap rumah amatlah besar dan memanjang...dan seperti keadaan malam, kami mesti dapat melihat lukisan2 di dinding yg telah disumbangkan oleh "warga kreativiti" Highland Tower pada suatu ketika dahulu.Aku pun xberapa paham sgt apakah maksud sebenarnya lukisan2 yg ada di dalam HT tu...so korg tgkla sndiri lukisan itu kat bawah ni..

amerool sdg menahan kesakitan di gigit nyamuk (dinasihatkan memakai lengan panjang)

setelah memeriksa keseluruhan ruang yg ada di bahagian depan tingkat 1 itu, aku sungguh tertarik dengan bahagian dapur rumah itu,bukan kerana reka bentuk dapur tersebut,tetapi anda akan dapat melihat permandangan flat Highland Tower dari tengah dalam...seperti apa yg anda dapat lihat di gambar dibawah ini...

apa macam? interesting right?

so kami bercadang untuk melihat ke bahagian belakang plak,sama juga reka bentuk yg ada di bahagian depan, tetapi kami mesti melintasi bahagian tengah bangunan tersebut,iaitu lif yg sudah tidak digunakan lagi,dan anda mesti perasan ada tangga lagi yg menghubungi ke atas...kami xpernah lagi guna tangga tu untuk ke atas...byk perabot2 dibiarkan bersepah dlm bilik...


bahagian lif yg ditakungi air...

skrg ni kami berdua masuk plak ke bahagian belakang flat plak,mengadap bukit hijau tinggi ni,keadaan nye hampir sama dengan bahagian depan,dinding berconteng,perabot2 dibiarkan bersepah,tapi mata kami mesti jeling kat dahan2 kayu kat bukit tu...

lukisan2 kat sini pelik skit,more to lukisan manusia berupa perempuan indian,alien style...

sapa la si pelukis ni cuba bayangkan eh?

baiklah,selepas dah pusing2 kat area belakang ni,lagi byk pulak nyamuk berterbangan kat sini,si amerool dah gatal 2 tangan,tu la,sapa suruh pkai baju lengan pendek,lain kali klu nk masuk dlm HT ni,pakai la jaket panjang or baju lengan panjang,confirm xkena gigit even agak panas kat dlm tu...

so disebabkan amerool dah xtahan digigit dengan nyamuk,aku decide kitorg turun keluar dari HT ni,xberkesempatan nk lihat tingkat atas lagi... so perlahan2 kami turun balik ke tingkat bawah,sebelum tu kami ternampak ada 1 blik, yg ada 1 papan kayu yg menghubungkan tingkat tu dengan bukit di belakang flat tu,menuju ke blok lagi 1..
dah gatal 1 tangan ni...

Aku-Faisal Awiengs

Amerool

Gambar Terakhir Highland Tower

baiklah,selepas entri ni,aku akan cuba try update secepat mungkin untuk entri aku,lemon,mus dan salam mengunjungi rumah sek3 shah alam buat kali terakhir sbb pada ketika itu ramai dah mula sambung belajar degree/balik ke negeri masing2,dan mulai saat itu,group kami FatalFrame09 yang dianggotai aku Faisal Awiengs,Mustaqeem,Azwan Azmi dan Syazwan Lemon dah buat haluan hidup masing2 (pada ketika itu dalam bulan 7 2011) sbb aku akan smbg belajar degree,mus di UIA,syazwan lemon sibuk bekerja,dan azwan dah sambung belajar degree di UNISEL...

so ia akan menjadi tempoh agak lama untuk kami kembali bersama untuk bergerak memburu ke tempat2 baru dengan rakan2 baru..kebanyakan tempat dlm blog ni mesti ada aku sbb aku selalu gerak bersama,so mgkin lepas entri sek3 shah alam nnt,korg akan perasan aku sudah bergerak dengan orang2 lain untuk aktiviti memburu ni...

anak sapa la berkelakuan pelik kat JJ setiawangsa ni?

2 comments:

Zampeada said...

lama x menyinggah...

faisal awiengs said...

salam zampeada
lama xdengar cite
hahaha