Lokasi: Rumah Besar Sek3 Shah Alam
Tarikh: 21/7/2011 hari pagi khamis
Jam: 2.30AM
Kamera: CANON DSLR D1000
Bersama: "The Origin" Syazwan "Lemon" Syaz, Mustaqeem "Mus" &
penampilan istimewa
SALAM
ok,selepas hampir sebulan tidak melakukan aktiviti memburu@mencari benda halus ni(pada ketika itu lah akibat masing2 telah habis belajar dan membawa haluan masing2 selepas itu),aku terdetik nak bawak lemon & mus masuk kerumah besar kat sek3 shah alam (belakang MAIS & McDonald),rumah ni aku pernah pergi ngan krew2 lain (rujuk kat http://fatalframe09.blogspot.com/2013/02/ada-apa-dengan-rumah-besar-ni.html).
kali ni kitorg termasuklah salam nak bersantai2 je nak masuk rumah ni dan nk tgk sekeliling rumah ni buat kali ke-2 untuk memastikan segala cerita yang aku dengar sebelum ni untuk disahihkan samada benar atau tidak.
Mus(Kiri),Salam(Merah) & Lemon(belakang) |
kami ber-4 bersiap untuk gerak ke rumah ni dalam jam 2pagi (jarak rumah sewa kami ke sini memakan masa 15minit). Aku sebagai ketua "The Origin" dan rakan2 lain seperti lemon dan mus teringin sangat nak explore skali lagi kedalam rumah ni,cuma aku sorg saja dah masuk rumah ni buat kali ke-2,lemon,mus dan salam baru pertama kali. Memandangkan selepas ni mus dan lemon akan membuat haluan masing2 (kerana baru tamat pengajian diploma),so maybe trip ini adalah buat kali terakhir buat MUS dan LEMON bersama The Origin,tapi malangnya Azwan "Wan 25" tidak dapat menyertai bersama2 dalam trip ini kerana ada urusan bersama keluarga.
So,macam biasa,sudah sampai di luar lokasi,kitorg memastikan yg tiada kereta/jiran yang masih terjaga/meronda dikawasan tersebut untuk mengelakkan kecurigaan yg boleh timbul.
Aku bertindak sebagai kameraman,mus dan lemon duduk tengah dan salam berdiri dibelakang.
Kami terus menuju ke pintu hadapan rumah tersebut untuk memeriksa dikawasan tersebut.Mus memeriksa pintu kayu yg sentiasa tertutup. Lemon asyik melihat bilik yg ada cermin kaca di sebelah kanan rumah tersebut. Salam cuma melihat sekeliling dan memerhatikan keadaan.
kesan terbakar ditingkat 1
selepas berlegar2 di kawasan hadapan rumah tersebut hampir dalam 5minit, kami bergerak ke belakang rumah tersebut untuk melihat keadaan disitu. Sambil itu, kami mesti melalui jalan disebelah kiri rumah tersebut.
Sampai saja dibelakang rumah tersebut,kami dikejutkan dengan cahaya lampu seperti torchlight dari luat kawasan rumah tersebut. Kami terus mematikan torchlight kami untuk mengelakkan dikesan oleh orang luar,polis ataupun jiran. Setelah kami mendiamkan diri,mus cuba mengintai di dinding tepi kiri rumah tersebut untuk melihat siapa punya cahaya lampu itu,rupanya ada kereta peronda sedang meronda dikawasan tersebut. Nasib baik kami semua park motor jauh skit dan terselindung dari pandangan orang.
Lemon menanya pada aku samada mahu meneruskan pencarian ini,aku memutuskan unutk teruskan pencarian ini. Lemon,mus dan salam setuju untuk meneruskan juga pencarian ini. So kami semua on-kan semula torchlight masing2. Kami dapati swimming pool disitu masih ditakungi air.
Lemon,mus dan salam agak terpegun melihat swimming pool dirumah tersebut dan mereka masing2 menganggarkan jumlah harga rumah tersebut. Setelah melihat kawasan sekeliling dan berhati2 untuk tidak kesan oleh jiran belakang rumah tersebut,aku mengurangkan snap ber-flash disitu.
dikawasan semak2 situ aku dan salam mendapati ada sesuatu yang pelik tapi tidak dapat pasti apa yang aku dan salam rasakan. So,aku just snap jelah gambar kat situ dan tiada apa2 yang pelik disitu.
so,kami pun bergerak masuk rumah tersebut melalui koridor besar belakang rumah tersebut. Lemon agak terpegun dengan keadaan rumah tersebut lebih2 lagi dibahagian dapur yang cantik dan luas. So lemon pun pusing2 lah sorang kat dapur,mus dan salam berjalan2 kat ruang koridor belakang rumah tersebut untuk melihat sendiri keluasan dan besar rumah tersebut.
tandas yang masih dalam keadaan baik di dapur.
setelah melihat dapur,lemon masuk pulak kebahagian koridor belakang rumah tersebut dan lemon mendapati ada 1 kotak kayu yang besar tertutup disitu. Lemon ni pelik skit,semua benda dia nak bukak dan nak sentuh, so dia pun bukaklah kotak tersebut. Aku sempat memberi amaran kat lemon supaya berhati2 demi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.
lemon terus membuka kotak tersebut untuk melihat apakah isi didalam tersebut.
rupa2nya ada kotak rokok,syiling dari negara mana entah aku lupa,dan ada cebisan kain2 koyak. Memang thrill gak masa lemon bukak kotak tu,sebab sebelum ni terbayang gak benda2 pelik dalam kepala aku ketika itu.
ruang dapur yang luas
salam sempat beri "Killing Smile"
lemon sempat lompat bintang(?) kat dapur
so selepas itu,kami semua meninggalkan kawasan tersebut dan memasuki rumah tersebut dan cuba untuk menaiki tingkat atas melalui tangga rumah tersebut.
Mustaqeem
lampu siling yg masih tergantung
selepas naik ke tingkat 1,mus terus cuba untuk membuka semua pintu yang berdekatan dengan dia,tetapi malang,semua berkunci. Cuma ada 1 pintu je yg terbuka,iaitu pintu bilik terbakar. Dari luar je dah gelap,belum lagi bukak pintu dan masuk kedalam bilik tersebut.
Mus dan lemon terus memasuki bilik terbakar tersebut dengan perasaan teruja kerana inign melihat sendiri apakah yang ada dan apakah sebenarnya terjadi didalam bilik tersebut. Aku dan salam berdiri berdekatan dengan pintu untuk mengambil butiran pelik dekat situ.
dua budak hitam
Salam cuba menenangkan dirinya
selepas pusing2 kat bilik terbakar tersebut,kitorg lekas keluar dari bilik tersebut yang seperti bilik yang tiada udara kerana bau kesan terbakar yang masih berbau di dinding bilik tersebut. Kemudian lemon menanya pada aku,apa ada kat tingkat atas?
So,aku cakaplah, berdasarkan cerita orang yang aku dengar,kemungkinan ada pontianak tinggal kat tingkat atas,dan ada potret2 seram yang masih tergantung di dinding tingkat atas. Salam dah start buat muka cuak dia, Kemudian aku cakap kat diorg,itu semua tak betul sebab mengikut pengalaman aku yang pernah masuk rumah ni sebelum ini,tiada apa2 yang menyeramkan kat tingkat atas ni,jangan katakan pontianak, potret2 seram pun tiada kat situ.
Kemudian lemon dengan pantas berjalan menaiki ke tingkat atas. Seperti yang diduga, tiada apa yang pelik berlaku dan ada di tingkat atas itu. Tiada yang sama apa yang orang cerita psal tingkat atas yang kononnya dihuni oleh pontianak, atau potret2 seram yang tergantung di dinding tingkat atas tersebut.
Cuma yang ada ruang tingkat yg luas terbentang yang kosong dan sunyi, kadang2 kedengaran bunyi burung, katak di ruang2 korner rumah itu.
So,kami pun terus menerjah setiap bilik kat tingkat atas tersebut tanpa was2 dan risaunya.
Anda sendiri boleh melihat keluasan di tingkat atas tersebut dan boleh menilai keseraman di tingkat tersebut.
Cuma yang ada ruang tingkat yg luas terbentang yang kosong dan sunyi, kadang2 kedengaran bunyi burung, katak di ruang2 korner rumah itu.
So,kami pun terus menerjah setiap bilik kat tingkat atas tersebut tanpa was2 dan risaunya.
Anda sendiri boleh melihat keluasan di tingkat atas tersebut dan boleh menilai keseraman di tingkat tersebut.
lemon memang suka bukak2 pintu rumah orang ni
setelah kami puas pusing dalam rumah tersebut dan cuba menilai keseraman dan kemisterian rumah tersebut, kitaorg memutuskan untuk keluar dari rumah tersebut dan pulang ke rumah.
Sememangnya tiada apa yang menyeramkan dan pelik yang ada di persekitaran rumah itu. Cuma mungkin dengan efek kesan terbakar di tingkat 1 dan keluarasan dan ke-besaran rumah tersebut mungkin membuatkan orang luar membuat andaian terhadap rumah tersebut.
Aku xtau la dengan pengalaman orang lain,mungkin aku punya experience ngan kawan2 aku bernasib baik kot.
So, jam menunjukkan 3.15am, kami keluar mengakhiri dengan membaca doa dan menghidupkan motor masing2 dan beredar dari situ. Masa dalam perjalanan pulang, kitorg sempat singgah dekat tasik sek6 shah alam untuk melihat kawasan tersebut yang amat gelap.
mus sempat usha kawasan gelap tasik sek6 shah alam
salam mencuba aksi peluk tubuh atas motor
mus pun mencuba aksi yang sama
baiklah,secara rumusan nya berkaitan dengan rumah ini, aku boleh cakapkan bahawa rumah tersebut tiada ada apa2 yang pelik dan menyeramkan. Cuma yang ada kesan terbakar, ruang rumah yang besar dan kolam renang yang terbiar.
Setelah menilai setiap gambar2 yg diambil,tiada penangkapan "entiti" yang berjaya dilakukan oleh kami didalam kamera. Selepas itu, pencarian ini adalah pencarian terakhir yang disertai oleh 2 ahli The Origin iaitu lemon dan mus.
So, selepas aku berjaya menempatkan diri dalam UiTM Shah Alam untuk meneruskan pengajian ke peringkat Degree. Tapi dengan kawan2 baru yang aku kenali, aku mencuba me-rekrut mereka menyertai kumpulan aku.
So, untuk pencarian seterusnya, kawan baru aku, iaitu Aman Ziki telah mencadangkan untuk menerokai rumah kosong tinggal diatas bukit di Kawasan Taman Tenaga, Puchong.
Sekian, Terima Kasih.
Faisal Awiengs + The Origin Members
No comments:
Post a Comment