Thursday, December 26, 2013

Kembara bersama Hazim - Selangkah ke Rumah DR.FRENZY Part I



 Tempat Gelaran: Rumah Dr.Frenzy
Lokasi: 82 Jalan Lee Woon, Taman Zooview,
 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Tarikh: 07/09/2012 ptg Jumaat
Jam: 5.00PM 
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Koordinat Lokasi: 3.207744,101.763259 (google map)


lokasi yg dikesan dlm google map

baiklah,ni pulak kisah rumah yg amat aku nanti2kan selama 4tahun pengembaraan aku dalam dunia ghaib ini. Mengapa aku lambat dan susah sgt nk jumpa rumah ini even dah mula mengetahui rumah ini pada awal pengembaraan aku pada 2009 dulu? kerana kurangnya sumber dan bantuan dari orang sekeliling aku (mostly mereka tidak tahu mengenai psal rumah itu dan tidak tahu lokasi rumah tersebut).

kali ini,rakan "baru" aku bernama azim,pelajar Unisel Shah Alam, telah bermurah hati dengan aku untuk menunjukkan lokasi sebenar rumah tersebut kerana ia berdekatan dengan rumah dia di setapak. So,1 hari sebelum kunjungan kami ke sana,kami plan bila waktu dan hari yg sesuai untuk melihat rumah yg dikatakan amat keras bagi sesetengah warga KL atau mereka yg pernah mengunjungi rumah puaka tersebut.

Sejarah rumah ini masih samar2 buat aku kerana masih tidak dapat source/sumber yg tepat. Setakat yg aku dpat tahu, rumah ini diduduki oleh family doktor india yg mengalami tekanan kewangan,lalu membunuh anak dan isteri beliau dan membakar rumah tersebut. So,untuk mengetahui adakah benar atau tidak cerita tersebut,aku dan azim bergerak menuju ke rumah tersebut.


aku bergerak dari rumah aku di Sri Penara,Permaisuri menuju ke stesen minyk shell berhadapan dengan Zoo Negara menunggu kedatangan azim menjemput aku dengan kereta myvi putih beliau. Jarak dari situ untuk masuk ke dlm dan tiba di rumah tersebut tidaklah jauh mana,hanya dalam 6-8minit saja.


Pemandangan dihadapan Zoo Negara


Inilah Azim, rakan "baru" aku


selepas melintasi dihadapan Zoo Negara,kami menuju ke arah Kampung Kemensah/belakang Zoo Negara dengan melalui jalan di tepi Zoo Negara. Tidak mengambil masa yg lama, nanti jikalau anda perasan simpang kedua belah kanan dan ternampak signboard "Jalan Lee Woon", belok ke kanan dan terus menaiki laluan bukit tersebut. Anda akan melalui perumahan teres kiri kanan. So,sila berhati2 dengan kehadiran polis kerana ia masih dalam kawasan perumahan yg masih berpenghuni.


Azeem cuba mengingat balik jalan ke rumah tersebut,setelah sekian lama dia xdatang kerumah itu,selepas pusing2 jln keatas situ...tiba juga kami kerumah tersebut...Azeem terkejut kerana rumah tersebut sudah tidak berpagar sepertimana dia dtg dlu...


ni la dikatakan tempat letak kereta rumah tersebut...


Azeem terkejut keadaan rumah tersebut yg telah byk berubah


ni tangga batu menuju kebawah...mlm2 nmpk seram kt area sini...


pemandangan rmah dr.frenzy dari atas...dikelilingi hutan..


puas melihat persekitaran perumahan yg dikatakan seram itu, aku mengambil keputusan untuk turun ke tangga dan melihat apa yg ada dibahagian bawah rumah tersebut. Pada mulanya Azeem xmembenarkan aku turun kebawah kerana risau berlaku sesuatu pada aku,tetapi aku berkeras untuk turun jugak untuk masuk kebahagian bawah rumah tersebut. Pada mulanya risau gak...


...dulu ada dengar cite org mengenai rumah tersebut,berkaitan dengan dr.frenzy dan keluarganya,dikatakan beliau membunuh anak perempuan beliau dan menanam mayat anaknya dibahagian tangga atas rumah tersebut iaitu tangga yg aku kena lalu sekarang ni.Tetapi aku tidak boleh mengesahkan kesahihan cerita tersebut kerana ianya khabar angin org tempatan.


2 gambar diatas ni menggambarkan keadaan di kanan-kiri bahagian tangga rumah tersebut. Ianya dikelilingi daun2,pokok2,semak-samun....kelihatan seperti ada laluan untuk turun kebahagian bawah rumah tersebut kerana terdapat kesan tanah di"bersih"kan dan seakan menuju kebawah.


sampai saja dihadapan pintu bilik pertama tersebut,terus naik bulu roma kt tangan ni,azeem pulak asyik menarik baju aku dari belakang ckp "jangan masuk faisal!"...tetapi aku buat xkisah je...aku tetap nk tgk gak apa yg ada kt dlm bilik kecik ni...walau jantung aku dah berdegup lagi mcm first time masuk highland tower dulu...

mula2,tgk kat lantai bawah bilik ni,gelap dan hitam je kan(gambar diatas ini)...risau gak nk lalu,kot2 lantai bilik tu kayu reput...sebab tgk kt dlm bilik tersebut ada lagi 1bilik belah kiri yg berlantaikan kayu reput yg tinggal 1/2 je...so masa nk pijak kaki kt dlm bilik tu,siap pegang bahu azeem dan meraba2 mencapai tangan kt dinding bilik tersebut...

bila dah masuk kedalam skit,terasa licin lantai hitam tersebut,tertanya dlm hati "lantai ni kayu ke simen,sbb licin semacam je?


kelihatan seperti tempat/lorong menuju kebawah


dah lihat persekitaran dlm bilik kecik tu,bru la perasan kt dinding ada lukisan/tulisan cat bertulis
"lantai licin"...so lantai yg aku pijak ni adalah simen...

selepas tu,aku cuba melihat ke bilik kecik yg menuju lebih kedalam,tetapi apabila ternampak lantai bilik tu yg memang membimbangkan aku...sebab apa?korg tengok sendiri kt gmbar bawah ni...


Amacam?ekstrem x?disebabkan keadaan papan kayu dlm bilik tu yg amat ekstrem ataupun terlampau jarang,aku tidak mencuba untuk melintasi kayu tersebut...so aku pun beransur keluar dari bilik kecik tersebut...


ni la lorong lagi 1 yg boleh menuju kebawah,tetapi lorong ni nmpak bahaya sebab curam sgt ketinggiannya (untuk orang mcm aku lah)...


rumah sebelah yg masih berpenghuni


keadaan atap rumah ni...terbaik?


teringin nk turun smpai bawah untuk lihat apa yg ada kt bawah...


xlama selepas aku dan azim keluar dari bilik tu dan berada di beranda atas,kami telah disapa oleh seseorang dari belakang dengan bersuarakan garau..

kami berdua terkejut,toleh2 belakang rupa2nya Polis Singh tengah meronda2 kat area situ...dia memberi amaran kepada aku dan azim untuk segera beredar dari lokasi tersebut kerana terdapat aduan dari jiran...

So,xlama polis tu beredar,aku dan azim pun segeralah beredar dari tempat tersebut...so pengembaraan aku di rumah dr.frenzy itu tidak berhenti disitu,sebab malam tu jugak geng2 rumah sewa aku kat shah alam pulak nk jenguk rumah ni...

so kalau nk tengok keadaan kami ber-6 masuk dlam rumah dr.frenzy pada waktu malam,korang tunggu entri seterusnya...ok?

Assalammualaikum
Faisal Awiengs
Leader "The Origin" FatalFrame09


9 comments:

Hunny Kitty said...

cantik rumah ni..tapi sayang~

Unknown said...

try pegy time malam bro dalam pukul 2 or 3 pagi . memang mencabar sgt .. tempat nih memang keras gile sbb 2 malam turut turut team saya pegy then dua dua malam kitaorg nampak bende yang tak sepatutnya ..

faisal awiengs said...

hunny kitty

thx atas segala guidance yg diberi oleh awak 8-)

faisal awiengs said...

Nazirul Amir

rasenya saya dan member2 lain dah pergi tempat ni pada waktu yg awak cadangkan..tetapi mungkin nasib kami baik kerana Alhamdulillah tiada sebarang petanda yg kami diganggu or diperlihatkan "makhluk" atau benda yg tak sepatutnya...

tapi thx atas cadangan tersebut...

mungkin saya dan amerool akan melawat skali lgi tempat ni even tmpat ni mcm dah nk roboh dan xsesuai untuk "dilawat" lagi atas dasar keselamatan...

Unknown said...

Semalam kitorg gi sane gelap tempat dia mcam dlm highland tower dah tpi x de ape2 lah cuma bulu roma semua nai

Unknown said...

kalau awak berminat nak tengok video pendek rakaman paranormal yang kawan saya buat kat rumah doktor ni boleh contact saya dekat whatsapp 01139227683 - Kimi..ada dua video pendek yang saya record masa dorang buat live paranormal nampak makhluk yang x sepatutnya kita nampak..ni bukan rekaan atau buat buat,Saya sendiri yang tengok live dorang dari awal..mereka hanya bertiga..

faisal awiengs said...

Unknown

wow,terima kasih atas sudi untuk berkongsi video rakaman paranormal kawan2 awak tu,nnt saya akan whatsapps kt nombor awak tu..

Unknown said...

Sy dulu tunggal di w.maju sek.2...
Sy pun pernah pergi ke rumah dr.frenzy ni...mmg tak dinafikan rumah ni ada 'something'...
Sy dan kawan² pernah pergi sekitar tahun 99-2000...sy pun terlupa tahun nya...tapi zaman² abis sekolah dulu..
Kami pergi dlm 1 van...ade la hampir 9 ke 10 org..masa bergerak dari w.maju xde masalah apa²...tapi bila semakin hampir di zoo negara...di situ lah start cabaran bagi kami...(zaman kami dulu xde tim² yg buat paranormal ni..just suke² nak gi kwsn cm tu ramai²)...
Lepas dri zoo kami masuk kiri.. trus van jadi berat...sampai simpang jalan nak naik keatas..8 org keluar dari van...pun masih berat...sampai sy last yg keluar...tinggal driver je yg bawa...baru lepas naik atas sampai dpn pintu pagar frenzy..lepas tu x moh cita dah...seram lak sy...
Oknlah...just nak share skit ...sbb terbaca blog awkni bosku...teringat kisah lama..

Unknown said...

Menarik ni. Teringin nk tau kesah nya..