Thursday, October 2, 2014

Kembara Awal Tahun 3 Lokasi - Mimaland,Balai Polis Lama Gombak & Dr.Frenzy bersama Amerool & Eyna Part 1



Tempat Gelaran: Mimaland - Malaysia In Miniature Land
Lokasi: Kampung Batu Sebelas 53100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Tarikh: 24/01/2013 ptg Jumaat
Jam: 3.00 PM 
Kamera: DSLR Canon EOS 550D
Koordinat Lokasi: 3.284699,101.720731/ 3.279301,101.728631 (google map)
baiklah,selepas hampir 5bulan aku tidak melakukan sebarang aktiviti paranormal,tibalah semangat paranormal tu kembali kedalam jasad ini bersama dengan kawan aku, amerool untuk menerjah dan meninjau kawasan yg pada ketika itu (2013) popular dengan kawasan kini telah tutup atas kisah kemalangan/kejadian buruk berlaku disitu iaitu MIMALAND.
Mungkin setengah org tidak pernah tahu dan tidak pernah dengar akan tempat ini, ianya kerana tempat itu telah hampir 20tahun. Aku tidak mahu menceritakan sejarah mimaland atau kejadian buruk yg berlaku disitu, cuma aku ingin berkongsi pengalaman aku dan amerool dengan peninjauan pertama kali kami ke tempat yang kini bekas kawasan mandi/percutian.

aku tunggu amerool di bwh flyover ni hampir 1jam...

kemudian,amerool dtg bawak skali awek dia,ina dari gombak untuk membawa ke Mimaland. setiba dah tiba di kwsan UIA di gombak,kami mula sesat mencari jalan.

pada mula2 sesat jalan,leh plak terlajak kt sini...

ketika smpai di depan lampu trafik,aku bru teringat akan gmbr yg ditunjukkan didalam blog yg menunjukkan kawasan/jalan yg menuju ke Mimaland.

sempat posing lepas isi minyak

selepas isi minyak,kami terus pecut motor ke jalan menuju ke Mimaland. jalan tar sepanjang perjalanan naik ke atas amat teruk dan membahaya,so sila berhati2 ketika naik ke Mimaland,better pakai kereta jenis MPV. jarak perjalanan naik keatas tidak mengambil masa yg lama,nnt akan kelihatan "kemungkinan besar" bekas tapak Mimaland yg berada di belah kiri ketika sepanjang perjalanan naik ke atas.

antara signboard yg terpacak kt dpan Mimaland

so,sampai2 je kami bertiga didepan Mimaland,terdapat penghadang zink yg menutupi pintu masuk Mimaland. kami mencari jalan untuk cuba masuk kedalam tetapi xde 1pun jalan yg leh lepas. kami lihat pintu masuk Mimaland melalui celah2 zink dan melihat tiada sesiapa yg menjaga dan tidak kelihatan anjing yg mengawal pintu masuk.

amerool dan eyna

aku-faisal awiengs

kelihatan ade beberapa atap rumah yg berdekatan dengan hutan tebal Mimaland ini. kami menjumpai 1 lorong seperti jalan menuju ke arah hutan kearah kiri pintu masuk Mimaland. apa yang aku tahu,mungkin jalan tu menuju ke arah sungai yg berdekatan dan kemungkinan ada beberapa "pintu masuk" yg boleh dijumpai. tetapi aku buat keputusan untuk tidak masuk kesitu untuk melihat atas sebab keselamatan. mungkin lain kali aku akan cuba redah masuk kedalam arah hutan dan melihat sendiri "pintu masuk" disitu. kemudian,kami meninggalkan kawasan ini dan beredar untuk menuju ke lokasi yg seterusnya. kelihatan beberapa rumah yg ada disepanjang jalan tar.

ni la lorong semak yg menuju kearah sungai

landmark popular Mimaland yg masih tinggal

ni la "pintu gerbang" masuk untuk menaiki jalan tar ke Mimaland

signboard di hadapan pintu gerbang

keluar je kami dari kawasan tu, eyna iaitu awek amerool bawak kami menuju ke tempat misteri yg berhampiran iaitu "balai polis lama gombak". mungkin korg ada pernah dengar tempat tu. untuk melihat sendiri apa yg misteri or seram sangat kt kwasan tu, aku setuju untuk pergi kesitu walaupun risiko menuju kesitu dengan menaiki motor.

so,next entry berkisahkan kami bertiga berhadapan dengan saat2 genting ketika terjumpa tempat tersebut dengan kesukaran mencari kawasan itu. sila nantikan journey aku dan amerool bersama eyna untuk paparan tentang BALAI POLIS GOMBAK LAMA.

p/s: minta maaf atas kelewatan dan jarang update blog, admin iaitu aku FAISAL AWIENGS sangat bz dengan pengajian tahun akhir di IPT dan tahun ini, MAC 2014, aku-Faisal Awiengs memutuskan untuk bersara dari mana-mana penglibatan secara langsung dalam aktiviti paranormal atas keserikan dan trauma atas kejadian yang menimpa pada diri aku dan rakan2 aktiviti paranormal KL. Aku tidak lagi akan mengambil serius tentang aktiviti paranormal ini lagi dan akan menjadikan pengalaman ini sebagai 1 peluang untuk aku bersama rakan2 yg pernah terlibat bersama aku dalam pencarian/aktiviti paranormal ini menerokai sendiri tempat2 misteri yg dikatakan oleh masyarakat Malaysia.

akan tetapi,aku masih ada sertai 'rombongan' group paranormal lain untuk melihat kawasan yg tidak pernah aku pergi lagi dan adakalanya aku akan jadi jurukamera mereka dan menjadi "pemandu" mereka masuk ke tempat2 yg dikatakan misteri.

sekian,terima kasih.

FAISAL AWIENGS
admin+ketua "The Origin" FatalFrame09


2 comments:

Unknown said...

ad port mancing x kat sini

faisal awiengs said...

maybe ada kot,sbb situ ade sungai